>

Sunday, May 9, 2010

Islam Embedded

بسم الله الرحمن الرحيم

Bangun pagi ini, aku tergerak untuk ke School of Oriental and African Studies (SOAS) London. Seawal pagi, aku bersiap mandi dan bersedia untuk ke Central London. Di kala itu, semua ahli rumahku masih enak diulit mimpi indah. Dalam kedinginan pagi, aku berjalan ke stesen hentian bas di Harrow Road. Tidak menunggu lama, bas 18 ke Euston sampai dan membawaku terus ke Warren Street.

Dari situ, aku terus ke SOAS dan menggunakan kad Imperialku, aku dapat masuk ke dalam library SOAS tanpa masalah.

Tujuan aku ke SOAS pagi ini hanya satu tujuan sahaja. Aku terlalu ingin untuk membaca suatu buku, namun masih tidak berkesempatan untuk membaca, apatah lagi untuk membeli. Syukur kepada Allah, buku itu wujud di London dan mampu untuk dirujuk dengan mudah. Buku apakah itu? Buku yang dimaksudkan adalah Islam embedded : the historical development of the Pan-Malaysian Islamic Party PAS, 1951-2003 / by Farish A. Noor.


Terus sahaja aku menuju ke tingkat 3 library itu. Terus aku meluru ke bahagian South East Asia. Aku pula terus menuju ke almari berlabel Malaysia. Mata pantas mencari buku yang dikehendaki. Alhamdulillah, ada!!! Terus aku mengambil buku itu dan bergegas ke meja terdekat untuk membaca. Seronok, aku x henti-henti tersenyum

Sambil membaca, tangan dengan laju mencatat peristiwa yang berlaku. Apabila tangan letih, aku berhenti sejenak, kemudian terus tangan bergerak laju mencatat lagi perkataan dan ayat daripada buku tersebut. Pelbagai peristiwa menarik dibaca, aku semakin tersenyum. Pelbagai persoalan yang terbuku dalam hati selama ini terjawab sedikit. Memang fakta-fakta ini tidak terdapat di dalam buku teks di sekolah. Sementara ada peluang untuk akses maklumat berharga ini, baik aku gunakan sebaiknya.

Berikut merupakan dapatan ringkas aku melalui pembacaan hari ini:

Ini merupakan bendera Parti Islam pertama di tanah Melayu, Hizbul Muslimin.
It is identical to Sang Seka Merah Putih of Indonesia. This reflected
close ties between Malayan nationalists and Islamists and their
counterparts in neighbouring Indonesia

One of the first flag of PAS (pre-1957)

This is post-1957. After the controversy over the words Allah and Muhammad
on the
flag. The government banned the earlier version of the flag on
the grounds
that the use of these words is an example of the
deliberate politicisation
of Islam

PAS's first electoral emblem, which was used in the 1955 elections. 'Tangan
terbuka'
meant to symbolise PAS's open invitation to all Muslims. UMNO
claimed
that it alluded to what would happen if PAS ever came to
power that
PAS would impose Hudud punishments, including the
amputation
of the hands of thieves

PAS's electoral emblem from the mid 1950s to the 1970s, the bulan
bintang. Then, the party was often referred to as Parti Bulan Bintang

http://www.crwflags.com/fotw/images/m/my%7Dpis.gif
Current PAS flag

Untuk pengetahuan, terdapat dua jilid buku ini dan satu jilid itu pun amat tebal. Jadi, aku hanya mampu membaca sedikit sahaja untuk hari ini. Aku berazam untuk kembali semula ke SOAS pada masa hadapan untuk menyambung pembacaanku.

Moga bermanfaat
Photobucket

5 comments:

Mohd Khairul Anam said...

pergh .. mantop ar.. ade kat lbry sini tuu !

akmal.amri said...

jpah, lepas exam datang warwick. kita boleh baca buku tu dalam bilik aku. hahaha..

dah 3 kali dah aku ulang ayat ni. nanti aku nak ambik gambar buku ni kat dalam bilik aku.

SOAS boleh pinjam x?

Anonymous said...

whats the fuss with this book? kat msia x de jual ke sampai kena pergi SOAS? ke mahal sgt?

akma said...

pelik, apsal ko cari buku ni?
ko orang PAS ke?

akmal.amri said...

mahal dowh.. Aku pernah cari kat website, RM350 kot utk dua bijik ni