>

Thursday, April 2, 2009

Warwick Day 3

بسم الله الرحمن الرحيم

Bermulalah hari ketiga kami di Warwick yang menarik ini. Kami bangun agak lambat, kerna tidur pun agak lambat pada malam sebelumnya. Hazim menjemput kami untuk bersarapan di rumah beliau. Hazman dan rakannya dari Leeds, Zaki turut berada di sana. Nampaknya, Hazman telah menyiapkan roti canai utk kami. Diceritakanlah pengalaman beliau menebar roti canai dengan bergaya dan berjaya. Kagum!


Memang banyak sungguh Hazim dan rakan-rakan masak. Mi goreng, roti canai, telur, baked beans dan amcam-macam lagi. Sronok. Lepas tu, kami dijamu pula dengan aiskrim. Sungguh banyak makan di Warwick nih....


Lpas tu, dalam jam 10.30 pagi, kami pergi bermain badminton di Sports Centre Warwick. Disebabkan dah lama x main, agak pancit, namun, sronok kerna dapat bermain badminton setelah sekian lama bersama rakan-taulan.

Emo kehilangan cermin mata

Pada petang hari, kami dibawa oleh Hafizuddin dan Kerul ke Leaminton Spa yang lebih kurang 40 minit perjalanan bas dari University of Warwick. Kami duduk di taman, berkelah, menjamu selera dgn snack dan berborak mesra. Syafiq agak emo apabila perkhidmatan mengayuh di tasik tidak ada. Namun, segala-galanya berjalan baik. Terima kasih kepada Hafizuddin dan Kerul.

Namun, malang tidak berbau. Hafizuddin kehilangan cermin mata yg mahal beliau apabila mengambil wudhu' di tandas. Keadaan agak emosional, namun, akhirnya, Hafizuddin akur dan mampu bertenang. Xpela Hafiz, ada hikmah di sebalik semua ini.


Syafiq yg begitu menggemari foto lompat nampaknya seronok apabila gambar melompat beliau berjaya diambil dan lebih menarik apabila Azri turut melompat. Huhu....

Harini akan ke Manchester. Rusholme, bersedia!


Photobucket

No comments: