>

Friday, July 25, 2008

Tragedi 1 di OBS: Teluk Sekadeh

بسم الله الرحمن الرحيم

Banyak tragedi yg menimpa kami di OBS sepanjang 25 hari. Tragedi melucukan, menyayat hati, menakutkan dan menyebabkan kecederaan parah, semuanya terjadi, tapi Alhamdulillah, semuanya berjaya diatasi dan ini menjadikan kami lebih rapat dan menjadi teman tapi mesra.

Aku nak cerita pengalaman berdarah yg dialami aku di Pulau Pangkor. Pada sea expedition kami yg pertama, aku x ingat tarikh, maybe 8 July, kami dikehendaki berkayak dari pantai tanah besar ke Pulau Pangkor. Campsite kami adalah di sebuah teluk yg dinamakan Teluk Sekadeh.

Pangkor yg boleh nampak dari OBS

Ketika sampai di situ, keadaan agak nyaman berangin. Pantai Teluk Sekadeh ni amat cantik, dan xde org lain yg datang ke sini disebabkan ketiadaan resort dan jalan bertar. Jadi, pada hari itu, hanya kami yg berada di Teluk Sekadeh itu.

Pada haritu, aku dijadualkan bertugas mengumpul kayu api untuk memasak dinner pada malam itu. Maka, berkelanalah aku di tepi pantai teluk itu untuk mencari kayu api. Selepas agak banyak kayu dikumpul, aku berehat sebentar, duduk di atas sebuah sampan terbalik sambil memandang ke arah laut, menghirup udara segar. Menurut sumber yg boleh dipercayai, ketika ini, ada 3 org tengah mengumpat aku.

Apen: Jpah tgah layan perasaan

Kim: Xla, die tengah menikmati ciptaan Tuhan

Ede: Die kentut kut

Xpela, aku halalkan je umpatan korg.

Sedang aku asyik menghirup udara segar, tetiba, terasa sumting keras jatuh ke atas kepala aku.

Dusyyy!!!

Kepala aku terhentak. Aku sedikit terkejut, mujur x pengsan. Xdela sakit sangat impaknya. Tapi, aku merasakan kepala aku basah. Aku ingat dahan pokok yg jatuh tu yg basah. Aku mengesat dahi aki. Aku lihat tangan aku, Merah! Darah! Aku memegang dahi aku dan memegang satu lubang sebesar ibu jari dan merasakan begitu banyak bendalir suam memancut keluar dari situ.

Kayak yg digunakan untuk ke Pangkor, letih mengayuh...

Aku semakin pening. Dengan kudrat yg ada, aku berlari ke campsite. Aku ternampak Jimah dan Iwan yg sibuk menghidupkan api. Dengan nada yg lemah dan tercungap-cungap, aku berkata,

Wei, tolong..... darah...

Hampir 5 saat mereka terpaku. Kemudian, Jimah segera membawa aku ke bilik air untuk membasuh skit luka aku. Iwan, aku dah x nampak ke mana die pergi. Aku membuka paip dan menundukkan kepala aku. Pedih. Kelihatan darah mencurah2 jatuh, ibarat air sirap dituang ke dalam gelas. Aku jirus skit dengan air. Kemudian, segera jimah tekan luka aku dengan sehelai kain anduh. Darah tembus kain anduh tu. Jimah mengambil kain anduh kedua dan meletakkan di atas kepala aku. Still, darah menembusi kain anduh kedua. Aku segera mengambil tempat duduk dan mendongakkan kepala. Moga2 darah berenti. Jimah berkata:

Xpe, kecik je luka ni

Tapi aku tau, die hanya nak sedapkan hati aku. Darah dah memancut sebegitu laju, x mungkin kecik luka aku. Xpela, menyedapkan hati pesakit adalah rule pertama yg perlu dipegang oleh forst aider. X sia2 OBS ajar kita first aid.

Dalam pada tu, arahan telah dikeluarkan supaya isyarat kecemasan disampaikan kepada motherboat. Terima kasih kepada rakan2 seperti Kim dan Milo yg berusaha menarik perhatian motherboat. Akhirnya, instructor bergegas ke pantai menggunakan speedboat.

Abang Fadzly, course director segera melihat lukaku. Dia suruh aku berbaring dan mengalihkan kain anduh daripada kepalaku. Segera aku rasa darah mengalir ke muka aku semula. Badan aku dah semakin lemah. Mulut aku dah semakin kering. Abang Fadzly berkata:

Dalam luka awak ni. Maybe kena jahit. Nanti kite gi hospital

X guna Jimah, menipu aku, aku cakap dalam hati.

Aku lihat dah makin ramai berkerumun melihat aku yg terbaring lemah. Memasing dengan muka simpati dan risau. Aku cuba berjenaka untuk sedapkan hati sume org:

Bang, nanti muka saya berparut, x hensem la

Abang Fadzly tersenyum. Aku tahu, senyumannya xdelah sepenuh hati. Mungkin risau dengan keadaan luka aku yg agak dalam. Beliau membuka beg first aid lalu mengeluarkan ubat anti bacteria. Dititiskannya ubat itu ke atas luka aku.

Arggghhhhhhhhhh

Kesakitan yg x mampu aku gambarkan. Xde ape yg mampu aku buat selain menggenggam erat baju aku yg dah dibasahi darah. Kemudian, dibersihkan luka aku dan dibalut kemas dengan bandage. Alhamdulillah, darah dah semakin kirang keluar. Aku mampu bangun semula lpas tu. Cume rasa pening2 skit. Aku lega. Walaupun badan lemah, still mampu bangun.

Special thanx to Ede yg tolong suluhkan luka aku dan Milo yg prepare air untuk basuh luka aku, dan Jimah yg memberikan rawatan awal menghentikan darah aku dan rakan2 yg membuat isyarat kecemasan dan rakan2 lain yg mendoakan aku.

Hikmah daripada kejadian ini? Aku terharu apabila mendapati rakan2 aku amat peka dengan keselamatanku. Walau ada antara mereka yg x pernah aku cakap, atau amat jarang aku tegur, tapi tetap mereka membantuku sepenuh hati. Menangis. Terharu. TQ PNB frenz, really appreciate.

Dan kesan daripada tragedi ini, dahiku sudah mempunyai parut seperti dahi Harry Potter. Bolehlah korang amati parut yg lawa ni masa MOC nanti, hehehe. Berita baik, aku dihantar ke klinik keesokan harinya dan disahkan tidak menghadapai konkusi.

Moralnya, jangan berangan di bawah pokok!!!

Photobucket

2 comments:

Anonymous said...

haha, kantoi plak cakap ko kentut... siapa bgtau ni?

amila said...

aku bole jadi saksi..hahaha