>

Sunday, February 17, 2008

Frenly KMS


Hari ini, Kolej MARA Seremban yg of course terletak di Seremban, bertandang ke kolej kami untuk perlawanan persahabatan untuk beberapa sukan, iaitu bola sepak dan bola tampar, atau nama lainnya, volleyball.

Hari ni bermula macam hari2 Ahad baser. Aku ke DH untuk makan breakfast favourite, nasi lemak. Pastu, balik ke bilik, baca buku dan menunggu kedatangan Meor dan Hafiz. Setelah keletihan berbincang tentang presentation Biology esok bersama Meor dan Hafizuddin, aku bercadang untuk menonton perlawanan bloa sepak. Dan, Afiq turut serta bersama aku turun ke padang.

Muzzein menjadi Manager manakala Kamal Nuklear jadik assistantnye. KMS boleh dikatakan lawan yg hebat, terlatih dan perlawanan agak sengit. Even KMS x banyak sgt pemain mcm KYUEM, namun, stamina diorg membuat aku tabik spring kepada mereka. Muzzein agak glabah apabila pasukan kolej beberapa kali ketinggalan dan miss beberapa cubaan. Defense plak agak lemah. Beberapa kali dibolosi ngan mudah. Muzzein x dapat memikirkan cara lain selain mengeluarkan senjata rahsia pasukan kolej, iaitu dirinya sendiri. Namun, lebih kurang 5 minit masuk, Muzzein disub semula.

Dan keputusan akhir, KYUEM 4, KMS 3. Muzzein terduduk lega. Aku trus balik chalet, membasuh baju dan bersedia untuk lunch.

Photobucket

No comments: