>

Monday, July 28, 2008

Di Rumah

بسم الله الرحمن الرحيم

Setelah 25 hari di OBS tanpa hiburan, sesampai je aku di rumah, terus je aku mencari filem2 baru yg aku rasa cam best. Sehingga harini, aku da tonton 3 filem, of course, semuanya download. Filem2 ini merupakan Hancock, The Dark Knight dan Hellboy first movie dulu.

http://larryfire.files.wordpress.com/2008/04/hancock1.jpg

Hancock, cerita pasal superhero yang x dihargai disebabkan dirinya yg tidak beretika. Mana x nya, disebabkan nak buat sesuatu kebaikan, banyak kerosakan lagi yg dibuatnya. Tapi, part yg best adalah apabila die mula berubah menjadi lebih baik dan beretika. Suatu konflik gak berlaku apabila die bertemu seseorang yg juga mempunyai kuasa sepertinya. Okla gak cerita ni...

http://www.criticsrant.com/Images/criticsrant_com/News%20Rants/Dark%20Knight/the_dark_knight_outro_poster.jpg

The Dark Knight, kisah superhero yg famous, iaitu lelaki kelawar atau lebih mesra dipanggil Batman. Mengisahkan kisah Batman bertarung dengan musuh yg tidak asing lagi, iaitu Joker. Watak Joker nampaknya begitu berkesan dibawa oleh pelakonnya, jelas nampak kejahatan. Aku suke cerita ni sebab action yg x abis2. Best!!!

http://maxupload.com/img/8191D5F6.jpg

Cerita ketiga, Hellboy, movie pertama yang keluar 2004 haritu. Ni pun banyak action gak, dan ok la gak. Aku tgk cerita ni dulu before Hellboy 2 untuk lebih memahami..

Begitulah aktiviti aku di rumah, sesambil menunggu MOC. Semalam, sempat gak baca skit fatwa Qardhawi, sempat explore wikipedia, sempat update blog (of course), sempat tgk CSI dan sebagainya.

Moga masaku terisi. Result da makin dekat, cuakkk....

Photobucket

No comments: