>

Wednesday, April 29, 2009

Panduan Makanan Halal di Imperial (Kampus)

بسم الله الرحمن الرحيم

Makanan menjadi topik utama perbincangan seharian dalam kehidupan elajar luar negara. Mengapa? Di bumi asing inilah kita belajar tentang banyak makanan yang merupakan simbol kekayaan budaya dan peradaban. Di London especially, kehadiran warga Pakistan, India, Bangladesh, Malaysia, France, Italy dan sebagainya telah menyebabkan kepelbagaian makanan boleh didapati.

Namun, isu utama yang menjadi perhatian adalah makanan halal, sudah tentu. Dalam kebanjiran pilihan makanan, umat Islam di London ni especially harus memilih makanan yang sesuai bertepatan dengan syarak.

يَا أَيُّهَا النَّاسُ كُلُواْ مِمَّا فِي الأَرْضِ حَلاَلاً طَيِّباً وَلاَ تَتَّبِعُواْ خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ
Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.
(al-Baqarah: 168)

Makanan halal akan meresap masuk ke darah daging kiter dan andai makanan yang dimakan itu halal dan bersih, maka, insyaAllah, mudah menerima ilmu dan hikmah.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: ”Setiap jasad yang membesar daripada benda-benda yang haram maka api nerakalah yang layak baginya.”
Riwayat al-Baihaqi dan Abu Nuim

Bagi adik-adik (perasan tua) yang akan ke London, usah khuatir, risau dan gentar dengan makanan halal. London ibarat hub makanan halal di United Kingdom ini. Di mana-mana pun ada makanan halal. Ingin Nando's halal? Pergilah ke Bayswater. Ingin subway halal? Merata-rata ada. Ingin makanan Cina yang halal? Pergilah ke Tottenham Court Road. Ingin makanan Melayu halal? Pergilah ke Queensborough Terrace.

http://www.master-optics.eu/biblio/london.jpg

Aku nak mengecilkan lagi skop post ini kepada makanan halal di Imperial College London. Jadi, maaf kepada yang tidak memilih Imperial College London sebagai University pilihan. Moga membantu kepada yang akan melanjutkan pelajaran di sini.

Ketika anda berada di kampus, andai kelas anda berhenti rehat sekitar jam 12 tengahari hingga satu petang, pasti anda lapar dan mahu makan lunch kan? Usah risau, terdapat beberapa pilihan makanan halal:

http://www.lostinthe50sdiner.com/images/FriedChickenPSHOP.jpg
Gambar Hiasan

1) Imperial Fried Chicken (IFC)
-ayam goreng Imperial ni menjadi tarikan utama ramai pelajar Imperial, lebih-lebih lagi yang x menjaga pemakanan (hehehe). BErtempat di Junior Common Room (JCR) Disahkan halal oleh Islamic Society dan abang Melayu yang bekerja di situ. 2 ketul ayam berharga 1.99 pounds, namun, andai dibeli menggunakan kad pelajar, anda akan dapat 10 peratus off. 3 ketul ayam beserta fries dan air hanya berharga 2.75 pounds selepas diskaun. Namun, andai hari2 makan ini, anda boleh kena sakit jantung, sebab banyak minyak dan x menyihatkan.

2) Chicken Chop
-Makanan ini dijual di Imperial Students Union, macam kafe la klu kat KYUEM tuh. Macamane tahu die halal? Tertulis dalam menu tu 'Halal Chicken'. Harga, 2 pounds beserta dengan fries atau salad. Namun, bagi aku, fillet die agak kecik dan agak kurang mengenyangkan.

http://www.indiankitchenpa.com/images/W2%20wrap.jpg
Gambar hiasan

3) Chicken Tikka / Chicken Satay Wrap / Sabzi Kebab
-Wrap ni adalah roti tortilla yang dibalut dengan isi di dalamnya. Berhati-hati, kerna ada dua jenis wrap, satu yang Imperial buat, satu lagi adalah dari Tiffinbites. Yang halal adalah dari Tiffinbites, kerna di belakang pek itu bertulis 'all meat is halal'. Harga die 2 pounds jika dibeli dengan student card. Sabzi Kebab ni vegetarian, tapi aku x pernah makan plak, sebab dah ada yg bukan vege (hehehe). Chicken Tikka ni pedas (bagi orang UK), manakala chicken satay ni agak manis, blehla tukar2 menu hari2.

4) Nasi Tomato
-dijual di prayer room. Yang ini dijual oleh seorang pelajar postgraduate Melayu. Menjadi tarikan utama makanan lunch. Anda harus cepat, sebab pak Arab n Paki ni pun mencari-cari nasi. Berharga 2 pounds, anda boleh kenyang (andai nafsu makan anda di tahap normal). Kalau dah sejuk, anda boleh panaskan di microwave yang terletak di dalam prayer room.

5) Nasi Lemak (coconut milk rice)
-Ni pun dijual di prayer room, berselang-seli dengan nasi tomato. Dijual juga oleh abang Melayu yang sama. Juga berharga 2 pounds, insyaAllah kenyang juga (namun awas, takut mengantuk dalam kelas petang). Telur rebus sebiji die bagi dengan sambal yg agak mantap. Harus dicuba!

6) Hot Dog rolls
-juga dijual di prayer room, berharga 1.20 pounds, bolehla untuk buat alas perut kalau x lapar sangat.

http://www.informationarchitects.jp/wp-content/uploads/2006/10/cheeseburger.jpg
Gambar hiasan

7) Burger with cheese
-juga sekali lagi dijual di prayer room, namun kadang2 je. Pun boleh tahan gak!

8) Senior common room. Terdapat notice di dinding ruang makan ni yang berkata: All meat served here is halal', tapi aku pun dah lama x masuk sini, jadi x tahu status sekarang. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi koresponden makanan kami, saudara Azlan Kamal (Apak)

Itu je yang aku dapat fikirkan buat masa ni. Tapi, untuk berjimat, kadang2 aku bawak bekal nasi goreng, kalau x pun, makan roti dgn chocolate spread je. Tapi, selalunya, aku akan beli, coz harga pun murah ditambah elaun yang agak ok.

Kesimpulannya, kepada yang bakal ke Imperial, jangan risau korang akan kurus tidak makan di Imperial, kerna pilihan makanan halal amat banyak, ditambah lagi dengan makanan vegetarian yang banyak juga. Kepada yang tidak memilih Imperial, jangan jelez!

Makanlah secara sihat!

Dari Anas bin Malik r.a katanya, rasulullah s.a.w bersabda:”Sesungguhnya Allah Taala sangat suka kepada hamba-Nya yang mengucapkan tahmid (alhamdulillah) sesudah makan dan minum.”
(Muslim)

Photobucket

9 comments:

Musafir Kelana said...

Tak boleh kalah!!! Nanti aku catatkan kisah makanan 'Halal' di Greenwich!!!

Isa Mustaza said...

Ingatkan nak makanan melayu halal pergilah ke Lapworth Court. Lol.

Di South Kensington pun ada beberapa kedai menjual makanan halal. Antaranya kedai makanan cina Chopstix, Keiko sushi, Bosphorus kebab tak lupa juga di South Kensington tube station, Treats.

Berkenaan dengan kebab, hati-hatilah, sebab ada pengeluar kebab mencampurkan daging babi dan melabelkannya sebagai halal. Apa-apa pun, tak salah jika kita bertanya.

bun said...

oh, kat bayswater ade kedai mexican yg halal gak nama oscar kat atas whiteleys tu...kot2 teringin nak mkn western...n 3 kedai mknn melayu kat paddigton jgn lupa...

pinat said...

chopstix? kat south ken tube station ada satu kan..macam baru bukak je..yang tu halal ke?

daus said...

mana kau tahu isa? jeng..jeng..jeng...

Isa Mustaza said...

cuba lihat disini untuk berita kebab mengandungi daging babi -
http://news.bbc.co.uk/1/hi/uk/7852168.stm

selain daripada faktor makanan halal, faktor minuman halal juga penting. oscars di bayswater menjamu arak, dan mengikut pandangan pemberi komen, bukanlah tempat yang 'baik'.

yanmaneee said...

yeezy boost 350
retro jordans
nike air force
adidas zx flux
coach outlet
jordan 11
hermes belts for men
kobe 11
fitflops sale clearance
michael kors handbags

soughn said...

click sitecheck my reference More about the authorvisit the website a fantastic readsee

soslought said...

address Dolabuy Prada read here browse this site try this site click this link now