>

Monday, February 25, 2008

Sedikit Celoteh Kehidupanku

Coretan ini kutulis pada jam 8.16 malam, selepas mandi bertempat di chalet p02, Kampung Topaz, Mainland, KYUEM, Lembah Beringin, Selangor, Malaysia, SEA, Asia, Earth, Solar System, Milky Ways, Universe created by Allah.

Alhamdulillah, selesai sudah satu lagi proses pertukaran kuasa MUSCOM. Hari ni merupakan hari election untuk memilih jawatankuasa tertinggi MUSCOM. Aku risau. Adakah cukup publisiti yg diadakan? Adakah ramai yg akan turun mengundi? Terasa bertanggungjawab kalau promosi ni gagal.

Hari ni, aku keletihan. Bermula ngan block 2, iaitu malaysian Studies. Mengantuk giler. Petang ni ade ujian Chem. Memang x bersedia. Nak cakap letih sebab housetrip, smalam dah tido dalam bas. Malam pun tido awal. Namun, sekuat mana aku cube menahan mataku, tetap rebah jua. Ku tahu, perbincangan pasal SUHAKAM, tapi aku x mampu nak dengar dgn lebih teliti.

Selesai block 2, aku bergegas ke chalet untuk mengambil buku biology. Yahya ngan ayat baser die,

Janganla ponteng klas jepah

Aku x pedulikan die. Aku terlalu letih nak melayan kerenah die. Ku rebahkan diri ke atas katil. Tupp....mata terpejam. Mujur aku sempat letak alarm, hanya tidor 30 minit. pukul 10.15 pagi, aku mencuci muka dan bergerak balik ke RC.

Tibalah masa yg dicuakkan sepanjang hari ni. Test Chemistry. Ku risau, sebab persediaan aku yg amat hampeh. Semalam pun sempat baca skit je. Tapi, selepas Pn Shree pass kitorg kertas soalan, aku berasa bersyukur. Satu persatu ku selak mukasurat, Alhamdulillah, sumer dapat dijawab (btul ke x, tu lain cerita). Chapter2 yg masuk, aku dah baca smalam. Rasa nak menangis. Namun, result test ni hanya akan diketahui hujung minggu depan.

Masa mengundi, ok gak la. Aku agak buhsan. Xde keje sgt la katakan.

Hadis untuk hari ni,

Dari Jarir bin Abdullah, r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Barangsiapa yang tidak menaruh belas-kasihan kepada sesama manusia, maka Allah juga tidak menaruh belas-kasihan padanya."
(Muttafaq 'alaih)

Moga dapat iktibar, especially diriku ni....

Photobucket

No comments: