>

Monday, May 4, 2009

Summer Fashion

بسم الله الرحمن الرحيم

Di UK ni skarang, cuaca menjadi semakin panas, maka, mulalah timbul fesyen2 untuk summer. Selipar dan sandal sudah mula dijual dengan hangat sekali. Begitu juga dengan seluar pendek dan t-shirt.

Namun, salah satu accessory penting ketika musim panas adalah cermin mata hitam. Fungsi sebenar adalah untuk menjaga mata dari pancaran UV seterusnya untuk mengurangkan silau pada mata ketika matahari panas memancar. Tujuan kedua adalah untuk bergaya dan menambah kekacakan sedia ada.

Pelajar2 Malaysia tidak terkecuali. Hari ini, warga Evelyn Gardens pergi ke Sainsbury's Cromwell Road untuk menjalankan beli-belah bulanan kami. Suatu info yg menarik, jika di Malaysia, kalau beli barang untuk sebulan, harga die RM 200 lebih, namun, jika di UK ni, beli barang sebulan untuk 3 orang, harga die 20 pounds lebih je. Amat murah!

Namun, bukan itu fokus utama post ini. Post ini berkisar tentang seorang pelajar Imperial yang juga dikenali sebagai Model London, kerna kekerapan beliau muncul dalam video serta poster2 di London ini. Beliaulah saudara Shazwan Shah, pelajar tahun pertama Kimia tajaan Kementerian Pelajaran.

Shah dan aku

Model London (nota kaki: gambar2 ini diambil dengan cermin
mata berlainan)

Beliau berenti di tempat pameran cermin mata hitam itu dan mencuba pelbagai jenis, bentuk dan warna cermin mata hitam di situ. Hampir 15 minit juga sesi mencuba berlangsung. Setelah hampir penat mencuba, akhirnya, beliau beredar dari situ tanpa membeli sebiji cermin mata pun, mungkin kerana menurut perkiraan, tiada keperluan yang mendesak untuk membeli sepasang cermin mata hitam. Namun, memang sungguh lama beliau membeli belah melalui jendela (window shopping).

Pengajaran: Berbelanja apa yang perlu sahaja

إِنَّ الْمُبَذِّرِينَ كَانُواْ إِخْوَانَ الشَّيَاطِينِ وَكَانَ الشَّيْطَانُ لِرَبِّهِ كَفُوراً
Photobucket

3 comments:

Najib said...

shah kachak!

Anonymous said...

model london? wow! haha

Anonymous said...

tokei kedai tak marah ke korang berhenti lama2 siap amik gambaq..tapi tak beli pun
hehe ape2pun nice post!!