>

Wednesday, February 20, 2008

Kembali kepada Diriku yg Asal

Masih aku ingt dulu2, tika di sekolah, aku ni antara budak paling diam. Ade org cakap aku sombong, ade cakap aku anti-sosial. Lepas di'elect' jadik Lembaga Kepimpinan Pelajar (LKP), aku berusaha sedaya upaya mengubah diriku, aku berusaha jadik lebih mesra, maybe utk mudahkan aku berurusan dengan org lain. Dan dari hari tu, aku berusaha untuk sentiasa senyum (kat laki je) x kira apa juga yg berlaku.

Tapi, hari demi hari, aku semakin banyak bercakap. Sampai satu masa, dipilih untuk menyertai debate (what the??). Aku igt lagi, aku dulu amat lain. Di sekolah rendah, banyak gak pertandingan aku masok. Syarahan, bercerita dan berpantun. Aku juga diminta oleh pengurusan sekolah ketika itu untuk memberikan ucapan sempena Hari Kemerdekaan. Bile aku terpikir balik, aku rasa pelik. Aku skarang ni susah sgt nak muncul di khalayak ramai, tapi dulu, bukan main x malu aku. Dan masuk ke tahun 6, aku dipilih menjadik ketua pelajar. Agak letih. Aku pun x ingat sgt ape yg aku buat.

Masuk ke skolah menengah, aku berkeputusan menjadik pelajar biase. Terlalu letih badan ni nak jadik pengawas. Namun, aku still dipilih menjadik ketua kelas. Masuk pulak ke SBPI Rawang, sekali lagi aku berkeputusan untuk kembali ke diriku yg asal, iaitu seorg yg x bnyk bercakap. Namun, sekali lagi, dipilih menjadi Pemimpin Pelajar (PP) dan juga menjadi Exco Tertinggi Asrama (aku digelar 'Exco Kesayangan pelajar putera, geli seyh), menjadikan aku masih bnyk bercakap.

Dan kini di kolej. Aku mengenang kembali diriku yg dulu. Aku skarang terlalu banyak bercakap. Rasa letih amat. Dan yg aku kesali, aku ni suke cakap bukan2. Cakap benda2 x berfaedah, cakap kosong. Rasa kecewa amat ngan diri ni. Aku berfikir untuk menjadi diam, sebab bagi aku, semakin banyak bercakap, semakin aku banyak mengumpat, menipu, memfitnah dan sebagainya. Bukan maksudnya aku nak jadik bisu. Cume aku nak minimizekan percakapan hanya bile perlu sahaja.

Hadis Abu Hurairah r.a katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kiamat, maka hendaklah dia bercakap hanya perkara yang baik atau diam dan sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kiamat, maka hendaklah dia memuliakan jiran tetangganya. Begitu juga sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kiamat, maka hendaklah dia memuliakan para tetamunya.
(Muslim : 67)

Kenangan di Usrah Halal Haram Smalam

Keadaan Subuh di Surau pagi tadi

Aku teringat benda ni lepas solat Subuh dan makan di DH. Ntah nape tetibe je teringat. Maybe Allah yg beri aku detikan hati ni untuk sedarkan diri aku yg aku ni banyak sgt cakap benda yg x perlu....

Photobucket

No comments: