بسم الله الرحمن الرحيم
Hidup sebagai pelajar merupakan saat paling manis dalam kehidupan. At least, inilah yang sering orang2 lebih tua daripada aku yang telah menempuhi lebih banyak zaman sering nasihatkan. Jadi, gunalah sebaik-baiknya zaman pelajar kita ini, jangan sesekali dipersiakan.
Dulu, aku rasa menyampah betul jadik pelajar. Terikat dengan banyak peraturan, terikat dengan study, tekanan peperiksaan. Namun, semakin aku meningkat dewasa, aku sedar, zaman pelajar inilah hakikatnya jadul hidup kita amat fleksibel. X terikat dengan waktu kerja, x terikat dengan majikan dan sebagainya. Lebih2 lagi di luar negara. Kita sendiri merancang hidup kita. Tiada lagi ibu bapa yang akan menegur kesilapan kita. Hanya ada rakan2 dan orang sekelling yang menjadi sandaran dan harapan.
Kepada yang masih bergelar pelajar. Fikirkanlah, zaman belajar hanya sekejap je. Jadi, kenapa tidak kita pergunakan sebaiknya. Masa zaman pelajar inilah banyak ilmu dan pengalaman dapat ditimba. Bukan hanya pergi ke kelas kemudian pulang dan enjoy life. Masa yang banyak ketika belajar ini sepatutnya perlulah kita salurkan untuk aktiviti dakwah dan menyumbang kepada agama dan masyarakat.
Memang letih. Memang penat. Memang semput. Namun, inilah tarbiyah untuk kita membimbing diri ke arah pengurusan yang lebih efisien. Pengurusan masa, perkembangan nilai2 kendiri, kepimpinan, dan macam2 lagi.
Apabila kita mengaku menjadi Islam, apakah ertinya? Jika kita imbau kitaran hidup kita, kita bangun, makan, pergi ke kelas, balik, belajar, tidur dan kitaran ini berulang saban hari. Apakah tujuan hidup kita? Apakah beza tujuan hidup kita dengan non-muslim? Jadi, tanya kembali diri ini, apakah ertinya kita sebagai Islam?
Cukupkah rasanya dengan bersolat, berpuasa, zakat kita akan masuk ke syurga? Para rasul, sahabat Nabi, para ulama' kesemuanya diuji dengan hebat sekali. Peluh, darah, penghinaan, penyeksaan, itulah perjuangan mereka untuk menegakkan Islam, kerana mereka tahu, ganjaran syurga menanti. Tapi kita? Ajak dengar ceramah pun susah!
Apabila kita mengucap dua kalimah syahadah, apabila kita declare diri kita sebagai Islam, hakikatnya, kita telah menandatangani kontrak untuk berintima' dengan Islam. Kita menandatangani perjanjian untuk berkhidmat dan bekerja untuk Islam. Kita berjanji untuk melaksanakan ajaran Islam. Jadi, layakkah kita mengeluh, layakkah kita mengadu letih, sedangkan memang itu tugas kita, memang itu janji kita?
Jadi, ingin aku seru diri ini dan diri pembaca, hidup ini bukan untuk bersenang-lenang. Hidup ini medan untuk kita bekerja bersungguh2, hidup ini medan pengorbanan, hidup ini medan untuk kita menghambakan diri kepada tugas-tugas agama. Rehat yang sebenar adalah apabila kita mati. Kelapangan yang sebenar adalah sewaktu di syurga penuh nikmat.
Tersenyum melihat 'hiasan' sticky notes di depan mata,
tersusun segala deadlines yg perlu dipatuhi,
moga aku diberi kekuatan menjalankan amanah
tersusun segala deadlines yg perlu dipatuhi,
moga aku diberi kekuatan menjalankan amanah
Sabda Rasulullah s.a.w maksudnya:“Tidak ada sesuatu yang paling disukai Allah SWT selain daripada dua titisan dan dua kesan. Dua titisan itu ialah titisan air mata yang keluar kerana takutkan Allah SWT dan titisan darah yang tumpah di dalam perjuangan di jalan Allah. Manakala dua kesan ialah kesan berjuang di jalan Allah SWT dan kesan kerana menunaikan kefardhuan yang telah difardhukan oleh Allah.”
(at-Tirmidzi)
1 comment:
salam...teruskan belajar..krn ia tugas sepanjang hayat..moga berjaya dunia dan akhirat..salam ziarah
Post a Comment