>

Sunday, May 17, 2009

Selamat Hari Guru

بسم الله الرحمن الرحيم

Mungkin agak terlewat untuk aku mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru dan bakal guru Malaysia. Aku lihat, kebanyakan blog nampaknya sudah aktif menulis perihal hari ini, jadi, aku tak mahu ketinggalan juga.

Namun, cerita hari guru bagi aku tahun ini amat berbeza. Pada hari ini, kami, warga Evelyn Gardens menerima kehadiran dua orang tetamu yang juga merupakan bakal pendidik Malaysia. Mereka adalah saudara Pazli dari Liverpool dan saudari Ajah (ni dah macam bukan tetamu dah) dari Surrey. Kedua-dua mereka ditaja oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).


Pazli tiba di Victoria sekitar jam 3 petang. Maafkan aku kerna tidak dapat hadir tepat pada waktunya mengambil ko. Weekend ni, banyak betul line tube yg tutup, sungguh mencabar.

Pazli dijamu dengan sambal ikan keli (TQ kepada Aishafat dan Ajah kerna menyediakan sambal dan tahniah kepada aku kerna berjaya menggoreng ikan dan memasak ikan sambal). Best gile, mmg favourite aku nih, nak beli kat MSD, mahal sgt. Jadi, mmg rezeki Pali la datang sini dapat makan ikan keli.


Setelah makan, aku, Shah dan Pali keluar menuju ke Bayswater. Pali nak beli cenderamata untuk sanak-saudara di Malaysia. Kami berjalan dari Evelyn Gardens menuju ke Imperial College London. Aku dan Shah menunaikan solat Asar di sana. Kemudian, kami bergerak pula ke Royal Albert Hall, maklumlah, ni kali pertama Pali dapat berjalan di London (sronok jadi org da abis exam nih). Sungguh macho sekali beliau bergambar.

Pali di depan Royal Albert Hall


Kami melalui Kensington Gardens dan beberapa lagi gambar diambil.

Sebagai fakta, gambar Shah (warga London) lebih banyak diambil berbanding gambar Pali (warga Liverpool).


Pali membeli beberapa cenderahati untuk dibawa pulang ke Malaysia. Yang menariknya, Shah pun turut membeli cenderahati. Xpela, aku raikan je beliau, maklumlah, hari ni hari Guru.

Fakta kedua, Shah membeli lebih banyak cenderahati berbanding Pali

Jadi, anda nilai sendiri, siapakah pelancong sebenarnya?

Sapekah pelancong?


Selamat Hari Guru kepada anda semua!!!

X sabar nak makan ayam masak merah Liverpool



Photobucket

3 comments:

Pacat said...

heh, bukan tetamu dah?? cis2

pelawat said...

apsal ko taruk gambar shah bukak kain, eh ke tgh bukak seluar pakai kain? seksi dowh.. segan nanti die. huhu

Isa Mustaza said...

"we dont need no education,
we dont need no thought control,
....
hey teacher, leaves us kids alone"

another brick in the wall, pink floyd

selamat hari guru