بسم الله الرحمن الرحيم
Alhamdulillah, setelah 10 hari meninggalkan kota London, akhirnya, hari ini, aku kembali semula ke bandar yg amat ku rindui ini. Sungguh letih rasanya badan ini, namun, puas kerana dapat berjalan menimba ilmu dan pengalaman sambil bertemu rakan-rakan.
Flashback...
Pada hari kedua di Manchester, aku, Syafiq, Hafizuddin dan Najib menaiki bas ke Old Trafford dari Piccadily. Perjalanan ke Old Trafford mengambil masa lebih kurang 20 minit. Disebabkan keletihan, beberapa kali aku tersengguk-sengguk mengantuk.
Di Old Trafford, Alhamdulillah, kami berjaya untuk mendapatkan tiket stadium tour. Kami di bawa masuk ke dalam stadium, di bawa masuk ke padang, tempat duduk, bilik persalinan pemain, dan sebagainya. Agak menarik kerana dapat membayangkan kehidupan pemain bola di Manchester.
Setelah puas meronda sekitar stadium Old Trafford yg penuh sejarah itu, kami bergerak pula ke Trafford Centre. Untuk pengetahuan, Trafford Centre ni adalah sebuah shopping complex yg amat besar, ala2 Mid Valley. Saje je aku bawak diorg ke sini untuk menunaikan solat. Alang2 berada di situ, kami meronda2 mencari makanan dan membeli-belah.
Kami balik ke rumah, keletihan dan berehat untuk perjalanan ke Liverpool keesokan harinya...
Awal2 pagi, kami menaiki bas untuk ke Piccadily. Najib tidak mengikuti kami ke Liverpool, beliau trus pulang ke Warwick yg indah berseri. Tinggallah rombongan kami terdiri daripada aku, Syafiq dan Hafizuddin. Perjalanan ke Liverpool menaiki tren mengambil masa lebih kurang satu jam. Kami dijemput mesra oleh Pali dan trus dibawa ke Chicken Bazooka untuk menikmati lunch kami.
Kemudian, kami dibawa ke bilik penginapan kami, yakni bilik Pali sendiri. Bilik Pali 'just nice ar', cukup2 je untuk kami berempat tidur. Setelah berehat beberapa minit, kami keluar ke masjid dan bertemu Shuib di sana. Shuib join kami berjalan ke Alberts Dock.
Ibarat kata Pali, angin di Liverpool sepoi2 bahasa. Namun, apa yg dapat aku rasai, ini bukan sepoi2, ini macam taufan dah. Kelajuan angin ni menyebabkan cuaca menjadi agak sejuk. Namun, ini tidak membantutkan kami bergambar di Alberts Dock. Kami juger semat masuk ke Muzium Maritim untuk belajar dan menghayati sejarah Titanic.
Hari kedua di Liverpool, kami menerima seorang lagi ahli rombongan, yakni saudara Famy dari Greenwich. Trus kami bawa beliau menaiki bas 1 ke Chester. Tujuan kami, Blue Planet Aquarium, kerana menurut Syafiq, ini merupakan aquarium terhebat abad ini. Setelah puas melihat hidupan akuatik, kami bergerak ke Cheshire Oak.
Di sini merupakan kedai2 barang berjenama dengan harga yg agak murah. Aku sempat membali sepasang bag regatta.
Hari ini sampai ke London setelah hampir 6 jam perjalanan. Letih kerana bawa mereka berjalan sekitar London pula. Esok pasti lebih mencabar.......

No comments:
Post a Comment