>

Thursday, May 20, 2010

Lawatan Ustaz Erfino

بسم الله الرحمن الرحيم

Ustaz Erfino merupakan suatu figure yang dikenali di London, khususnya oleh warga Malaysia. Beliau merupakan seorang attache pendidikan yang amat terkenal di kalangan pelajar kerana hubungannya yang mesra dan rapat dengan para pelajar seluruh UK dan London khususnya. Beliau juga dikira sebagai murabbi untuk warga Malaysia di London ini.

Alhamdulillah, petang tadi, warga Lapworth Court berbesar hati menerima kunjungan ustaz Erfino untuk makan malam di rumah kami yang serba kekurangan ini.

Seawal jam 4 petang, Faris yang ditugaskan memasak hari ni telah mula membasuh ayam, memotong sayur dan menyediakan bahan-bahan untuk memasak. Maklumlah, reputasi beliau menjadi taruhan malam ini. Sedap atau tidak masakan beliau akan menentukan nasib beliau. Jadi, amatlah penting bagi beliau untuk masak sebaiknya bagi menjaga reputasi peribadi dan reputasi rumah secara umumnya. Namun, yang lebih penting, aku tahu, Faris ingin memuliakan tetamu dengan mengambil semangat daripada hadis:

Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat maka hendaklah ia berkata-kata dengan kebaikan atau jika tidak, hendaklah dia diam sahaja. Dan sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat hendaklah dia memuliakan jirannya. Dan sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat hendaklah dia memuliakan tetamunya.”
(al-Bukhari dan Muslim)

Menjelang jam 7 petang, loceng rumah berbunyi. Kedengaran suara ustaz. Faris membuka pintu dan menjemput ustaz masuk. Ustaz baru sahaja habis dari meeting dan terus berjalan kaki ke teratak kecil kami ini.

Demo

Jatuh cinta cubaan pertama

Im pun berada di rumah kami untuk menjamu selera. Maka, sementara menunggu makanan dihidangkan, kami berborak-borak tentang pelbagai isu. Sambil-sambil itu juga, ustaz sempat mencuba Macbook Air Imran untuk update status Facebook beliau. Nampaknya, ustaz Terus berminat untuk membeli satu untuk keluarganya.


Makanan dihidangkan. Faris memasak dengan mantop sekali. Harum bau masakannya, jadi kepada semua warga UK yang nak merasa masakan mantop, silalah datang ke rumah kami. Sepertimana menjadi amalan kami setiap hari, makanan dihidangkan di dalam talam dan kami duduk beramai-ramai di atas lantai. Pasti ustaz teringat zaman beliau di KIK dulu semasa makan talam ini. Mana tidaknya, masa makan talam inilah beliau bercerita kenangan usrah di KIK dahulu. Ada yang lawak, ada yang serius. Tersenyum mendengar kisah-kisah persahabatan ustaz sewaktu sekolah sehinggalah sekarang. InsyaAllah, persahabatan itu akan membantu diri kita andai disandarkan dengan taqwa. Friman Allah:

http://quran.com/images/ayat/43_67.png
Pada hari itu sahabat-sahabat karib: setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan amal soleh).
(az-Zukhruf: 67)

Setelah nasi dijamu, kami hidangkan pula aiskrim yang ditaja khas oleh Waitrose. Sambil-sambil makan aiskrim, kami berbincang beberapa perancangan selepas exam dan maklumlah, bulan-bulan mendatang adalah saat terakhir kami bersama ustaz di London ini, kalau boleh, biarlah bulan-bulan mendatang ini kami habiskan sepenuhnya bersama ustaz. Ustaz juga turut menceritakan beberapa perancangan beliau selepas balik ke Malaysia tahun hadapan.

Menjamu aiskrim

Beberapa ketika selepas itu, tetamu British kami, uncle Rohan pulang ke rumah. Untuk pengetahuan, beliau adalah keturunan Scottish dan mempunyai keluarga di Edinburgh. Beliau telah memeluk Islam dan berkahwin dengan seorang warga Malaysia keturunan Kelantan. Kini, beliau tinggal di Malaysia bersama isteri beliau. Persamaan beliau dan ustaz Erfino adalah mempunyai isteri dari Kelantan! Maka, galaklah mereka ini berborak-borak.

Do you eat budu? tanya ustaz Erfino.

Yeah, I eat it, but I must remove the chillies first before I eat it, jawab uncle Rohan sambil disambut gelakan kami.

Faris dan uncle Rohan

Perkongsian daripada ustaz


Perbualan menjadi semakin rancak. Dari isu pendidikan, sehinggalah isu berkaitan Islam dibualkan. Sungguh seronok mendengar pandangan, pengalaman dan ilmu daripada mereka dari latar belakang berbeza. Gaya uncle Rohan bercakap ala-ala brother ISOC.

I really admire Tok Guru you know, he is so nice, I met him once and he invited me to have lunch with him!, cerita uncle Rohan dengan penuh excited.

Well, even UMNO people admire him, tambah beliau....

Menjelang jam 9 malam, ustaz Erfino meminta diri untuk pulang ke pangkuan keluarga yang dirindui.

JZKK ustaz atas kesudian untuk duduk sama rendah dengan kami di Lapworth Court yang serba kekurangan ini. Moga 2 jam yang kita spend bersama ini dapat dijadikan kredit untuk kita membeli syurga Allah di akhirat kelak. Maafkan kami atas segala kekurangan layanan atau ketidakselesaan rumah kami sendiri. Doakan kami cemerlang dunia dan akhirat. Kepada ustaz Erfino, setelah ustaz pulang ke Malaysia nanti, jangan lupakan kami dan sentiasalah hubungi kami andai kelapangan. Kami akan sentiasa merindui tazkirah ustaz.....

Baiklah, sebelum menangis, baik aku berenti di sini (sob2)

Dalam kenangan......

Photobucket

3 comments:

Anonymous said...

wah, bestnye lawatan ustaz erfino...
eh cop, nape uncle rohan tu duduk rumah???

Anonymous said...

salam,
ustaz erfino ada blog tk?

Jpah said...

Ada.

www.erfino.com