بسم الله الرحمن الرحيم
Pada hari minggu ini, aku membawa tetamu dari Liverpool ini berjalan sekitar London. Kerna ingin membeli cenderahati untuk kakak tercinta, aku membawa Pali ke Oxford Street. Dengan menaiki bas 414, kami berlepas dari Evelyn Gardens sekitar jam 11 pagi waktu UK.
Biaserla, hari Ahad, mmg penuh orang di jalanan. Shopping ini sudah menjadi salah satu aktiviti wajib bagi orang2 putih ni. Di mana2, mereka membawa anak2, sanak saudara dan orang tua keluar ke bandar. Inilah hiburan bagi mereka.
Walaupun aku ni tidaklah suka shopping nih, tapi aku bawa juga Pali ke sini untuk beli barang2 untuk famili beliau. Setelah beberapa kedai kami masuk, Pali bertemu juga dengan hadiah untuk kakak tercinta. Pastu, kami juz jalan2, masuk kedai itu, masuk kedai ini tanpa membeli barang, skill yg memang aku pakar.
Perut sudah lapar. Kami menuju ke Warren Street untuk singgah solat dan makan di UCL. Kami singgah di Gower Street, di mana Fitri, Adam (dan Apen) tinggal bersama. Sungguh lama, hampir sebulan aku x jumpa dgn Fitri. Maklumlah, dulu sibuk dgn kerja die, skarang sibuk dgn exam pulak. Baru harini dapat jumpa. Apen? X yah cerita....
Kami bergerak ke Shah Jalal Mosque, Euston untuk bersolat Zuhur. Selepas itu, aku, Pali, Fitri, Apen dan Adam bergerak ke Sizzling Bombay untuk menikmati lunch kami. Makanan die agak sedap, ibarat kata Pali:
Just nicela... (sila baca dengan nada Kelantan)
Sepanjang makan, kami dihidangkan jua dengan jenaka daripada Pali. Hampir pecah perut kami. Namun, teringat kepada hadis:
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:”:Celakalah orang yang berbicara lalu mengarang cerita dusta agar orang lain tertawa. Celakalah !”

Riwayat Abu Daud
Terfikir jua aku, adakah kami banyak berkata dusta? Makin banyak berkata, makin banyak dusta, itu hakikat yang perlu kami terima. Moga diampunkan dosa-dosa kami.
Rasulullah S.A.W. juga berjenaka. Namun, jenaka beginda tidaklah berdusta.
Sebagai contoh, diriwayatkan daripada Hasan Basri r.a. bahawa seorang tua datang menemui Rasulullah s.a.w. lalu berkata: 'Wahai Rasulullah, tolonglah doakan agar Allah memasukkan daku ke dalam syurga.' Jawab Rasulullah s.a.w., 'orang tua tidak boleh masuk syurga,orang tua itu lantas berlalu dari situ dan mulalah menangis. Kemudian baginda bersabda yang bermaksud;'beritahulah kepada wanita tersebut bahawa dia tidak akan masuk syurga dengan umurnya yang telah tua tetapi Allah akan menjadikan semua wanita di syurga anak dara.'

Moga selepas ini, setiap kata-kata kita memberi pengajaran, tidak berdusta dan bermanfaat kepada orang sekeliling.
Sungguh seronok harini, dapat bertemu rakan-rakan yang dah agak lama tak jumpe. Moga persahabatan ini kekal abadi...
Tautlah Ukhuwah Sekencang Dakwah!

No comments:
Post a Comment