>

Monday, February 18, 2008

MUSCOM Nomination Day

Musolla Community

Tibalah sudah proses pertama pemindahan kuasa daripada kami kepada junior. Sapekah yg bakal menggantikanku? Aku buntu. Serius, xde idea langsung. Teringat pesan Syak dulu:

"Kalau ko nak carik pengganti Syumul nanti, jangan cari yg pandai komputer semata-mata, tapi carilah yg bersemangat n muhasabah"

Aku memang setuju sangat ngan Syak. Bagi aku, klu pandai komputer camne skalipun, kalau xde passion buat kerja, xkan ke mana. Kalau bersemangat, walaupun xde ilmu dlm komputer, dengan semangat tu, die akan berusaha untuk belajar memajukan diri. Ilmu senang untuk diajarkan, tetapi camne nak dapatkan semangat dan muhasabah tu?

Allah berfirman:

وَالَّذِينَ جَاهَدُوا فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا وَإِنَّ اللَّهَ لَمَعَ الْمُحْسِنِينَ

Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.

(Al-Ankabut : 69)

Ingatlah janji Allah ni. Kalau kiter berjihad, yakni berusaha bersungguh-sungguh, kita kan dipimpin ke jalan-jalan yg diredhai Allah. Jangan jadikkan tugas sebagai beban, jadikkan tugas tu sebagai tanggungjawab.

Nomination form dah pun dibagi kepada sume student smalam. Dan aku telah bertugas mengedarkan form2 tersebut di kampung Sapphire dan Kampung Sebrang. Zaim dan Afiq menemankanku. Smalam, sambil kitorg berjalan bersama, kami menyanyikan lagu kau Kawan, Sahabat dan Teman. Satu bait lagu tu:

"Dan kini, dipisahkan, dua benua, saling mengejar cita"

Afiq dan Zaim terasa, kerana kebarangkalian untuk mereka ke Aussie amat tinggi. Dan kami sependapat, bahawa lagu ni, menepati tema MUSCOM. Huhuhu...

Dah nak serahkan jawatan. Muhasabahlah, ape yg dah aku lakukan setahun ni? Aku sentiasa berdoa, agar penggantiku nanti adalah jauh lebih baik dari aku....

Photobucket

No comments: