>

Thursday, April 23, 2009

Hari yang Panas

بسم الله الرحمن الرحيم

Pada pagi ini, aku pergi ke Imperial College London untuk menyiapkan beberaa perkara, buat research skit dan buat sedikit revision yang sudah agak lama ditinggalkan. Apa yang menarik dapat aku lihat adalah perubahan fesyen mengikut musim. Jika beberapa minggu dahulu, ramai yang memakai jaket dan berseluar panjang, namun, ketika aku sampai ke Imperial hari ni, sudah ramai yang memakai selipar dan berseluar pendek.

Untuk perempuan pula, sudah mula memakai pakaian yang agak mendedahkan. Berat mata memandang. Memang teruji iman pada waktu sekitar ini. Suka sungguh mereka apabila dipandang mata beraja nafsu. Sungguh bangga mereka apabila menarik perhatian mata sang lelaki. Amat bertentangan sekali dengan tuntutan Islam yang dilaksanakan untuk melindungi wanita dari nafsu lelaki:

وَقُل لِّلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آبَائِهِنَّ أَوْ آبَاء بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاء بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوِ التَّابِعِينَ غَيْرِ أُوْلِي الْإِرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ أَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَى عَوْرَاتِ النِّسَاء وَلَا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِن زِينَتِهِنَّ وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعاً أَيُّهَا الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.
(An-Nur: 31)

Selepas duduk di Imperial dari jam 8 pagi sehingga jam 12 tengahari, aku berkeputusan untuk keluar berjalan-jalan pada hari yang panas ini. Suhu menunjukkan 18 darjah celcius. Aku menelusuri Kensington Gardens yang luas itu menuju ke Bayswater. Aku menelefon rakanku, Faris Husaini Johari untuk mengajak beliau lunch di MSD.

http://photos-e.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc1/hs015.snc1/2636_1120031633414_1005731781_30388340_5964802_n.jpg
Faris

Lepas makan dan bersolat, aku menuju ke rumah Faris, sekali lagi berborak2 sambil makan kacang. Dah lama x berborak dgn beliau, dah lama juga x ziarah rumah beliau. Alhamdulillah, diberi kesempatan hari ini.

Oh, dan aku telah berpeluh hari ini, satu fenomena yang agak jarang berlaku sejak kedatanganku ke United Kingdom. Aura kepanasan sudah bermula. Even waktu Maghrib pun sekitar jam 8.10 malam dan waktu Isyak sekitar jam 10 malam.

Lagi beberapa hari nak abis cuti, berusaha semua!!!

Photobucket

1 comment:

NAA said...

huhu...kan ada org ckp..

masa winter...semua nya alim..pakai pakaian tutup semua..

bila summer...pergghhh..

haha..teruji iman..

hehe..