>

Tuesday, February 19, 2008

Kesabaran

As planned dan dipersetujui dalam mesyuarat, hari ni akan diumumkan keputusan nomination MUSCOM semalam. Dan malam smalam, aku dah mengetahui saper yg menang, dan Syumul (F) yg ditugaskan membuat poster pemberitahuan untuk semua pelajar.

Pada Block 1 tadi, aku ke kelas Chemistry, berjalan bersama Awe (nama sebenar Ridzuan). Kami berjalan ke Acad namun, ape yg kami dapati, kelas lain berada di dalam. Kami bingung. Kami turun ke bawah dan bertemu ngan Mas dan Syauqi. Lantas, diorg bgtau yg Miz Shree sakit dan hari ni free block. Double block tu!!!! Kecewa aku, buat letih je jalan pepagi ni.

Aku kembali ke chalet. Ketika menyelak2 buku, ku terima satu SMS yg berbunyi,

Dah siap. Manekah?

Lalu aku membalas,

Nak gerak g rc. Jap

Namun, ketika tu, aku ade urusan penting ngan Yahya. Walaupun aku bergegas, namun perlu juga ku utamakan tugas ni. Tapi, implikasi daripada ni, aku terlambat untuk ke RC.

Sesampainya ke RC, diberitahu poster di tangan Fitri, lalu aku meminta daripada Fitri. Zaim turut berada di situ. Diorg berkata,

"Ada orang cakap ko lembap"

Lembap? Aku berfikir.... Ku semak kamus dewan dan menemui ini:

Lembap 1. masih basah (mis tuala, tanah, dll), tidak kering: kain baju yg dijemur itu masih ~; jalan masuk ke kedai itu ~ dan becak; 2. tidak rancak (suara, bunyi-bunyian, dll), tidak nyaring, kendur, tawar; 3. lambat atau kurang mencapai kemajuan (dlm pelajaran), tidak cerdas, lemah, lembam: Salimlah satu-satunya budak yg ~ dlm pelajaran, tetapi dia petah bercakap; jika peruncit membeli keluaran yg tidak diminati oleh para pelanggan, perniagaannya akan mengalami masalah jualan yg ~ dan mengalami kerugian;

Setelah ku amati, rupenya, perkataan 'lembap' yang ditujukan kepada ku adalah bermaksud No 3. (Yelah, x mungkin no 1 ngan 2, cam xde kaitan). Maybe aku salah, tapi, manela tau, aku mempunyai kesulitan atau perkara yg lebih penting lagi? Maybe, dalam perjalanan, terjumpa seorang yg kemalangan? (contoh jer). Ni nak cakap pasal Fiqh Aulawiyat.

Makna FIQH dari segi bahasa : kefahaman (al-fahmu) dan pengetahuan (al-ilmu)
Makna FIQH dari segi istilah : mengetahui hukum-hukum syara' secara terperinci berdasarkan dalil-dalil- dan qaedah qaedah syara' yang bersumberkan al-quran ,sunnah,ijma' dan qias.

Perkataan AULAWIYAT adalah jama' kepada aula.

FIQH AULAWIYAT merujuk kepada mengetahui apa yang layak didahulukan daripada perkara-perkara lain dalam perlaksanaan.

FIQH AULAWIYAT juga bermaksud : meletakkan segala amal sesuatu pada tangga peringkat yang sebenarnya.

FIQH AULAWIYAT mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan FIQH MUWAZANAT (perbandingan) dan FIQH MAQASID (tujuan-tujuan)

Kaedah-kaedah umum menyusun AULAWIYAT.

Masalih/manafi' yang diakui oleh syariat ada tiga peringkat atau martabat iaitu :

1- AD-DHARURIYAT : perkara-perkara asas yang secara mutlak diperlukan dalam kehidupan manusia iaitu :
a-agama
b-nyawa
c-akal
d-keturunan/maruah diri
e-harta

Lima perkare tersebut adalah perkara keperluan yang telah di susun mengikut martabat keutamaannya.

2- AL-HAJIYAT : perkara yang tanpanya menyusahkan hidup manusia.
contohnya : pengharusan beberapa bentuk muamalat dan
pengharaman sebahagian yang lain.

3- AT-TAHSINIYAT : pelengkap yang menjadi hiasan tambahan dan menjadikancara hidup serta akhlak manusia lebih sempurna.
contohnya : adab makan dan tinggal rumah yang mewah serta selesa.

Well, maybe perkara ni x sebesar mana, cume ape yg aku kesali adalah, di mana perginya nilai kesabaran seorang muslim yg mukmin itu? Allah berfirman:

وَأَطِيعُواْ اللّهَ وَرَسُولَهُ وَلاَ تَنَازَعُواْ فَتَفْشَلُواْ وَتَذْهَبَ رِيحُكُمْ وَاصْبِرُواْ إِنَّ اللّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ


Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.
(Al-Anfaal : 46)

Sampai situ je kut nak cakap hari ni. Idea n ilmu ni pun xdela banyak mana, juz nak berkongsi ape yg ku tahu. Moga dapat iktibar....

Malam ni ade usrah Halal dan Haram. Apekah yg aku nak cakap??

Photobucket