>

Tuesday, May 25, 2010

Sang Misteri Warwick

بسم الله الرحمن الرحيم

Beliau dikatakan manusia paling misteri di Warwick. Misteri yang disebut di sini adalah berbeza dengan misteri yang dipamerkan Yorke dan Akmal Amri. Misteri beliau adalah kerana kelibat beliau amat jarang sekali kelihatan di khalayak ramai. Siapakah beliau? Tak lain dan x bukan, saudara Izzat Hanafi.

Pada hari Jumaat, susuk misteri ini SMS aku bahawa beliau akan tiba di London petang ini. Aku teringat, memang beliau pernah memaklumkan aku bahawa beliau akan datang ke London untuk berjalan2 sebab beliau ingin membawa parents beliau berjalan di London Julai ini. Jadi, beliau meminta aku menurunkan segala ilmu berkenaan kota London agar beliau dapat membawa parents beliau dengan penuh keyakinan dan tetap pada jalan yang benar.

Menjelang jam 6 petang, pintu rumahku diketuk. Izzar menunjukkan muka beliau sambil membawa beg besar berwarna hijau yang dipinjamnya ketika pulang ke Malaysia winter lepas. Setelah bersalaman mesra, kami berborak2 panjang sehingga malam. Beliau ini xdela mister mana sebenarnya, mungkin bajet mister sahaja.


Pada keesokan harinya, bermulalah perjalanan kami menjelajah kota London. Mula2, kami menaiki tube terus dari Warwick Avenue menuju ke Embankment. Dari situ, kami berjalan kakmi melalui Waterloo dan berjalan di sepanjang tebing sungai menuju ke Westminster. Sebut sahaja weekend, kawasan ini memang terkenal dengan persembahan jalanan. Daripada orang yang mekap menjadi patung sehinggalah breakdancing dan sebagainya. Cuaca amat panas dan terik, jadi, kami singgah di kedai sebentar untuk membeli ice blended lime dan strawberry. Penyejuk badan dan penyegar kembali.


Kami di Westminster sehingga jam 1 petang. Waktu Zuhur telah masuk. Jadi, dari Westminster, kami menuju ke Whitechapel untuk lunch dan bersolat Zuhur. Kami makan dai Pandoo's, sebuah restoran ala2 Nando's. Setelah kenyang, kami bergerak ke East London Mosque yang indah permai untuk bersolat dan berehat sejenak.


Seterusnya, kami menaiki bas menuju ke London Bridge. Untuk pengetahuan, London Bridge hanyalah jambatan biasa ibarat jambatan Muar sahaja. Dari situ, kami berjalan kaki menuju ke Tower Bridge, jambatan yang sering disalahkan dengan London Bridge. Jauh juga kami berjalan, letih gak rasa kaki ini. Maka, selepas itu, kami pulang ke rumah, keletihan.

Esoknya, kami kluar rumah agak lewat, kami lunch dulu di MSD kemudian menuju ke Arsenal. Untuk apa? Sudah pasti untuk melawat stadium Emirates milik kumpulan bola yang asyik dambakan kemenangan, namun masih tiada rezeki, Arsenal. Izzat berjalan sambil buat muka tiada perasaan. Dari situ pula, kami menuju pula ke stadium seterusnya, Stamford Bridge terbabow milik Chelsea yang menang Premier League dan FA Cup!!!

Dari Chelsea, kami menaiki bas 14 menuju ke Piccadily Circus. Dari Piccadily Circus, kami berjalan kaki menuju ke Trafalgar Square. Ramai orang berkumpul di sini pada hujung minggu. Kerana dahaga, kami singgah di Costa untuk minum Vanilla Iced Latte yang menyegarkan sekali.

Menjelang jam 5 petang, kami pulang ke Lapworth Court. Malam ini, aku tidak dapat lama berborak dengan Izzat kerana ada kelas keesokan paginya. Namun, Izzat melakukan kejutan apabila membelanja warga rumah grilled seabass, grilled dover, grilled king prawn dan grilled salmon steak. TQ Izzat!!!

Misteri

Pagi ini, aku menuju ke kelas dengan sayu, kerna tidak dapat menghantar sahabatku pulang. Aku masih ingat, ketika pulang dari Warwick, Izzat ditemani Kerul dan Iman menghantarku sehingga aku menaiki bas pulang. Maafkan daku atas kekurangan layanan kami di rumah ini. Lainkali datang belanja lagi....

Photobucket

7 comments:

imanmanan said...

gila misteri ah, nak belanja serumah habis terkejut dibuatnya. haha

weyh, yg temankan kau manada kerul. po la. haha

Effy Saiful said...

waah bestnye london.. kalo dtg sane bleh bwk jenjalan x jepah? ;p

Jpah said...

to Effy - boleh sangat, tunggu datang je

Lili said...

alahai terasa sweet plak Jpah tulis post ni. jarang2 ko tulis post camni. bromance. ukhuwah2. bguih2.

ekroyorke said...

"wanita meminati lelaki kulit gelap yang didakwa memiliki tarikan seks,misteri,ganas dan bahaya"

enuff said

yanmaneee said...

yeezy shoes
yeezy boost 500
coach outlet sale
balenciaga
air max 270
golden goose outlet
nike air max
jordan 12
curry 6 shoes
supreme clothing

mctele said...

replica bags koh samui replica bags australia 7a replica bags wholesale