بسم الله الرحمن الرحيم
Namun, hari ini, aku dan Pali Liverpool diuji dgn suatu ujian. Pelbagai mehnah terpaksa kami hadapi demi mencapai tujuan kami. Moga perjuangan kami ini dibalas dengan pahala dan syurga Allah (untuk cerita penuh, tanya bebudak Greenwich).
Hari ini, Pali Liverpool pergi ke Greenwich setelah dijemput oleh masyarakat Malaysia di sana. (Untuk pengetahuan, Malaysian Society University of Greenwich menempa sejarah tahun ini apabila mempunyai 5 orang ahli). Pali yang juga merupakan guru besar fardhu ain di Liverpool mengadakan lawatan merapatkan ukhuwah antara masyarakat Liverpool dan Greenwich, Bandaraya Islam. Mungkin juga lawatan ini betujuan membawa pulang prinsip dan amalan gaya hidup Islam masyarakat Greenwich ke Liverpool.
Dengan menaiki tube dan DLR, perjalanan mengambil masa sejam lebih untuk ke Greenwich. Di dalam DLR, aku dan Pali diuji dengan begitu hebat sekali. Peluh jantan mengalir membasahi dahi walaupun cuaca agak sejuk berangin. Sedikit menggigil, namun, kami bertenang. Dalam keadaan itu, tetiba pulak, DLR berenti di tengah jalan. Kesabaran kami diuji. Namun, teringat firman Allah:

إِنَّ اللّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ...
Sesungguhnya Allah bersama-sama orang yang sabar
(al-Baqarah: 153)
Sesampainya di Greenwich, aku mencari2 warga Greenwich dgn ganasnya.
Iman!! Iman!! Manakah kau???
Aku menjerit dalam hati. Sekali lagi, kesabaranku diuji. Kali ini, cubaan dan ujian ini sudah sampai ke kemuncak. Namun, mujurlah Pali Liverpool menenangkan aku. Dalam ketika aku diuji itu, beliau cuba untuk menggembirakan aku. Aku tersenyum lemah, bukan x mahu gelak, namun, sukar dalam keadaanku ketika itu. Namun, tetap aku berterima kasih kepada Pali Liverpool atas usaha beliau menggembirakan aku.
Abu Burdah r.a berkata :”Rasulullah mengutus ayah ku iaitu Abu Musa dan Muaz ke Yaman, Nabi berkata:”Mudahkanlah dan janganlah kamu menyukarkan, Gembirakanlah dan jangan kamu menyusahkan dan berseia sekatalah kamu.”

(Bukhari dan Muslim)
Akhirnya, Iman sampai, ibarat seorang wira yang menyelamatkan aku dari lembah kesakitan itu. Beliau membawaku ke bilik Epi untuk merawat duka dan lara yang aku hadapi ini. Selepas itu, warga Greenwich mampu membuatkan aku tersenyum kerna mereka membelanjaku makan lunch.
Akhirnya, aku menyerahkan tanggungjawab menjaga dan melayan Pali Liverpool kepada warga Greenwich (Iman, Pali, Syamil, Epi dan Famy). Selamat bergembira sahabat, dan semoga selamat sampai ke destinasi yang ingin dituju. Terima kasih kerna sudi menziarahiku (dan menyepahkan bilikku). Moga bersahabatan kekal abadi....
Tautlah Ukhuwah Sekencang Dakwah....
Anda blur dengan kisah ini? Sila hubungi ahli2 MSoc Greenwich (5 orang) atau guru besar fardhu ain Liverpool (Pali) untuk berita penuh....

2 comments:
heh, xde orang komen lagi post ni??
korang semua xpelik ke dengan apa yang diperjuangkan Jpah n Pali ni??
haha.. lawaks la.. adei.. btw, bukan aku yang racun ek, juga bukan Aisha.. try korang ingt balik semua..
tp memang jihad la.. dgr2 nya muka ko pucat.. xpe2.. tu namanya perjuangan Jpah.. fighting!!
cis, senyap2 sudah....
Post a Comment