>

Thursday, November 17, 2011

Aku dan Tabung Haji

بسم الله الرحمن الرحيم

Waktu kecil dulu, abah dan mak pernah hadiahkan aku sebuah tabung untuk aku menyimpan duit. Kata mereka, tabung tu dari Tabung Haji. Bentuk tabung tu istimewa, macam melengkung di tengah dan kurus ke atas. Tabung ni pun susah nak buka keluarkan duit, jadi, memang bagus untuk menyimpan duit. Macam ni bentuk tabung ni:

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgfRfczxZi8ktpZYoDrynN4oMQSGC7i8x1oXFte0tcWOvz5hBQcKQ6RuzRaPCp3pT37hfSEikFcu94X0pmSKIssp5La6QZ_RB4lnTemp10h1gRzEiiUb0KWQxH7XJlfTceaHUh-eYTPcyg/s1600/DSC00686.JPG

Satu hari, aku ke Kuala Lumpur, menyusuri Jalan Ampang, waktu tu, KLCC takde lagi, takde sangatlah bangunan-bangunan yang mencakar langit macam hari ini. Jadi, ternampaklah satu bangunan yang seolah-olah aku pernah nampak. Aik? Apesal bangunan tu bentuk macam tabung aku. Aku pun menuduh bangunan itu meniru bentuk tabung itu.

Itu cerita 15 tahun lalu

Ini cerita hari ini...

Aku ditakdirkan bekerja di sebuah syarikat yang bernama Permodalan Nasional Berhad. Bangunan syarikat ini terletak bersebelahan dengan bangunan yang meniru bentuk tabung aku, inilah dia Tabung Haji.

Dari kecil lagi, aku diajar menabung dan dari kecil lagi, aku sudah ada akaun Tabung Haji. Betul, tujuan asal dan utama Tabung Haji adalah untuk rakyat menyimpan wang untuk digunakan pergi menunaikan ibadah haji. Wang yang kita simpan dalam Tabung Haji akan dilaburkan dalam pelaburan patuh syariah dan pulangannya akan diserahkan kepada para penyimpan dalam bentuk dividen. Jadi, ada orang (termasuk aku) menggunakan Tabung Haji sebagai instrumen pelaburan.

Berikut merupakan rekod pulangan dividen Tabung Haji mengikut tahun:

1994
9.5
1995 9.5
1996 9.5
1997 9.5
1998 8.0
1999 8.0
2000 5.5
2001 3.25
2002 3.5
2003 4.0
2004 4.3
2005 4.5
2006 4.75
2007 5.0 + 2.0 bonus
2008 5.0
2009 5.0
2010 5.5

Pelaburan seumpama Tabung Haji ini adalah selamat dan harga tidak akan berubah. Antara produk lain yang mempunyai ciri-ciri ini adalah ASB. Memang, kalau diikutkan pulangan, ASB memberikan pulangan yang lebih tinggi daripada Tabung Haji, iaitu 7.5%. Namun, disebabkan beberapa isu syariah dalam ASB, walaupun telah dinyatakan keharusannya oleh Majlis Fatwa Kebangsaan, aku memilih untuk tidak melabur dalam ASB. Fatwa telah mengatakan harus, jadi bagi sesiapa yang ingin atau sedang melabur dalam ASB, dipersilakan. Untuk aku pula, itu adalah keputusan peribadi. Sebagai rujukan:

Setelah mendengar taklimat dan penjelasan serta meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa bagi menjaga kepentingan dan maslahah umat Islam serta mengelakkan kemudharatan yang lebih besar, hukum melabur dalam skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) serta dividen atau bonus yang diterima adalah harus. (Majlis Fatwa Kebangsaan)

Berbalik kepada Tabung Haji, wang yang disimpan tidak perlu lagi untuk dibayar zakat wang simpanan (sebanyak 2.5%), jadi, wang dividen yang kita dapat tu adalah bersih, telah dibayar zakat oleh Tabung Haji sendiri. Ini berdasarkan fatwa:

Persidangan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-17 yang bersidang pada 3 May 1979 telah membincangkan Pembayaran Zakat Oleh Tabung Haji. Persidangan telah memutuskan bahawa:

Lembaga Urusan dan Tabung Haji adalah diwajibkan membayar zakat bagi pihak penyimpan-penyimpan dari wang simpanannya, dari hasil pelaburan dan dari harta yang diperniagakan serta segala keuntungan daripadanya.

Setelah dikeluarkan zakat oleh Lembaga Urusan dan Tabung Haji bagi pihak penyimpan-penyimpan itu, maka barulah keuntungan bersih itu dibahagi di antara penyimpan dengan Lembaga Urusan dan Tabung Haji menurut peratus yang ditentukan.

Lembaga Urusan dan Tabung Haji sendiri tidak diwajibkan mengeluarkan zakat dari harta yang didapatinya dari (ii) di atas.

Zakat tersebut hendaklah dibayar kepada Majlis Agama Islam negeri-negeri, mengikut kadar simpanan penyimpan-penyimpan di negeri masing-masing.

Baru tadi aku ke Tabung Haji, menguruskan pindahan wang dari akunku ke akaun isteri. Pengamatanku, Tabung Haji masih lagi tradisional, sebab kurang kemudahan seperti ATM dan mesin deposit wang, semuanya perlu dilakukan secara manual. Mungkin sebab Tabung Haji bukannya bank, jadi terhad bidang kuasanya. Apapun, sekarang sudah boleh melakukan urusan Tabung Haji di Bank Islam dan Bank Rakyat. Sedikit demi sedikit, Tabung Haji melangkah maju.


Perancangan kewangan yang bijak itu perlu, bukan sahaja untuk kita, tetapi masa depan isteri dan anak-anak nanti. Menabung bukan semata-mata mengumpul harta, tetapi persediaan untuk dibelanjakan ke jalan Allah, jalan yang diredhai. Tak perlu bangga duit penuh di dalam bank, tetapi tidak digunakan untuk kemajuan ummah. Kumpullah duit sebanyak-banyaknya, tetapi belanjakanlah ke jalan Allah wang tersebut.

Bersama kita singkap kisah Saidina Abu Bakar yang menginfaqkan KESEMUA hartanya ke jalan Allah dan meninggalkan Allah dan Rasul untuk keluarganya. Walaupun tidak sampai ke tahap itu, harapnya dapat selangkah mendekati perlakuan ini.

Akhir sekali, dalam keghairahan mengumpul wang, jangan lupa, pastikan semua wang kita itu adalah dari sumber yang halal. Dalam keghairahan mencari peluang pelaburan yang mendapat pulangan yang tinggi, jangan lupa mencari yang halal dahulu. Fatwa sekarang dah boleh tengok online, sekejap je dah tahu hukum ini dan itu.

Apa lagi alasan kita?

Photobucket

6 comments:

Kaki Bangku said...

Sekadar ingin bertanya (atau berkongsi dengan pelawat yang lain), apa lagi contoh lain pelaburan selain Tabung Haji dan ASB yang boleh kita sertai?

Apa yang bagus (dari segi pulangan), apa yang boleh (dari segi Islam) dll.

Mohon kongsi.

Jpah said...

Pelaburan ni ada beberapa jenis. ASB dan Tabung Haji ni termasuk dalam kategori 'low risk, high return'. Mereka ni adalah unit trust yang harga tetap, (contoh ASB harga dia RM 1 seunit) dan pulangan melalui dividen. Pelaburan dalam unit seumpama ini, kebarangkalian rugi hampir kosong. Kita mungkin antara dapat pulangan atau tidak je. Jadi, ASB dan Tabung Haji yang beri pulangan paling tinggi dalam kategori ni.

Banyak kategori lain unit trust, contohnya yang boleh berubah harga. Contohnya Amanah Mutual (AMB), Public Mutual. Kalau nak melabur dalam unit trust jenis ni, kena berusaha lebih sikit. Kena rajin tengok naik turun harga. Dan ada kemungkinan untuk rugi juga, tapi kalau untung, untung besar.

Selain itu, ada juga investment-investment lain, tapi pelaburan ini kalau boleh, tunggu sampai dah ada simpanan yang lebih, pertama sebab modal yang diperlukan besar dan kedua kemungkinan rugi pun besar. Contoh melabur dalam hartanah dan emas.

Langkah pertama dalam melabur adalah kita menyimpan duit dan mulakan dengan pelaburan 'low risk' dahulu, bila duit dah terkumpul dan kita memang dah 'set aside' duit untuk investment, bolehlah teruskan.

Untuk permulaan, cukuplah sekadar target pelaburan yang memberi pulangan lebih dari kadar inflasi semasa. Contoh, sekarang inflasi adalah 3.4%, jadi cuba cari pelaburan yang memberi pulangan lebih dari itu.

Untuk pelaburan yang patuh syariah, hampir semua institusi pelaburan sudah ada produk tersebut. Hanya tanya diorang berkenaan 'shariah compliant products' dan ambillah yang itu.

Yang terakhir, ingat, pelaburan ni bukan perjudian, di mana kita hanya bergantung kepada nasib, tetapi ilmu dan pengalaman. Sebelum melabur, pastikan kita mengetahui apa yang berlaku kepada duit kita.

Wallahu'alam

Kaki Bangku said...

Terima kasih atas maklumat dan panduan saudara.

Saya berminat untuk melabur dalam emas, tapi memandangkan umur yang masih muda serta simpanan yang belum cukup, bak kata saudara, kenalah tunggu lagi.

Saya akan lihat lebih lagi pilihan alternatif unit trust yang seperti saudara cadangkan.

Ms Writer said...

Pelaburan yang kena caranya memang membuahkan hasil yang lumayan...

Saya pun masih belajar lagi, tapi mula terlibat dalam pelaburan emas sedikit demi sedikit.

Diabetes Natural Cure said...

Beautiful.

Secret techniques
Conversational techniques
Covert man

All related to hypnosis

Jas Elegant said...

Terima kasih atas perkongsian to blog owner. Saya adalah Unit Trust Consultant (UTC) - agen unit trust investment untuk Public Mutual & lokasi utama dalam tugas adalah kawasan Johor Bahru, Kuala Lumpur, Selangor & Penang.
.
Minimum permulaan RM1000 sahaja. Boleh melabur dari akaun KWSP (berdasarkan kelayakan). Cash investment pun boleh & ada pilihan untuk ambil pelan tambahan bulanan serendah RM100 per month sahaja. Dana Islamic 100% juga ada (Approved Syariah Compliance Funds). Pelaburan untuk jangka masa panjang sahaja above 5 years. Keuntungan sekitar min 9%-15% per year.
.
Bagi sesiapa yang berminat melabur dalam Unit Trust, boleh lah juga hubungi saya melalui mobile atau email. Jika hanya ingin mengemukakan soalan, anda juga dialu-alukan. Terima kasih.
.
Jas
Unit Trust Consultant / Perunding Unit Amanah
Co: Public Mutual Berhad (wholly-owned subsidiary of Public Bank Berhad)
T: +6017-7055 381
E: jas.elegant@gmail.com
W: www.facebook.com/investment.unittrust
.
" Why not try, let's say 10 years investment period & gain minimum 9% profit per year? Reports on fund past performance available just to show the ability of the fund. Feel free to request for one ! "