Aku ni baru balik dari KYUEM, maklumlah, da lame x melawat kolej yg mengajar aku erti kehidupan (ceewaah). Alhamdulillah, selamat pergi dan selamat sampai ke rumah.
Aku bertolak dari stesen Putra Wangsa Maju pada jam 9.15 pagi. Asalnya, menurut plan, kami akan bertolak tepat jam 9 pagi. Malangnya, saudara Muadz yg terkenal dgn kelajuan berjalannya telah sampai lewat. Mungkin tren yg lambat kut? Jadi, bermulalah perjalanan kami ke kolej. Kami pergi menaiki Naza Ria yang dipandu dengan cermat oleh saudari Rashidah. Di sebelahnya pula ialah saudari Fatin Hamizah. Dan ade 5 jejaka gagah di belakang. Aku, Dzull, Muadz, Syauqi dan Nazri Awang. Agak meriah kami berlima berbual di blakang, dari hal result, sampai masuk hal politik.
Perjalanan lancar, walaupun sedikit kekeliruan berlaku dalam pemilihan jalan. Mujur sempat sampai dgn selamat pada jam 10.30 pagi. Sesampainya di tol Lembah Beringin, memasing menarik nafas lega. Sewaktu melalui jalan ke kolej, Nazri membuka mulut:
Hidup jugak yer pokok2 tepi jalan niSesampainya di kolej, kami ternampak Miss Shree yg tengah nak masuk kreta. Jadi, aku dan Syauqi, sebagai pelajar yang taat kepada guru, berlari2 anak sambil memanggil2:
Miss Shree...... Miss ShreeeeeeeeeeJadi, Miss Shree pun buat muke cutenya dan melambai kami. Setelah berborak sebentar, kami mengucapkan terima kasih kepada Miss Shree di atas ilmu dan pengalaman yang dikongsi beliau selama setahun mengajar kami.
Kemudian, perjalanan diteruskan ke Exam Dept. Pintu kaca itu dibuka dengan berhati-hati.
AssalamualaikumKak Syikin melihat aku dan tersenyum.
Masuklaaa... Ape no giliran kamu?Aku menjawab dengan tepat, kemudian menandatangani namaku untuk mengesahkan yang aku telah mengambil resultku. Alhamdulillah, sama dgn ape yg aku dapat melalui email, hehehe. Keluar je dari exam dept, aku terjumpe ustaz Maliki. Terus aku bersalam dan memeluk ustaz. Kami berbual2 hal MUSCOM dan hal result kami. Ustaz mengucapkan tahniah dan terus berusaha. TQ ustaz!!
Meriah!! DH yg masih utuh berdiri Muadz yang membawa beg sebesar beg DOE (die nak gi BTN kol 4.30 ptg) berkata kepadaku:
Jom teman aku gi surau, aku nak letak beg berat niSetelah letak beg di surau, Muadz menemankanku memphotostat sijil result dan mengesahkannya melalui Pn Rog. Namun, disebabkan banyak btul dokumen yg Pn Rog berlu tandatangani, beliau meminta aku datang semula kemudian. Aku bertanya dengan muke pelik:
Brape lame Pn RogSambil tersenyum, Pn Rog menjawab:
15 minit je, xkanla esok plakYeayy, sementara menunggu dokumenku disahkan, aku mengambil peluang ni untuk bertemu guru2. Perjalanan pertama, ialah menuju ke Math Dept. Aku mencari Mr Madhadzir. Kecewa. Menurut Miss Aizan, Mr Madhadzir ade kelas, so xlehla nak jumpe. Kemudian, Muadz mengajak aku berjumpe guru Physics, Mr Idrus. Agak segan aku nak jumpe beliau sbab dapat B Physics. Apabila ternampak wajah kami, beliau tersenyum. Kami berborak2 dgn beliau. Ternyata beliau sibuk dgn tugas sbagai Head of IT. Xpe cgu, terus majukan internet di kolej.
Majulah wireless untuk KYUEM!!!Kemudian, disebabkan perut yg dah berkeroncong dicampur dgn irama hip-hop, kami berkeputusan untuk lunch di kafe. Dah lamer x makan kat sini, wahaha. Meriah sungguh di kafe, sbab ramai bebudak ex-KYUEM ni makan. Bertemulah aku dgn rakan2 ku yg dah lame x jumpe. Best! Muadz plak, masih x ubah tabiat lamanya, iaitu x makan nasi, Juz makan roti jer...
Musolla As-Saad yang indah Lpas makan, bergerak plak ke surau. Waaa, da tukar kabinet nampaknya. Ade almari baru. Ade jugak wiring baru untuk speaker di tingkat atas. Baguslah. Junior2 kami mengerumuni kami dan interview kami memacam. Aku menegur Izwan Pilus:
Eh, wiring ni bile ko buat?Dengan selamba beliau menjawab,
baru siap tadi....Cehh, keloyar-burukanmu masih x berubah. Xpe, teruskan! Aku tny plak kpd Syahir Syutask tentang Subuh. Die plak menjawab dengan muke cemik dan muram:
Samer je cam duluOwh, xpela, teruskan usaha dakwah korg, dan jangan berputus asa wahai adik-adik MUSCOMku (walaupun kiter same umur). Kemudian, berjumpe plak dgn Syahir Secretary, dan macam base, still loyar buruk dgn aku. Kemudian, jumpe petbroku merangkap treasurer MUSCOM, Safwan. Dan ramai lagi aku jumpe, hehehe.
Disebabkan plan nak balik kol 2.30 petang, lpas Zuhur, kami turut menyibukkan diri di Acad building. Aku trus meluru ke Math dept. Alhamdulillah, Mr Madhadzir ade kat situ. Lpas bersalam-salaman, aku turun balik ke ZEN Garden (nama baru Jap Garden). Napela ltak name ZEN, xde name lagi best ke. Byakugan ke, Sharingan ke, Chidori ke, huhuhu.
Bersama DEPUTY HEADMASTER, Mr Azman Sedang sibuk berborak, ternampak Mr Azman yang kini telah bergelar DEPUTY HEADMASTER. Yeahh, beliau sudah tidak mengajar. Aku dan Pdah berlari mendapatkannya. Kami bersalaman dan mengucapkan congrats kepada satu sama lain. (Beliau ucap congratz pasal reuslt, kitorg congratz pasal beliau naik pangkat). Kami dijemput untuk masuk ke biliknya yg besar tu, maklumlah, org penting kolej. Sedang berborak, Pn Rog masuk skjap, tny psl kesihatan Mr Azman. Aku lihat Vellu di luar, nampak gaya nak jumpe Mr Azman. Aku tny Mr Azman,
Vellu nak jumpe sir ke?Pn Rog mencelah,
Xpe, biar die tunggu. Die ade setahun lagi kat sini, awak ade berapa minit je.Hahaha, btul gak. Setelah bebrorak2 lama, macam2 yg dikongsi. Macamane beliau boleh sampai ke post tu, dan sebagainya. Mr Azman gak dah berpindah ke banglo, cool! Namun, junior pasti sudah kehilangan sorg cikgu yg best amat! Lpas ni bolehla buat Ecotrip 2 kali stahun, hahaha, aku berseloroh ngan Pidah. Hampir 30 minit jugak kami bersama Mr Azman.
Setelah hampir 5 jam di kolej, rasa terubat sudah rindu kepada guru dan rakan2. Rasa bermakna kedatangan aku harini. Best amat.
Kepada juniors, moga kedatangan kami x menyusahkan korg dan sedikit sebanyak dapat memotivasikan diri korg, walaupun sikit amat. Teruskan berusaha dan jangan malas, Ijtihad wa la taksal. Ade masa di kolej, korg pulun abis-abisan, supaya x kecewa the next day.
Kepada Mujahid, apply je Imperial biotech. Aku yakin ko boleh. Aku menunggu ko jadik junior aku nanti. Ade ape2, contact je aku.
Kepada Sayed, sorila sbab x dapat sama2 korg bermeeting. Mungkin ramai MUSCOM yg risau akan pelajaran mereka terganggu disebabkan tugas. Namun, pikir balik rasional di sebalik argument itu. Adakah korg menjadikan tugas MUSCOM tu alasan korg x perform? Bukan masalah tugas MUSCOM tu, tapi masalah adalah disiplin diri kiter. Kire2 la balik brape banyak mase kiter terbuang. Mendapat tugas sebagai MUSCOM adalah suatu rahmat daripada Allah supaya kiter x buang masa. Maka, pikullah tanggungjawab ini sepenuh hati, dan ikhlaskan diri tapi dalam masa yg sama, study kuat2, insyaAllah, akan dipermudahkan. Ingat,
Kelapangan itu adalah candu kehidupan. Kite akan ketagih dengan kelapangan.Kalau ade masalah, bolehla kongsi dgn kami seniors yg xdela beza banyak ilmu dgn korg, tapi maybe pengalaman yang sedikit lebih dan boleh berkongsi. Jangan segan2 bertanya.
So Much to Write, But, So TiredWallahu'alam