>

Friday, August 29, 2008

Makan2 Dgn Tan Sri

بسم الله الرحمن الرحيم

Harini hari Jumaat. Namun, ini bukanlah hari Jumaat yg baser. Harini merupakan Majlis Penutupan Pre-departure Program PNB. Selepas OBS selama 25 hari, BTN selama 5 hari dan Kem Rohani selama 4 hari, akhirnya, harini segala-galanya ditutup.

Kami, student2 tajaan PNB dikehendaki berkumpul di Theatrette yg terletak di tingkat 2 bangunan PNB pada jam 8.30 pagi. Wow, sungguh awal. Abah bercuti harini, jadi, beliau menghantarku terus ke Menara PNB. Kami bertolak kluar seawal jam 7.20 pagi, disebabkan terpaksa menghadapi kesesakan lalu lintas yg mmg sinonim dgn konurbasi Kuala Lumpur.

Namun, kami tiba awal ke PNB. Oleh itu, kami makan di Food Court di Tabung Haji. Aku makan sekeping roti canai. Pada jam 7.50 pagi, Apen join kami, tapi beliau x makan, sbab menurutnya, die da makan di rumah. Lebih kurang jam 8 pagi, abah pulang ke rumah dan aku dan Apen pergi masuk ke menara.

Beberapa lama kemudian, kami berkumpul. Waa, muke familiar kembali kelihatan. Maklumlah, da banyak sgt camp kitorg gi sesamer, mmgla muke yg same je nampak. Namun, kali ni agak suram keadaan kerana bukan semua daripada kami dapat hadir. Rasa x semeriah dulu.

Pn Rukiah dtg dan menjemput kami naik ke tingkat 2. Segala-galanya telah disusun rapi. Kami diberikan sedikit penerangan berkenaan perjalanan majlis pada hari ini sehingga petang. Kemudian, sedikit rehearsal dibuat bagi memastikan segala-galanya lancar.

Masa yg ditunggu telah tiba. Menjelang jam 10.30 pagi, kelihatan da ramai ibu bapa yg hadir. Aku nampak abah juge telah hadir dan berbual2 dgn ibu bapa yg lain. Kemudian, wakil dari KYUEM turut hadir. Mereka ialah Headmaster, Mr Richard Small, Deputy Headmaster, Mr Azman, Student Services Manager, Pn Rogayah dan kaunselor, Pn Kasthuri.

Satu persatu nama kami dipanggil untuk naik ke pentas mengambil sijil biasiswa daripada Tan Sri Hamad. Bermula dari Iwan, sehinggalah yg terakhir sekali, Nain. Memasing muke ceria, lebih2 lagi Nain, yang agak lebar nampak pipinya.







So, next tentatif, makan. Kami makan dgn agak ceria, dan ramaila yg berbincang tentang visa etc2. Lauk die, macam baser je, xdela pelik sgt. Mungkinkah daripada Darby Park? Aku bertanya. Xpela, bantai...

Lpas makan, aktiviti bebas. Namun, kaum lelaki ni mempunyai tanggungjawab menunaikan solat Jumaat seperti yg telah difardhukan. Maka, kami bergerak ke Tabung Haji untuk menunaikan solat Jumaat.

Ibu bapa telah balik. Namun, kami ni (students), terpaksa tunggu untuk sedikit lagi program bersama SUPER seniors. Mereka ni da pun graduate. Basically, perkongsian ni macam MOC la, bincang2 pasal kehidupan kat UK dan sebagainya. Dapat gak aku revise info yg aku termiss dlm MOC.

Aku balik pada jam 5.30 menumpang Apen terus ke Ampang Point. TQ Apen!!!

Photobucket

No comments: