Thursday, April 30, 2009

MOC Promo

بسم الله الرحمن الرحيم


Kredit kepada Zulhilmi (PokChek) atas poster cetus MOC di atas. Semoga AJK MOC tahun ni sukses dalam menguruskan program ini. Ingatlah, segala susah-payah anda menguruskan program ini akan dibalas oleh Allah kelak, andai ikhlas di hati.

Menunggu next promo poster

Ex-AJK Promo dan Publikasi,
MOC 08
(nak jugak letak, wahaha)

Photobucket

Wednesday, April 29, 2009

Panduan Makanan Halal di Imperial (Kampus)

بسم الله الرحمن الرحيم

Makanan menjadi topik utama perbincangan seharian dalam kehidupan elajar luar negara. Mengapa? Di bumi asing inilah kita belajar tentang banyak makanan yang merupakan simbol kekayaan budaya dan peradaban. Di London especially, kehadiran warga Pakistan, India, Bangladesh, Malaysia, France, Italy dan sebagainya telah menyebabkan kepelbagaian makanan boleh didapati.

Namun, isu utama yang menjadi perhatian adalah makanan halal, sudah tentu. Dalam kebanjiran pilihan makanan, umat Islam di London ni especially harus memilih makanan yang sesuai bertepatan dengan syarak.

يَا أَيُّهَا النَّاسُ كُلُواْ مِمَّا فِي الأَرْضِ حَلاَلاً طَيِّباً وَلاَ تَتَّبِعُواْ خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ
Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.
(al-Baqarah: 168)

Makanan halal akan meresap masuk ke darah daging kiter dan andai makanan yang dimakan itu halal dan bersih, maka, insyaAllah, mudah menerima ilmu dan hikmah.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: ”Setiap jasad yang membesar daripada benda-benda yang haram maka api nerakalah yang layak baginya.”
Riwayat al-Baihaqi dan Abu Nuim

Bagi adik-adik (perasan tua) yang akan ke London, usah khuatir, risau dan gentar dengan makanan halal. London ibarat hub makanan halal di United Kingdom ini. Di mana-mana pun ada makanan halal. Ingin Nando's halal? Pergilah ke Bayswater. Ingin subway halal? Merata-rata ada. Ingin makanan Cina yang halal? Pergilah ke Tottenham Court Road. Ingin makanan Melayu halal? Pergilah ke Queensborough Terrace.

http://www.master-optics.eu/biblio/london.jpg

Aku nak mengecilkan lagi skop post ini kepada makanan halal di Imperial College London. Jadi, maaf kepada yang tidak memilih Imperial College London sebagai University pilihan. Moga membantu kepada yang akan melanjutkan pelajaran di sini.

Ketika anda berada di kampus, andai kelas anda berhenti rehat sekitar jam 12 tengahari hingga satu petang, pasti anda lapar dan mahu makan lunch kan? Usah risau, terdapat beberapa pilihan makanan halal:

http://www.lostinthe50sdiner.com/images/FriedChickenPSHOP.jpg
Gambar Hiasan

1) Imperial Fried Chicken (IFC)
-ayam goreng Imperial ni menjadi tarikan utama ramai pelajar Imperial, lebih-lebih lagi yang x menjaga pemakanan (hehehe). BErtempat di Junior Common Room (JCR) Disahkan halal oleh Islamic Society dan abang Melayu yang bekerja di situ. 2 ketul ayam berharga 1.99 pounds, namun, andai dibeli menggunakan kad pelajar, anda akan dapat 10 peratus off. 3 ketul ayam beserta fries dan air hanya berharga 2.75 pounds selepas diskaun. Namun, andai hari2 makan ini, anda boleh kena sakit jantung, sebab banyak minyak dan x menyihatkan.

2) Chicken Chop
-Makanan ini dijual di Imperial Students Union, macam kafe la klu kat KYUEM tuh. Macamane tahu die halal? Tertulis dalam menu tu 'Halal Chicken'. Harga, 2 pounds beserta dengan fries atau salad. Namun, bagi aku, fillet die agak kecik dan agak kurang mengenyangkan.

http://www.indiankitchenpa.com/images/W2%20wrap.jpg
Gambar hiasan

3) Chicken Tikka / Chicken Satay Wrap / Sabzi Kebab
-Wrap ni adalah roti tortilla yang dibalut dengan isi di dalamnya. Berhati-hati, kerna ada dua jenis wrap, satu yang Imperial buat, satu lagi adalah dari Tiffinbites. Yang halal adalah dari Tiffinbites, kerna di belakang pek itu bertulis 'all meat is halal'. Harga die 2 pounds jika dibeli dengan student card. Sabzi Kebab ni vegetarian, tapi aku x pernah makan plak, sebab dah ada yg bukan vege (hehehe). Chicken Tikka ni pedas (bagi orang UK), manakala chicken satay ni agak manis, blehla tukar2 menu hari2.

4) Nasi Tomato
-dijual di prayer room. Yang ini dijual oleh seorang pelajar postgraduate Melayu. Menjadi tarikan utama makanan lunch. Anda harus cepat, sebab pak Arab n Paki ni pun mencari-cari nasi. Berharga 2 pounds, anda boleh kenyang (andai nafsu makan anda di tahap normal). Kalau dah sejuk, anda boleh panaskan di microwave yang terletak di dalam prayer room.

5) Nasi Lemak (coconut milk rice)
-Ni pun dijual di prayer room, berselang-seli dengan nasi tomato. Dijual juga oleh abang Melayu yang sama. Juga berharga 2 pounds, insyaAllah kenyang juga (namun awas, takut mengantuk dalam kelas petang). Telur rebus sebiji die bagi dengan sambal yg agak mantap. Harus dicuba!

6) Hot Dog rolls
-juga dijual di prayer room, berharga 1.20 pounds, bolehla untuk buat alas perut kalau x lapar sangat.

http://www.informationarchitects.jp/wp-content/uploads/2006/10/cheeseburger.jpg
Gambar hiasan

7) Burger with cheese
-juga sekali lagi dijual di prayer room, namun kadang2 je. Pun boleh tahan gak!

8) Senior common room. Terdapat notice di dinding ruang makan ni yang berkata: All meat served here is halal', tapi aku pun dah lama x masuk sini, jadi x tahu status sekarang. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi koresponden makanan kami, saudara Azlan Kamal (Apak)

Itu je yang aku dapat fikirkan buat masa ni. Tapi, untuk berjimat, kadang2 aku bawak bekal nasi goreng, kalau x pun, makan roti dgn chocolate spread je. Tapi, selalunya, aku akan beli, coz harga pun murah ditambah elaun yang agak ok.

Kesimpulannya, kepada yang bakal ke Imperial, jangan risau korang akan kurus tidak makan di Imperial, kerna pilihan makanan halal amat banyak, ditambah lagi dengan makanan vegetarian yang banyak juga. Kepada yang tidak memilih Imperial, jangan jelez!

Makanlah secara sihat!

Dari Anas bin Malik r.a katanya, rasulullah s.a.w bersabda:”Sesungguhnya Allah Taala sangat suka kepada hamba-Nya yang mengucapkan tahmid (alhamdulillah) sesudah makan dan minum.”
(Muslim)

Photobucket

Salam Mujahadah

بسم الله الرحمن الرحيم

http://farm4.static.flickr.com/3399/3251218779_81134cd770.jpg?v=0

http://farm4.static.flickr.com/3311/3242604679_44232f5db3.jpg?v=0

Selamat menghadapi peperiksaan, test, mahupun kuiz kepada semua yang akan, sedang dan sudah menghadapi peperiksaan. Ingatlah, usaha dan doa tangga kejayaan, berusahalah menjadi yang terbaik kerana seorang Muslim itu mestilah seorang yang terbaik!

Andai ada kesulitan, berbaliklah kepada Allah....

http://i42.photobucket.com/albums/e341/nia_ardhilla/emeralda07.jpg

Photobucket

Monday, April 27, 2009

Buat yang akan ke Imperial

بسم الله الرحمن الرحيم

Hari pertama selepas cuti musim bunga selama sebulan. Rasa otak ni agak lembab dan berkarat setelah sudah lama tidak ke kelas. Namun, setelah dicuci dan sedikit letak minyak pelincir, barulah otak ni berfungsi semula, namun, still agak lembab.

(repekan apakah ini?)

Aku telah diajukan beberapa soalan dari adik-adik (ke kite sama umur? hehe) dari KYUEM berkenaan macam2, hidup di UK, hidup di London, hidup di Imperial dan bermacam2 lagi. Maaf andai ade yg tidak aku balas lagi jawapan kalian, bkan xnak balas, cume kekangan masa dan peluang untuk membalas.


InsyaAllah, beberapa post yg akan aku tulis pada masa depan ni akan memberikan sedikit info dan perkongsian kehidupan di UK, London atau Imperial. Mungkin x begitu mendalam, tapi, harapnya, dapat memberikan korang sedikit pendedahan.

Kepada Za'ba:

Terima kasih kerana menulis di ruangan shoutbox aku nih. Berkenaan polisi 60/40 ni, sejak zaman aku, polisi di dimansuhkan. Pada mulanya, memang agak gabra dan risau gak, sbab dengar cerita, hidup di London ni memang mahal, terutama accommodation. Risau je aku x cukup duit. Namun, bile sampai sini, segala-galanya berubah.

Memang, x dinafikan, accommodation di London jauh lebih mahal, kadang3 3 kali ganda lagi mahal dari tempat di luar London. Namun, sebab itulah elaun bebudak London pun agak mahal, setimpal dengan perbelanjaan mereka, jadi, jangan risau kerna elaun yg sponsor korang bagi tu memang mencukupi.

Di Imperial, standard bilik die adalah 400 pounds sebulan. Macam aku, bilik aku berharga 364 pounds sebulan. PNB bagi 1000 pounds sebulan, so, kirela sendiri berapa duit lebih dalam sebulan. Quite a lot I must say, dengan syarat korang tidak membazir mengikut nafsu berbelanja pada jalan yang tidak sepatutnya.

Untuk pemilihan hall di Imperial, terdapat beberaa kriteria yang perlu korang ambil peduli:

1) Jarak dengan Imperial
2) Harga (of course!)

3) Jenis bilik (single, double, triple, en suite etc)


Imperial punye halls agak unik kerna tidak seperti Uni lain, hall Imperial scattered around London. Ada yang hanya 5 minit perjalanan kaki ke Imperial, dan ada juga yang 40 minit NAIK TUBE. Namun, halls yang berdekatan dengan Imperial pastinya berharga jauh lebih mahal berbanding hall yang jauh.

Antara hall yang dekat ngan Imperial adalah:

1) Southside
2) Beit Hall

3) Weeks


Namun, hall2 ini amat mahal, dan andai anda bukan disponsor oleh penaja yang mengamalkan dasar 60/40, aku x cadangkan korang apply hall ini. X worth!


Aku sendiri duduk di sebuah kejiranan yang aman damai, iaitu Evelyn Gardens. Di kejiranan ini, terdapat 5 hall kepunyaan Imperial. Hall2 itu adalah:

1) Fisher Hall
2) Bernard Sunley Hall

3) Southwell Hall

4) Holbein House

5) Willis Jackson


Hall2 ini terletak 20 minit berjalan kaki dari Imperial. Korang rasa jauh ke? Pada mulanya, memang rasa jauh, namun, setelah beberapa bulan duduk sini, rasa dekat je. Boleh bersenam hari2, di samping tu, bukannye berpeluh pun jalan 20 minit di UK ni. Harga2 hall di Evelyn Gardens pun agak murah dan berpatutan. Boleh banyak savings.

Untuk pemilihan jenis bilik plak, terdapat beberapa kriteria, iaitu, single, double dan en suite. En Suite ni merupakan bilik yang mempunyai tandas dan bilik mandi di dalam bilik. Untuk bilik standard, bilik air dan bilik mandi terletak di luar bilik dan perlu berkongsi dengan orang2 lain.

Bilik En Suite jauh lebih mahal dari bilik2 lain. Secara peribadi, aku x rasa pun perlu bilik air sendiri. Pertama, aku jarang sekali perlu beratur untuk mandi mahupun buang air. Bilik2 ni kebanyakan masa available. Korang harus tahu, omputeh2 ni jarang skit mandi. Lagi2, pagi2 yg sejuk nih. Jadi, advantages bagi orang Asia macam kiter. Harga bilik standard pun agak murah.


Nak pilih bilik double ke single? Tu antara soalan yang sering diajukan. Sebenarnya, bergantung ada korang. Ada orang yang duduk bilik double, dapat roommate yang baik, so, xde masalah. Namun, ada risiko untuk korang dapat roommate bermasalah (bawak perempuan balik, suke minum arak, merokok dsb), jadi, fikir baik2. Secara peribadi, aku akan pilih bilik single standard, kerna risau mendapat roommate bermasalah.

Tu je kut sedikit sebanyak info pasal accommodation di Imperial. Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman web Imperial sendiri.

Kepada junior, diharap korang dapat pergi ke Muslim Overseas Camp sbab banyak maklumat tentang uni dan kehidupan di luar negara akan dikongsi di situ oleh seniors korang ni. Amat bermanfaat di samping menyediakan korang ke UK.

Atau andai ada pertanyaan berkenaan hidup di UK, London mahupun Imperial, boleh emel aku:

huzaifahar@hotmail.com
YM: huzaifahar2000

skype: huzaifahar

No Tel: +447795624555


Ingin mendengar khabar dari korang!

(p/s: kepada Za'aba, moga membantu!)

Photobucket

Friday, April 24, 2009

Brotherhood - Algebra

بسم الله الرحمن الرحيم


X jumpe lirik. Sape ade?

Photobucket

Thursday, April 23, 2009

Kunjungan Dari Waqi

بسم الله الرحمن الرحيم

Pada jam 9.40 malam, sewaktu menunggu masuknya waktu Isyak pada jam 10.10 malam, aku terlelap di atas duvet yang empuk lagi best ini.

Kriiing,

bunyi telefon bilik memecahkan kesunyian malam lalu mengejutkan aku dari tidur yg baru nak bermimpi indah. Aku angkat, Shah di talian. Beliau mengajakku datang bersolat di biliknya yg hanya 5 minit berjalan kaki secara normal. Aku gagahkan diri, perkuatkan azam untuk ke rumah beliau.

Apabila daun pintu rumah beliau dibuka, kelihatan seorang lagi pengunjung di dalam bilik itu. 4 saat aku terkesima dan berusaha untuk mengingati beliau, ini kerna wajah beliau yang kian berubah dek fesyen rambut yang sudah berubah. Beliaulah saudara Waqi, pelajar farmasi tahun 2 di King's.


Waqi di sebelah kanan (gambar dirompak dari blog Pali)

Beliau membawakan makanan berupa ayam panggang. Napela x cakap awal2, aku dah makan nasi dgn telur goreng tadi, isy3. Namun, walaupun masih dalam tahap kekenyangan, aku masih mampu makan ayam yang beliau bawa, keh3.

Selepas itu, kmi menghabiskan malam kami dengan perkongsian pengalaman waktu cuti, perkongsian ilmu dan pengetahuan berkenaan beberapa isu, namun, isu yang paling menarik ialah pemilihan course selepas SPM. Barulah aku tahu hakikat sebenar jurusan Farmasi. Untuk info lebih lanjut, sile hubungi Waqi.

Disebabkan malam yang lewat, Waqi tidur di bilik Shah. Sebagai meraikan kehadiran beliau, aku juga berkeputusan untuk tidur di bilik Shah, blehla solat Subuh sama2 esok dan breakfast skali.

Seawal pagi lagi, Waqi bergerak pulang ke rumah. Terima kasih kerna sudi melawat dan maaf atas kekurangan layanan. Datang lagi lain kali!

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:” Tidak sempurna iman seseorang dari kamu sehingga ia suka saudaranya mendapat (kebaikan seperti) apa yang ia sendiri suka mendapatnya.”
Riwayat Bukhari dan Muslim

Photobucket

Majlis Solat Hajat @ MSD

بسم الله الرحمن الرحيم

Klik untuk imej lebih besar
Photobucket

Hari yang Panas

بسم الله الرحمن الرحيم

Pada pagi ini, aku pergi ke Imperial College London untuk menyiapkan beberaa perkara, buat research skit dan buat sedikit revision yang sudah agak lama ditinggalkan. Apa yang menarik dapat aku lihat adalah perubahan fesyen mengikut musim. Jika beberapa minggu dahulu, ramai yang memakai jaket dan berseluar panjang, namun, ketika aku sampai ke Imperial hari ni, sudah ramai yang memakai selipar dan berseluar pendek.

Untuk perempuan pula, sudah mula memakai pakaian yang agak mendedahkan. Berat mata memandang. Memang teruji iman pada waktu sekitar ini. Suka sungguh mereka apabila dipandang mata beraja nafsu. Sungguh bangga mereka apabila menarik perhatian mata sang lelaki. Amat bertentangan sekali dengan tuntutan Islam yang dilaksanakan untuk melindungi wanita dari nafsu lelaki:

وَقُل لِّلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آبَائِهِنَّ أَوْ آبَاء بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاء بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوِ التَّابِعِينَ غَيْرِ أُوْلِي الْإِرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ أَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَى عَوْرَاتِ النِّسَاء وَلَا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِن زِينَتِهِنَّ وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعاً أَيُّهَا الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.
(An-Nur: 31)

Selepas duduk di Imperial dari jam 8 pagi sehingga jam 12 tengahari, aku berkeputusan untuk keluar berjalan-jalan pada hari yang panas ini. Suhu menunjukkan 18 darjah celcius. Aku menelusuri Kensington Gardens yang luas itu menuju ke Bayswater. Aku menelefon rakanku, Faris Husaini Johari untuk mengajak beliau lunch di MSD.

http://photos-e.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc1/hs015.snc1/2636_1120031633414_1005731781_30388340_5964802_n.jpg
Faris

Lepas makan dan bersolat, aku menuju ke rumah Faris, sekali lagi berborak2 sambil makan kacang. Dah lama x berborak dgn beliau, dah lama juga x ziarah rumah beliau. Alhamdulillah, diberi kesempatan hari ini.

Oh, dan aku telah berpeluh hari ini, satu fenomena yang agak jarang berlaku sejak kedatanganku ke United Kingdom. Aura kepanasan sudah bermula. Even waktu Maghrib pun sekitar jam 8.10 malam dan waktu Isyak sekitar jam 10 malam.

Lagi beberapa hari nak abis cuti, berusaha semua!!!

Photobucket

Tuesday, April 21, 2009

Rakanku Yang Kini Bergelar Blogger

بسم الله الرحمن الرحيم

Kami mula berkenalan sewaktu di bangku sekolah rendah. Bersama-sama mengaji al-Quran dalam kelas hujung minggu, namun, ketika darjah 5, beliau berpindah ke Terengganu.

Namun, takdir Allah menentukan segalanya. Di KYUEM, kami dipertemukan kembali. Masing-masing sudah agak berubah fizikal, namun, ingatan sewaktu kecil dulu masih terpahat di fikiran.

Kini, beliau berada di University of Southampton, belajar Marine Engineering tajaan Yayasan Terengganu (dgr cerita ada krisis kerajaan negeri). Dan, berita terbaru berkenaan diri beliau, beliau sudah mempunyai BLOG.


Siapakah yang aku maksudkan? Beliaulah Raja Muhammad Aslam (gambar) dan blog beliau adalah:

http://aslamarif.blogspot.com/

Semoga thabat dan istiqamah menyebarkan Islam...
Photobucket

Paris: Tiada Mood mahu Menulis

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah, bertenaga juga aku mahu menulis perjalanan 'indah' bersama sahabatku, Azri Unlimited ke Paris yg dikatakan kota romantis oleh ramai orang.


Kami bertolak ke Paris pada 14 April menaiki keretapi EuroStar. Pada asalnya, Hisham turut bersama kami, namun, di saat akhir, beliau membatalkan perjalanan ke Paris atas sebab peribadi. Aku melihat ke tempat duduk Hisham yang kosong di dalam tren itu. Sayu. Pilu.

Perjalanan mengambil masa 2 jam setengah dengan merentasi selat Inggeris menggunakan terowong bawah laut. Satu pengalaman yang cukup berharga. Perjalanan menaiki tren jauh lebih mudah dan simple daripada menaiki kapal terbang. Kami dibenarkan bawa 2 beg dengan berat maksimum 30 kg setiap satu. Pemeriksaan kastam pun agak sempoi.

Paris

Setibanya di Paris, kami menaiki Metro (macam tube kat London) ke stesen Garibaldi. Mujur, pengalaman hidup di London membuatkan aku mudah memahami sistem Metro ini. Dari Garibaldi, kami berjalan kaki untuk mencari Hotel kami, Hotel Formule 1 berpandukan peta yang diambil dari Google Map. Dalam perjalanan menuju ke hotel, kami terlihat beberapa kedai makanan Halal. Alhamdulillah.

Bilik kami agak luas, memang untuk 3 orang. Namun, disebabkan hanya kami berdua, maka, luaslah bilik tersebut. Pada malam itu, kami tidak ke mana-mana, juz duduk di bilik setelah membeli makanan di luar. Kami berehat untuk perjalanan panjang keesokan harinya.


Pada keesokan harinya, kami menuju ke Museum Louvre. Kami menaiki metro dan berhenti di stesen Palais Royal - Musee du Louvre. Agak excited apabila memasuki Louvre kerana di sinilah tempat kejadian dalam cerita Da Vinci Code tu. Kami masuk ke dalam Louvre dengan bayaran 9 Euro. Antara yang menarik dalam museum ni adalah potret Monalisa yang penuh misteri. Malas nak ambik gambar beliau, dah la x tutup aurat!

Di Eiffel Tower

Kemudian, kami menaiki RER untuk ke Tour Eiffel. Ni pun salah satu landmark di Paris ni. Dibina oleh seorang engineer bernama Gustave Eiffel menggunakan besi 100 tahun sebelum kelahiranku. Eiffel ni merupakan binaan tertinggi di Paris. Yang menarik, sepanjang pembinaan Eiffel Tower ni, 300 orang buruh digunakan, namun, hanya seorang saja yang mati. Memang indah binaan ini andai mengetahui sejarahnya. Sungguh kagum dengan kebolehan orang zaman dahulu yang terhad teknologi, namun, masih mampu membina monumen ini. Puas aku dan Azri bergambar di hadapan Eiffel dan sekitar Champ de Mars.

Eiffel, I'm in love - bukan Azri cakap

Disebabkan aku dah lupe kronologi perjalanan kami sepanjang 5 hari ni, jadi, aku bantai je la tempat2 yg kitorg dah pergi. Salah satunya ialah La Defense. Macam Canary Wharf di London. La Defense ni tempat bangunan moden dan skyscrapers. Banyak jugak bangunan yang pelik2. Namun, yang paling menarik perhatian adalah Grande Arche yang direka oleh Johann Otto von Spreckelson dari Denmark.

Grand Arche

La Defense

Next, kami melawat ke Mosquee de Paris ataupun Masjid Paris. Sungguh indah masjid yang terletak di Place Monge ini. Masjid ini dibina sebagai tanda terima kasih kerajaan France kepada orang Islam yang berjuang mempertahankan France dari serangan Germany dalam Perang Dunia Pertama. Masjid ini agak indah, dengan taman di tengah2nya, menara yang tinggi tersergam indah dengan kaligrafi cantik dihias pada dinding. Masjid ini juga menjadi tarikan pelancong yg datang ke Place Monge ini.

Bakal suami mithali (insyaAllah)

Namun, sesuatu yg menarik berlaku pada hari Jumaat. Aku dan Azri bertandang sekali lagi ke masjid ini untuk bersolat Jumaat, maklumlah, teringin juga merasa solat Jumaat di France ni. Namun, kami dikejutkan apabila mendapati banyak polis berada di luar masjid, menghalang orang ramai dari memasuki masjid. Disebabkan tidak tahu berbahasa Perancis, kami gagal mengenalpasti apa punca kejadian. Tetiba, mataku tertarik pada seseorang.

Beliau memandangku kembali dan seperti ada reaksi.


Melayu ke?

Yer, Melayu!

Padanla macam ada daya tarikan, Melayu rupanya. Aku dan Azri lega, ada juga orang yang boleh berkomunikasi dengan kami. Akhirnya, polis membenarkan kami mendekati masjid, tetapi badan kami diperiksa. Namun, abang Melayu yg kami jumpa ni macam ada masalah.

Saya bawak benda x elok ni, kata beliau sambil memegang plastik

Aku dan Azri kehairanan. Amende barang x eloknya?

Ade keris dalam ni, nak jual kat orang, jawabnya

Jadi, beliau menyuruh aku dan Azri masuk dulu ke masjid. Kalau ada jodoh, kiter jumpe lg. Namun, kami masih tidak dibenarkan masuk ke bangunan masjid. Jadi, kami bersolat Jumaat di atas jalanraya sahaja. Melepas kami mendengar khutbah dalam bahasa Perancis.

Kemudian, kami melawat pula Arc de Triomphe, sebuah pintu gerbang besar.

Sedikit info tambahan berkenaan Perancis:

-Bau hancing kuat di kebanyakan tempat
-Banyak tahi anjing di jalanan. Berhati-hati!
-Tulisan Grafiti penuh di sepanjang dinding terowong Metro
-Sivik yang kurang, banyak dilihat orang melompat pagar stesen Metro tanpa bayar
-Pengemis yang berleluasa
-bahasa Inggeris yang agak tidak berguna untuk berkomunikasi


Photobucket