>

Tuesday, April 21, 2009

Paris: Tiada Mood mahu Menulis

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah, bertenaga juga aku mahu menulis perjalanan 'indah' bersama sahabatku, Azri Unlimited ke Paris yg dikatakan kota romantis oleh ramai orang.


Kami bertolak ke Paris pada 14 April menaiki keretapi EuroStar. Pada asalnya, Hisham turut bersama kami, namun, di saat akhir, beliau membatalkan perjalanan ke Paris atas sebab peribadi. Aku melihat ke tempat duduk Hisham yang kosong di dalam tren itu. Sayu. Pilu.

Perjalanan mengambil masa 2 jam setengah dengan merentasi selat Inggeris menggunakan terowong bawah laut. Satu pengalaman yang cukup berharga. Perjalanan menaiki tren jauh lebih mudah dan simple daripada menaiki kapal terbang. Kami dibenarkan bawa 2 beg dengan berat maksimum 30 kg setiap satu. Pemeriksaan kastam pun agak sempoi.

Paris

Setibanya di Paris, kami menaiki Metro (macam tube kat London) ke stesen Garibaldi. Mujur, pengalaman hidup di London membuatkan aku mudah memahami sistem Metro ini. Dari Garibaldi, kami berjalan kaki untuk mencari Hotel kami, Hotel Formule 1 berpandukan peta yang diambil dari Google Map. Dalam perjalanan menuju ke hotel, kami terlihat beberapa kedai makanan Halal. Alhamdulillah.

Bilik kami agak luas, memang untuk 3 orang. Namun, disebabkan hanya kami berdua, maka, luaslah bilik tersebut. Pada malam itu, kami tidak ke mana-mana, juz duduk di bilik setelah membeli makanan di luar. Kami berehat untuk perjalanan panjang keesokan harinya.


Pada keesokan harinya, kami menuju ke Museum Louvre. Kami menaiki metro dan berhenti di stesen Palais Royal - Musee du Louvre. Agak excited apabila memasuki Louvre kerana di sinilah tempat kejadian dalam cerita Da Vinci Code tu. Kami masuk ke dalam Louvre dengan bayaran 9 Euro. Antara yang menarik dalam museum ni adalah potret Monalisa yang penuh misteri. Malas nak ambik gambar beliau, dah la x tutup aurat!

Di Eiffel Tower

Kemudian, kami menaiki RER untuk ke Tour Eiffel. Ni pun salah satu landmark di Paris ni. Dibina oleh seorang engineer bernama Gustave Eiffel menggunakan besi 100 tahun sebelum kelahiranku. Eiffel ni merupakan binaan tertinggi di Paris. Yang menarik, sepanjang pembinaan Eiffel Tower ni, 300 orang buruh digunakan, namun, hanya seorang saja yang mati. Memang indah binaan ini andai mengetahui sejarahnya. Sungguh kagum dengan kebolehan orang zaman dahulu yang terhad teknologi, namun, masih mampu membina monumen ini. Puas aku dan Azri bergambar di hadapan Eiffel dan sekitar Champ de Mars.

Eiffel, I'm in love - bukan Azri cakap

Disebabkan aku dah lupe kronologi perjalanan kami sepanjang 5 hari ni, jadi, aku bantai je la tempat2 yg kitorg dah pergi. Salah satunya ialah La Defense. Macam Canary Wharf di London. La Defense ni tempat bangunan moden dan skyscrapers. Banyak jugak bangunan yang pelik2. Namun, yang paling menarik perhatian adalah Grande Arche yang direka oleh Johann Otto von Spreckelson dari Denmark.

Grand Arche

La Defense

Next, kami melawat ke Mosquee de Paris ataupun Masjid Paris. Sungguh indah masjid yang terletak di Place Monge ini. Masjid ini dibina sebagai tanda terima kasih kerajaan France kepada orang Islam yang berjuang mempertahankan France dari serangan Germany dalam Perang Dunia Pertama. Masjid ini agak indah, dengan taman di tengah2nya, menara yang tinggi tersergam indah dengan kaligrafi cantik dihias pada dinding. Masjid ini juga menjadi tarikan pelancong yg datang ke Place Monge ini.

Bakal suami mithali (insyaAllah)

Namun, sesuatu yg menarik berlaku pada hari Jumaat. Aku dan Azri bertandang sekali lagi ke masjid ini untuk bersolat Jumaat, maklumlah, teringin juga merasa solat Jumaat di France ni. Namun, kami dikejutkan apabila mendapati banyak polis berada di luar masjid, menghalang orang ramai dari memasuki masjid. Disebabkan tidak tahu berbahasa Perancis, kami gagal mengenalpasti apa punca kejadian. Tetiba, mataku tertarik pada seseorang.

Beliau memandangku kembali dan seperti ada reaksi.


Melayu ke?

Yer, Melayu!

Padanla macam ada daya tarikan, Melayu rupanya. Aku dan Azri lega, ada juga orang yang boleh berkomunikasi dengan kami. Akhirnya, polis membenarkan kami mendekati masjid, tetapi badan kami diperiksa. Namun, abang Melayu yg kami jumpa ni macam ada masalah.

Saya bawak benda x elok ni, kata beliau sambil memegang plastik

Aku dan Azri kehairanan. Amende barang x eloknya?

Ade keris dalam ni, nak jual kat orang, jawabnya

Jadi, beliau menyuruh aku dan Azri masuk dulu ke masjid. Kalau ada jodoh, kiter jumpe lg. Namun, kami masih tidak dibenarkan masuk ke bangunan masjid. Jadi, kami bersolat Jumaat di atas jalanraya sahaja. Melepas kami mendengar khutbah dalam bahasa Perancis.

Kemudian, kami melawat pula Arc de Triomphe, sebuah pintu gerbang besar.

Sedikit info tambahan berkenaan Perancis:

-Bau hancing kuat di kebanyakan tempat
-Banyak tahi anjing di jalanan. Berhati-hati!
-Tulisan Grafiti penuh di sepanjang dinding terowong Metro
-Sivik yang kurang, banyak dilihat orang melompat pagar stesen Metro tanpa bayar
-Pengemis yang berleluasa
-bahasa Inggeris yang agak tidak berguna untuk berkomunikasi


Photobucket

2 comments:

sayuti said...

Heheh...
Best tu jpah...
try la dtg sini lak...
Kat sini pn ade metro...
Info tambahan yg ko selitkan kat situ pn ade kat sini...Huhu...
Sedih gak ngn org islam camni...

Anonymous said...

arrgghhh..
cerita tergantung..
smpai sudah xtau ke knapa polis ramai2 kat msjid tu?