Sunday, May 31, 2009

Ke Surrey

بسم الله الرحمن الرحيم

Sesungguhnya, perjalanan hari ini tidaklah dirancang dgn baik, apatah lagi sempurna. Kedatanganku juga bukanlah untuk melancong, namun, hanya ingin serahkan kunci yg saudari Ajah terlupa untuk pulangkan kepada universiti beliau ni. Namun, Alhamdulillah, masih disambut dan dilayan dgn baik oleh saki-baki warga Malaysia di Surrey.

Minggu ini, dua kali aku melayan dan menyambut tetamu yg tidak ku kenal, saudara Din dari Ireland dan saudara Ammar dari USA. Hari ini pula, saudara Humaizi dari Surrey menyambutku di stesen keretapi Guilford sekitar jam 11 pagi. Humaizi ini lebih manja dan mesra dipanggil dgn nama Miji.

Sampai juge ke Guilford

Miji membawaku pulang ke biliknya. Cuaca agak panas, sekitar 20 darjah celcius. Berpeluh juga. Setibanya aku di University of Surrey, kelihatan padang dan taman yang luas menghijau, maklumlah, luar bandar. Suasana aman dan sentosa, amat kondusif untuk belajar. (Promote nih!!!)

Bilik saudara Miji agak bersepah. Aku dimaklumkan yg beliau akan pulang pada esok hari. Berseri2 muka Miji, maklumlah, nak balik Malaysia dan menguruskan urusan2 beliau di tanah air. Kelihatan beg, kotak2 dan bungkusan2 yang telah siap dipek oleh beliau.

Bilik Miji yg bersepah (maaf Miji)


Selepas berehat sebentar, aku dibawa Miji bersiar2 sekitar University of Surrey yg indah permai ini. Dibawa ke laundrette (signifikan ke?), library, serta bangunan2 sekitarnya. Seronok juge melihat univerisiti style kampus ni. Maklumlah, hidupku di Imperial, sebuah universiti bandar, x merasa hidup camni. Suasana di sini ala2 Warwick Kota Sentosa.

Namun, agak sayu dan pilu apabila melihat ramai pelajar2 di sini yang nampaknya telah berkemas. Ibu bapa mereka datang dengan kereta dan mengangkut barang2 mereka ke dalam kereta. Term di universiti ini sudah berakhir. Aku pula, masih ada sebulan untuk dihabiskan di UK ini. Homesick! Nak balik gak!!!!

Kemudian, aku dan Miji duduk di taman ape ntah, makan yogurt yg Miji belanja. Hari ni terik sungguh, berpeluh jugak ar. Selepas berborak2 tentang erti kehidupan, kami menghantar kunci cik Ajah kepada pak guard yg mmg keje die mengumpul kunci agaknya. Selesai tugasanku.



Selepas bersolat Zuhur di bilik Miji, aku beransur untuk pulang. Waktu tu sekitar jam 3 petang. Sebelum tu, sempat gak Miji bawa aku bersiar2 di bandar Guilford. Meriah juge petang ini di Guilford, maklumlah, hari minggu. Cerah pulak tu, memang peluang orang2 tempatan ini untuk bermesra bersama keluarga.

Pada pukul 4 petang, aku menaiki tren pulang ke Waterloo. Terima kasih Miji kerna sanggup meluangkan masa untuk melayan aku.

Berlatarbelakangkan pekan Guilford

Pose istimewa saudara Miji

Kesimpulan daripada perjalanan ini: Baru aku tahu kenapa warga Surrey (especially ade sorg warga Surrey) kerap berada di London Kota Keriangan. (Xleh komen lebih2, nanti ade yg terasa)

Oh, warga Surrey ade blog mereka: Life@Surrey. Selamat menziarah mereka untuk maklumat lanjut berkenaan Surrey...

Photobucket

Friday, May 29, 2009

Perkongsian Jumaat: Makkah

بسم الله الرحمن الرحيم



Photobucket

Thursday, May 28, 2009

Kisasians Reunited

بسم الله الرحمن الرحيم

Malam semalam, YM aku menunjukkan status:

esok 6 pagi nak bertolak ke Heathrow...

Maka, beberapa org yg nampaknya tidak puas hati terus mengYM aku dan bertanyakan aku macam2 soalan yg jelas menunjukkan ketidakpuashatian mereka. Saudara Khairul Hafidz (DZ) yg gagal menghubungiku melalui YM, terus sahaja SMS aku di awal pagi untuk bertanya tujuan ke Heathrow awal pagi.

Jadi, hari ini, aku reveal tujuan aku ke Heathrow awal pagi ini. Hakikatnya, seorang sahabat dari USA tiba di Heathrow untuk memulakan pengembaraan beliau di Eropah ini. Beliau dijadualkan tiba di Heathrow pada jam 7.10 pagi, jadi, aku bersiap siaga sekitar jam 5.30 pagi dan menuju ke stesen tube Gloucester Road pada jam 6 pagi.

Perjalan ke terminal 123 and 5 ini menaiki Piccadily Line memakan masa lebih kurang 40 minit. Disebabkan tidur terganggu kerna terpaksa solat Subuh pada jam 3 pagi, maka, tahap mengantuk aku adalah amat maksimum. Tersengguk2 aku di dalam tube itu seperti ayam mematuk biji padi di tanah.

Alhamdulillah, kami bertemu di Terminal 1 Heathrow. Rakan yang aku maksudkan ini merupakan saudara Ammar Faris dari University of Illinois Urbana Champagne. Beliau tajaan Bank Negara dan buat Computer Science. Mana aku kenal beliau? Entah, aku pun x knal beliau, sape kate aku knal? Di airport itulah pertama kali aku bertemu beliau. Kami berjumpa melalui blog dan berinteraksi dgn YM sahaja selama ni. Namun, ikatan akidah menyebabkan kami membantu tanpa banyak soal.

Aku membawa beliau menaiki tube terus ke South Kensington. Di situ, aku membeli beberapa biji samosa ayam untuk kami breakfast. Beliau membawa beg besar beliau itu ke rumah aku. Seperti yang aku jangka, setibanya di tingkat bilik aku, sudah termengah2 beliau. Hahaa, aku hanya dapat memberikan dorongan tanpa boleh membantu apa2 (malas nak tlg angkat, hahaa).

Kemudian, masa jejak kasih pun tiba. Sekitar jam 12 tengahari, aku membawa warga USA ini ke MSD Bayswater untuk bertemu dengan senior yang amat beliau sayangi. Beliaulah saudara Faris Husaini. Mereka ini sama2 menimba ilmu di KISAS suatu ketika dulu. Jadi, sungguh meriah apabila bertemu, banyak sungguh luahan serta perkongsian pintar yg mereka jelmakan.

Junior dan Senior

Royal Albert Hall

Kensington Garden

Memegang roda Rolls Royce

Selepas makan lunch dan solat Zuhur, aku dan Faris membawa Ammar berjalan2 sekitar Kensington Garden, Royal Albert Hall, Imperial College dan Science Museum. Sampai di Science Museum, aku sudah pening2 lalat dan mengantuk sangat. Sambil berdiri, mata aku mampu untuk terlena!

Kami berjalan pulang ke Bayswater untuk ke rumah Faris. Faris memasakkan juadah istimewa penuh kasih dan sayang untuk junior beliau ini. Sungguh hebat dan menjadi lauk kurma ayam beliau. Tahniah Faris, dan aku pun turut makan dinner sama2. Kenyang, TQ Faris...

Jadi, aku membawa Ammar pulang ke bilikku. Letih giler, ngantuk, mata kuyu....

Royal College of Music

Photobucket

Wednesday, May 27, 2009

Header ke-6 dalam Sejarah

بسم الله الرحمن الرحيم

Sekali lagi, aku tidak dapat menahan diriku daripada mengedit gambar dan membuat header baru untuk blog ni. Lumrah manusia, inginkan kelainan dari semasa ke semasa, hehehe. Jadi, disebabkan sudah bermusim header yg lama ni, jadi, nak tukar atmosphere skit, dan jadilah header baru ni.

Berikut merupakan koleksi header2 blog alternatethunder ini:

Header pertama

Header kedua

Header ketiga

Header keempat

Header kelima

Header latest dan yang keenam!

OK, untuk header latest ini, gambar diambil di Liverpool. Di dalam gambar, kelihatan empat jejaka yang segak bergaya. Dari kiri, saudara Hafizuddin dari Warwick yg femes dgn nasi lemak yang memukau. Kemudian, saudara Syafiq dari Cardiff yang terkenal dgn bermain percussion sambil tangan bersilang. Selepas itu, saudara Pazli dari Liverpool yang femes di Pasir Mas dan femes dgn ayat 'jus nicela' versi Kelantan. Yang kanan skali tu, ehem2, xyah sebut la yer.....

Jurugambar kami merupakan saudara Shuib juga dari Liverpool. Kami bergambar ni di Alberts Dock ketika cuti musim bunga yang lalu, satu perjalanan yang amat berharga dan amat best jumpe korg!

Jadi, apa komen anda dengan header baru ini?

Photobucket

Tuesday, May 26, 2009

Babi!!!

بسم الله الرحمن الرحيم

Bila sebut sahaja babi, orang kita sudah mula rasa geli geleman.. Ada yang rasa hendak muntah.. Bila terasa hendak memaki, babilah binatang pertama yang terlintas di fikiran.. Bila anak-anak kecil menyebut babi, diajarnya untuk menyebut 'ba alif ba ya'..

Hina sangatkah babi?

Adakah babi hina kerana mereka menjadi tuan rumah kepada Taenia solium? Jika begitu lembu juga hina kerana menjadi tuan rumah Taenia saginata.. Adakah babi hina kerana mereka menjadi tuan rumah kepada T. spiralis? Jika begitu tikus juga perlu dihina sebegitu rupa kerana sama-sama menjadi tuan rumah parasit tersebut.. Adakah babi hina kerana dikenalpasti sebagai punca merebaknya selsema babi? Jika begitu, ayam dan burung juga perlu diharamkan kerana pernah dahulu menyebabkan penyakit selsema burung.. Adakah kerana semata-mata rupanya yang hodoh? Babi tidak pernah minta lahir ke dunia sebegitu rupa.. Allah yang menjadikannya hodoh sebegitu..

Ya benar babi merupakan salah satu daripada benda yang diharamkan oleh Allah untuk dimakan di dalam al-Quran.. Namun Allah tidak pernah sekali-kali menghina ataupun melaknat spesis babi itu sendiri..

Menyentuh babi pun tidak berdosa, hanya najis.. Bahkan tidak ada satu nas pun yang menyebutkan bahawa mereka yang menyentuh babi perlu membasuh tangan mereka dengan air tanah dan sebagainya.. Hanya para ulamak yang mengkiaskan kes menyentuh babi dengan menyentuh anjing.. Namun bila seorang pelajar veterina Melayu beragama Islam menyentuh babi, umat Islam satu Malaysia melenting mengatakan perbuatan itu 'menghina Islam'..

Ustaz Salman Maskuri menulis di dalam blognya, "Setengah orang melayu tidak menyebut babi dan meyebut khinzir sedangkan tidak ada hukum menyatakan haram menyebut babi. Setengah orang melayu juga menyebut ba alif ba ya, sedangkan Nabi tidak pernah menyebut kha nun zai ya ra. Mereka tidak rasa bersalah ketika mengumpat tetapi rasa bersalah bila sebut babi."

********

Umat Islam bukanlah umat pertama yang diharamkan untuk memakan babi.. Bani Israil dahulupun ditegah untuk memakan babi dan menggunakan lemaknya... Nabi Muhammad sendiri tidak pernah membunuh seekor babi pun ketika tempoh hidup beliau.. Sedangkan Jesus diriwayatkan di dalam New Testament [Matthew 8:28-34] pernah melakukan pembunuhan babi secara besar-besaran. Maka orang-orang Kristian sepatutnya berasa lebih geli terhadap babi daripada orang Islam sendiri.

Saya pernah terbaca orang-orang kita menulis tentang babi dengan menggambarkan seolah-olah babi ini sangat hina sehingga Allah 'menghukum' mereka dengan menyebarkan selsema babi melalui perantaraan mereka.. "Kill kill die die ba alif ba ya", seolah-olah Islam menggalakkan pembunuhan babi sesuka hati.

************

Babi juga makhluk Allah seperti kita, malah kromosom mereka merupakan kromosom yang paling mirip dengan kromosom manusia... Dalam sesetengah kes 'liver failure' atau kegagalan fungsi hati di hospital, hati babilah yang digunakan untuk menggantikan fungsi hati manusia sementara menanti hati manusia didermakan serta dipindahkan.

Babi tidak hina. Jangan hina babi. Sepatutnya kita perlu berterima kasih kepada babi kerana menyelamatkan nyawa saudara-saudara sespesis kita. Hindari sahaja dari memakannya.

Ke arah memartabatkan babi ke tahap yang sepatutnya!

Sumber

Photobucket

Sunday, May 24, 2009

Masa Berlalu Pantas

بسم الله الرحمن الرحيم

Biler aku view kembali gambar2 facebook (sign telah busan stadi), tersenyum aku melihatkan gambar2 seawal aku tadika sehinggalah ke hari ini. Trimas kepada member2 yang telah upload gambar2 kenangan ini. Tersenyum sorg2 depan laptop ni, hihi. Sungguh, rasa masa berlalu dgn pantas, sudah hampir 20 tahun aku hidup di dunia ini rupanya. Namun, terfikir, apakah impakku kepada dunia ini? Apakah sumbanganku terhadap ummah ini?

X sabar nak balik Malaysia, nak buka kembali album2 yang memuatkan gambar2 ketika aku kecil. Terasa jeles ngan org2 yg dah balik dan akan balik Malaysia dalam tempoh terdekat. Aku sedar, peluang aku balik ke Malaysia jua akan datang, namun, perasaan tidak sabar itu makin memuncak. Sabar, Huzaifah, exam dulu....

http://photos-b.ak.fbcdn.net/photos-ak-snc1/v2087/120/20/1640243892/n1640243892_116537_8368.jpg
Gambar ketika tadika. Turut kelihatan, emak (bertudung coklat) dan angah
(bertudung hijau bawak botol), aku berbaju ungu di bahagian kanan gambar
(pki kopiah)

http://photos-c.ak.fbcdn.net/photos-ak-snc1/v3890/103/45/1420783536/n1420783536_30358618_5368944.jpg
Darjah 5 Bestari, aku row kedua kanan sekali

http://photos-b.ak.fbcdn.net/photos-ak-snc1/v2057/120/20/1640243892/n1640243892_112313_2853.jpg
Gambar darjah 6 Arif (Aslam dah pindah masa ni, yeayyy!!!). Lelaki, dari
kiri, Mustaqim, Hadi, Megat, aku, Aidi, Aizat, Nazeef, Haziq, Aiman

http://photos-h.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc1/hs027.snc1/2652_1130816544739_1057013819_407423_200173_n.jpg
Tingkatan 4 Jannatul Adnin. Aku row belakang, ke-5 dari kiri

http://photos-a.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc1/hs027.snc1/2652_1130816584740_1057013819_407424_2387985_n.jpg
Tingkatan 5 Jannatul Adnin. Aku duduk, kanan sekali

http://photos-d.ak.fbcdn.net/photos-ak-snc1/v2665/67/0/1509843068/n1509843068_30127491_4966221.jpg
2007, KYUEM

http://photos-f.ak.fbcdn.net/photos-ak-snc1/v765/85/75/693144915/n693144915_951629_7039.jpg
2008, MUSCOM, KYUEM (rindu korg, bile nak jumpe?)

http://photos-b.ak.fbcdn.net/photos-ak-snc1/v2108/223/25/635554039/n635554039_1234025_3848.jpg
2009, Imperial College London

http://photos-g.ak.fbcdn.net/photos-ak-snc1/v2335/223/25/635554039/n635554039_1263198_2018.jpg
2009, Greenwich

Moga dari hari ke hari, amalan kita bertambah.....

Photobucket

Saturday, May 23, 2009

Pembridge Hall

بسم الله الرحمن الرحيم

Pernah ketika dulu aku post pasal Evelyn Gardens dan juga berkenaan hall lain di Imperial yang diharapkan dapat memudahkan para junior. Namun, timbul pula satu ketidakpuashatian kepada seorang pelajar Imperial kerna hall beliau dulu tidak disebut dalam post aku sebelum ni. Jadi, beliau telah mengambil langkah proaktif dgn menulis sendiri hasil tulisan beliau kepadaku. Mungkin agak terlewat untuk para junior buat pilihan, tapi mungkin the next batch bleh ambik iktibar. Ini merupakan hasil tulisan beliau:

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kali ini saya akan menceritakan pengalaman saya tinggal di Pembridge Hall, 3 tahun yang lepas. Pembridge Hall terletak di barat laut Imperial College dan merupakan antara hall yang termurah. Mengikut halaman web accommodation office IC, berjalan kaki dari Pembridge Hall ke kampus di South Kensington memakan masa 25 minit. Tapi jangan percaya bulat-bulat kerana untuk tiba di IC door-door dalam masa 25 minit memerlukan latihan berjalan kaki yang konsisten. Walau apapun, jangan terkejut dengan 30 minit berjalan kaki kerana ianya merupakan sesuatu perkara yang biasa. Biasalah mula-mula tiba rasa pelik dan kekok setiap hari berjalan lama-lama. Lama-kelamaan rasa itu akan hilang, malah timbul pula rasa seronok.

Pintu masuk utama hall yang bewarna biru gelap manakala
pintu masuk alternatif yang bewarna hitam

Secara amnya, Pembridge Hall mempunyai 2 bangunan, bangunan utama dan annex. Bangunan utama mempunyai beberapa jenis bilik – single-sharing (en-suite), dan double-sharing (en-suite). Saya tidak pasti sama ada hall ini mempunyai bilik triple-sharing atau pun tidak. Kesemua penghuni bangunan utama akan berkongsi 2 buah dapur yang sangat besar dan setiap seorang diberikan satu ruang peti sejuk/sejuk beku, dan kabinet. Setiap kali selepas menggunakan dapur, pastikan ruang peti sejuk dan kabinet dikunci bagi mengelakkan mereka yang tidak bertanggungjawab memakan makanan anda. Juga setiap penghuni di bangunan utama mempunyai sebuah mini-peti sejuk di bilik masing-masing. Hebat bukan!? Oleh kerana, bangunan utama ini sudah agak berusia, maka tidak hairanlah apabila kita berjalan, lantai tersebut akan mengeluarkan bunyi. Juga, saiz bagi setiap bilik adalah berlainan walaupun sewa yang dibayar adalah sama.

Bagi bangunan annex pula, bangunan 3 tingkat ini mempunyai 2 flat setiap tingkat; setiap flat mempunyai 3 buah bilik single, sebuah bilik double-sharing, sebuah dapur, sebuah tandas (water-closet) dan sebuah bilik mandi (shower). Jangan risau tentang keselamatan kerana bagi penghuni annex, terdapat 3 lapisan keselamatan tambahan (tidak termasuk pintu bilik masing-masing) – yang pertama di pintu masuk hall, yang kedua di pintu masuk ke bangunan annex dan yang ketiga pintu masuk ke flat masing-masing. Walaupun begitu, sukacita diingatkan apabila keluar daripada bilik untuk tempoh yang lama, silalah pastikan ianya berkunci. Saya tidak pasti bagaimana sistem pengagihan bilik yang terkini, tetapi pada zaman saya dahulu, kami diberikan bilik secara rawak, dan alhamdulillah saya diberikan bilik di annex dan berkongsi dengan seorang lagi rakan Londoner. Pada mulanya agak takut juga, akan tetapi lama-lama kami boleh berbual mesra dan sehingga ke hari ini, jika terserempak bekas rakan se-flat di IC, saya akan menyapa mereka.

Pemandangan di Pembridge Road, Notting Hill.
Turut kelihatan kedai buku Book & Comic Exchange.

Pembridge Hall dijaga oleh seorang warden, seorang sub-warden dan beberapa hall seniors. Seorang hall manager turut bertugas pada siang hari. Jika ada sebarang masalah, silalah berjumpa dengan mereka. Antara kemudahan yang terdapat di sini adalah games room (ada sebuah konsol permainan diletakkan di sini beserta dengan pemain dvd), pool table dan foosball dan bangku untuk menghirup udara segar.

Oleh kerana ianya terletak di kawasan Notting Hill (filem Notting Hill lakonan Hugh Grant dan Julia Roberts dilakonkan di sini), maka terdapat pelbagai kemudahan, antaranya ialah sebuah perpustakaan awam yang terletak selang satu unit bersebelahan dengan hall, jika bosan mengulangkaji di bilik, bolehlah mengulangkaji di perpustakaan ini; Bangladeshi Hall; Portobello Market pada setiap hari Sabtu yang terkenal dengan barangan antik, juga menjual pelbagai barangan di sini; sebuah cawangan Tesco Metro; sebuah cawangan Sainsbury’s Local; kedai runcit Siam ‘Tawana’ menjual pelbagai barangan dari Malaysia; cawangan bank NatWest, HSBC, Lloyds TSB dan Barclay’s; kedai-kedai buku Waterstones, WH Smith (kedai buku kegemaran saya adalah kedai buku second hand berhampiran bus stop); farmasi Boot’s; sebuah panggung wayang; dan bermacam-macam lagi. Pendek kata, hampir semuanya boleh didapati di Notting Hill.

Tidak lupa juga, Bayswater yang terkenal dengan kawasan menjual makanan halal dan cenderahati dan Malaysia Hall yang terletak kira-kira 10 minit berjalan kaki. Selain daripada berjalan kaki, kemudahan pengangkutan yang terdapat di sini juga amat baik – terdapat sebuah stesen tube, dan perkhidmatan bas yang agak komprehensif. Jika anda ingin menunggang basikal ke IC, Pembridge Hall turut menyediakan tempat letak basikal di dalam kawasan hall. Buat makluman adik-adik, kadar kecurian basikal di London adalah sangat tinggi, dan bagi mereka yang tinggal di Pembridge Hall sesungguhnya sangat beruntung kerana tidak perlu lagi risau akan keselamatan basikal.

Oleh kerana hall ini terletak berdekatan dengan Malaysia Hall, maka saya juga turut menjadi pengunjung tetap setiap hari Khamis. Jabatan Penuntut Malaysia (JPM @ MSD) melalui attaché Kebajikan, menganjurkan majlis bacaan surah Yasin setiap hari Khamis malam Jumaat. Juga selepas bacaan Yasin, ada majlis berkongsi ilmu dan makanan. Oleh kerana tiada masjid yang berdekatan (selain surau di MSD), maka kami warga Muslim (4 atau 5 orang sahaja ahli jemaah kami) di Pembridge Hall mengambil inisiatif untuk solat berjemaah seboleh mungkin di hall. Juga, sekiranya saya solat seorang diri di bilik, rakan sebilik saya tidak kisah pun, malah dia akan memperlahankan audio komputernya sebagai tanda menghormati solat saya. Pendek cerita, jangan takut untuk menunjukkan identiti kita sebagai seorang Muslim.

Semoga pengalaman saya di atas membantu adik-adik untuk memilih accommodation hall. Sekian, wasalam.

Mohd Isa Mustaza
4th Year MEng Civil Engineering
Imperial College London

http://photos-b.ak.fbcdn.net/photos-ak-snc1/v2110/184/93/715167927/n715167927_1315945_1002.jpg
Salam Perantau (Saudara Isa adalah jejaka yang paling kanan, macam
Arham Hakimy kan??)


http://photos-d.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc1/hs001.snc1/4144_76966312709_538072709_1602555_741140_n.jpg
Ni gambar lebih dekat, macam Arham kan? (sila abaikan
jejaka dengan bayi itu)

Photobucket

WOW 09

بسم الله الرحمن الرحيم

Khas untuk pelajar non-KYUEM


Photobucket

Thursday, May 21, 2009

Pencarian

بسم الله الرحمن الرحيم

http://www.com-shopping.co.uk/images/Logos/ryman_logo.gif

Ke Ryman sudah, ke Maxwell pun sudah....

Kemudian, ke Sainsbury's dgn harapan yang sama...

Namun, masih tidak berjumpa dengan apa yang didambakan....

Owh, di manakah kan ku temui engkau??

Hari ini sungguh mencabar. Banyak sungguh aku berjalan harini. Bermula sejak abis kelas tadi, bergegas ke sana ke mari. Mencari dan terus mencari. Singgah di South Kensington untuk beli lunch, nyum2 sungguh sedap samosa dier. Lepas makan satu samosa, perjalanan diteruskan.

Kemudian, ke Ryman's, tidak jumpa. Berjalan 10 minit ke Maxwell, juga tidak jumpa. Berjalan lagi 10 minit ke Sainsbury's, x jumpe juga. Last2, aku balas dendam ngan beli groceries dgn agak banyaknya di Sainsbury's.

http://www.dovefarm.co.uk/images/Sainsbury_logo.jpg

Kesimpulannya, aku masih belum temui apa yg dihajati, namun, aku perlu lebih gigih!

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:”Sesungguhnya orang mukmin akan menerima tekanan hidup kerana tidak ada satu bencana sama ada kerana terkena duri atau yang lebih besar, tidak juga ketakutan melainkan Allah akan mengangkat darjatnya satu darjat dan menghapuskan satu kesalahan dengan kesabarannya menghadapi bencana dan kesusahan tersebut.”
Riwayat al-Hakim

Photobucket