>

Friday, August 8, 2008

Masjid Pusat Aktiviti Muslim

بسم الله الرحمن الرحيم

Harini hari Jumaat. Tarikh harini dianggap spesel bagi ramai orang. Aku bukak je radio, macam2 perbincangan berkenaan tarikh harini. 8.8.08. Ape yg speselnye? Maybe macam lawa je nombor die. Ramaila yg nak bernikah harini dan ade plak yg bukak kedai baru harini. Cume, apakah niat di sebalik melakukan aktiviti tu arini? Adakah yg berkata harini hari bertuah sebab nombor bertuah? Nauzubillah, moga2 bukan macam tu jadinya. Yang aku tahu, hari ni spesel sbab harini hari Jumaat, penghulu segala hari.

Disebabkan harini hari Jumaat, maka, wajiblah hukumnya bagi laki2 yg sudah cukup syaratnya untuk menunaikan solat yang diberi nama, Solat Jumaat. Solat ini disertai dengan 2 khutbah sebelum bersolat 2 rakaat berjemaah. Firman Allah:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا نُودِي لِلصَّلَاةِ مِن يَوْمِ الْجُمُعَةِ فَاسْعَوْا إِلَى ذِكْرِ اللَّهِ وَذَرُوا الْبَيْعَ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ
Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya)
(Al-Jumu'ah:9)

http://www.navy.mil.my/tunassamudera/images/stories/sailingactivities/portofspain/warga%20kapal%20dan%20penduduk%20trinidad%20menunaikan%20solat%20jumaat.jpg

Maka, ramailah yg berbondong-bondong menuju ke masjid berdekatan bagi menyahut seruan Ilahi ini. Aku tidak ketinggalan. Disebabkan mak suruh membeli barang di pasaraya selepas solat, maka, aku pun berkeputusan untuk bersolat di Masjid Bukit Indah yg sungguh indah. Dengan menaiki kereta Perodua Kancil, aku bertolak dari rumah pukul 12.50 tengahari dan sampai ke masjid 5 minit kemudian.

Aku sampai agak awal, dan lepas duduk dalam saf, aku menunggu azan dilaungkan. Sebelum masuk waktu, seorang AJK Masjid tampil ke hadapan untuk memberikan pengumuman. Baserla, aktiviti2 di masjid, ceramah, kelas agama dan sebagainya. Tahniah kerana masjid ni aktif membuat aktiviti.

Namun, yg menarik perhatian aku adalah satu aktiviti masjid ni, iaitu kelas tuisyen Sains dan Matematik untuk pelajar SPM yang sepenuhnya akan ditaja oleh masjid. Dan buah yg dihidangkan bukanlah buah pisang seperti tradisi, tapi harini aku nampak ada durian (of course, aku x ambik). Cume satu je aku rasa kurang, khutbah yg agak buhsan. Aku rasa pakcik yg bagi pengumuman tu lagi menarik dari pakcik yg bg khutbah.

Moga khutbah dapat dijadikan lebih bersemangat dan menarik bagi menyampaikan ilmu. Maklumlah, hari Jumaat tu la hari perhimpunan kiter. Org yg dtg tu bukannye semua golongan yg memang nak mendengar ilmu, maka, gunekanlah hari Jumaat ni untuk menarik mereka untuk lebih dekat dengan masjid. Moga masjid2 di Malaysia bertambah maju!!!!

http://www.cambridgeassessment.org.uk/ca/digitalAssets/115052_hierarchy.jpg

Bilerla result nak kluar, cuak giler!!!

Photobucket

No comments: