Thursday, February 21, 2008

Malasnye nak gi DOE!!!

http://www.salesian.surrey.sch.uk/clubs/dofe/logo.gif

Lepas solat Subuh, aku merebahkan diri ke atas katil. Sungguh letih rase diri ni. Rase berat sgt kepala ni. Ntah, maybe memikirkan bnyk benda. Dan hari ni nye jadual letih amat. Xde free block, sehinggalah lunch. Dan niat awal nak berpuasa. tapi keletihan tu buatkan aku x jadik berpuasa. Ya Allah, kuatkanlah semangatku ni.

Memikirkan petang ni ade latihan DOE membuatkan aku rase letih lagi. Latihan navigation yg dibuat sekitar Lembah Beringin ni amat buhsan. N, banyak team dah menarik diri. Team Afiq contohnya, semua dah withdraw. Ni buatkan aku tambah lemah semangat nak berDOE.

Aku rase letih sgt. Lagi2 nak berjalan2 25 km utk DOE ni. Buat letih badan. Lagipun, modul yg lain, Skills, Community service ngan Sports pun bukannye aku fulfill. Memang nak ikutkan, event aku abiskan expedition ni pun, gerenti aku x dapat nye DOE award nih. Tapi nape aku nak gi gak expedition ni? Ni sume disebabkan kawan. Perasaan tanggungjawab terhadap rakan2 seperjuangan sebabkan aku still meneruskan aktiviti ni. X sanggup rasanya nak biarkan diorg sendirian.

Ntahla... malas nak pikir bebanyak. Buat sakit kepala jer. Baik aku study...

Photobucket

Wednesday, February 20, 2008

End of P3 Syllabus

Xdela significant sgt ape yg aku nak tulis ni. Cume nak mengisi kekosongan akibat free Block 4 nih. Sewaktu kelas Malaysian Studies, grup Haziq, Pali, Hazman, Najib dan Awe yg membentangkan tajuk Wawasan 2020. Agak kelakar, terutama gelagat Haziq dan Pali yg ibarat membaca berita, kata Puan Halijah. Dan apabila Haziq ditanya, die menjawab ngan selambe dan yakin, padahal jawapan nonsense. Contohnya, Pn Halijah tanya:

"Apakah itu psycho-barrier?"

Haziq menjawab ngan slumber, "Halangan utk org2 psycho"

Satu lecture theatre gelak ngan jawapan tu.

Kemudian, masa block 5, Mathematics. Kitorg da abis syllabus, juz ulangkaji sendiri arini. Cume masa 10 minit terakhir, Mr Madhadzir summarise balik pasal complex number. Dengan ini, tamatlah sudah pembelajaran Mathematics kami, tinggal nak amik exam je. Huaaa....aku ni dah la banyak gak yg x paham or dah lupe. Ok, time to get really serious, xleh memain lagi. Kena start ulangkaji balik sume subject.

Dalam perjalanan pulang ke chalet, aku singgah di Admin untuk print nur Jumaat dan Election form. Semoga perjalanan majlis akan lancar selancar-lancarnya...Amin.




Photobucket

Kembali kepada Diriku yg Asal

Masih aku ingt dulu2, tika di sekolah, aku ni antara budak paling diam. Ade org cakap aku sombong, ade cakap aku anti-sosial. Lepas di'elect' jadik Lembaga Kepimpinan Pelajar (LKP), aku berusaha sedaya upaya mengubah diriku, aku berusaha jadik lebih mesra, maybe utk mudahkan aku berurusan dengan org lain. Dan dari hari tu, aku berusaha untuk sentiasa senyum (kat laki je) x kira apa juga yg berlaku.

Tapi, hari demi hari, aku semakin banyak bercakap. Sampai satu masa, dipilih untuk menyertai debate (what the??). Aku igt lagi, aku dulu amat lain. Di sekolah rendah, banyak gak pertandingan aku masok. Syarahan, bercerita dan berpantun. Aku juga diminta oleh pengurusan sekolah ketika itu untuk memberikan ucapan sempena Hari Kemerdekaan. Bile aku terpikir balik, aku rasa pelik. Aku skarang ni susah sgt nak muncul di khalayak ramai, tapi dulu, bukan main x malu aku. Dan masuk ke tahun 6, aku dipilih menjadik ketua pelajar. Agak letih. Aku pun x ingat sgt ape yg aku buat.

Masuk ke skolah menengah, aku berkeputusan menjadik pelajar biase. Terlalu letih badan ni nak jadik pengawas. Namun, aku still dipilih menjadik ketua kelas. Masuk pulak ke SBPI Rawang, sekali lagi aku berkeputusan untuk kembali ke diriku yg asal, iaitu seorg yg x bnyk bercakap. Namun, sekali lagi, dipilih menjadi Pemimpin Pelajar (PP) dan juga menjadi Exco Tertinggi Asrama (aku digelar 'Exco Kesayangan pelajar putera, geli seyh), menjadikan aku masih bnyk bercakap.

Dan kini di kolej. Aku mengenang kembali diriku yg dulu. Aku skarang terlalu banyak bercakap. Rasa letih amat. Dan yg aku kesali, aku ni suke cakap bukan2. Cakap benda2 x berfaedah, cakap kosong. Rasa kecewa amat ngan diri ni. Aku berfikir untuk menjadi diam, sebab bagi aku, semakin banyak bercakap, semakin aku banyak mengumpat, menipu, memfitnah dan sebagainya. Bukan maksudnya aku nak jadik bisu. Cume aku nak minimizekan percakapan hanya bile perlu sahaja.

Hadis Abu Hurairah r.a katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kiamat, maka hendaklah dia bercakap hanya perkara yang baik atau diam dan sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kiamat, maka hendaklah dia memuliakan jiran tetangganya. Begitu juga sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kiamat, maka hendaklah dia memuliakan para tetamunya.
(Muslim : 67)

Kenangan di Usrah Halal Haram Smalam

Keadaan Subuh di Surau pagi tadi

Aku teringat benda ni lepas solat Subuh dan makan di DH. Ntah nape tetibe je teringat. Maybe Allah yg beri aku detikan hati ni untuk sedarkan diri aku yg aku ni banyak sgt cakap benda yg x perlu....

Photobucket

Test Physics

Huuuuu.....ade test physics triple block esok...eh..I assume yg dah masuk hari Rabu...aku x prepare sgt...Malam ni, menampal manifesto posters bersama-sama kerul dan Azri. PAstu, berbincang skit ngan Azri, lame gak, sampai aku terbantut nak study physics. Kemudian, Afiq dan Jimah plak bertandang ke bilik, nasib baik diorg berbincang psl physics. At least, terisi gak otak aku ni ngan ilmu2 Physics.

Moga soalan esok senang2 belaka.....

Photobucket

Tuesday, February 19, 2008

Kesabaran

As planned dan dipersetujui dalam mesyuarat, hari ni akan diumumkan keputusan nomination MUSCOM semalam. Dan malam smalam, aku dah mengetahui saper yg menang, dan Syumul (F) yg ditugaskan membuat poster pemberitahuan untuk semua pelajar.

Pada Block 1 tadi, aku ke kelas Chemistry, berjalan bersama Awe (nama sebenar Ridzuan). Kami berjalan ke Acad namun, ape yg kami dapati, kelas lain berada di dalam. Kami bingung. Kami turun ke bawah dan bertemu ngan Mas dan Syauqi. Lantas, diorg bgtau yg Miz Shree sakit dan hari ni free block. Double block tu!!!! Kecewa aku, buat letih je jalan pepagi ni.

Aku kembali ke chalet. Ketika menyelak2 buku, ku terima satu SMS yg berbunyi,

Dah siap. Manekah?

Lalu aku membalas,

Nak gerak g rc. Jap

Namun, ketika tu, aku ade urusan penting ngan Yahya. Walaupun aku bergegas, namun perlu juga ku utamakan tugas ni. Tapi, implikasi daripada ni, aku terlambat untuk ke RC.

Sesampainya ke RC, diberitahu poster di tangan Fitri, lalu aku meminta daripada Fitri. Zaim turut berada di situ. Diorg berkata,

"Ada orang cakap ko lembap"

Lembap? Aku berfikir.... Ku semak kamus dewan dan menemui ini:

Lembap 1. masih basah (mis tuala, tanah, dll), tidak kering: kain baju yg dijemur itu masih ~; jalan masuk ke kedai itu ~ dan becak; 2. tidak rancak (suara, bunyi-bunyian, dll), tidak nyaring, kendur, tawar; 3. lambat atau kurang mencapai kemajuan (dlm pelajaran), tidak cerdas, lemah, lembam: Salimlah satu-satunya budak yg ~ dlm pelajaran, tetapi dia petah bercakap; jika peruncit membeli keluaran yg tidak diminati oleh para pelanggan, perniagaannya akan mengalami masalah jualan yg ~ dan mengalami kerugian;

Setelah ku amati, rupenya, perkataan 'lembap' yang ditujukan kepada ku adalah bermaksud No 3. (Yelah, x mungkin no 1 ngan 2, cam xde kaitan). Maybe aku salah, tapi, manela tau, aku mempunyai kesulitan atau perkara yg lebih penting lagi? Maybe, dalam perjalanan, terjumpa seorang yg kemalangan? (contoh jer). Ni nak cakap pasal Fiqh Aulawiyat.

Makna FIQH dari segi bahasa : kefahaman (al-fahmu) dan pengetahuan (al-ilmu)
Makna FIQH dari segi istilah : mengetahui hukum-hukum syara' secara terperinci berdasarkan dalil-dalil- dan qaedah qaedah syara' yang bersumberkan al-quran ,sunnah,ijma' dan qias.

Perkataan AULAWIYAT adalah jama' kepada aula.

FIQH AULAWIYAT merujuk kepada mengetahui apa yang layak didahulukan daripada perkara-perkara lain dalam perlaksanaan.

FIQH AULAWIYAT juga bermaksud : meletakkan segala amal sesuatu pada tangga peringkat yang sebenarnya.

FIQH AULAWIYAT mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan FIQH MUWAZANAT (perbandingan) dan FIQH MAQASID (tujuan-tujuan)

Kaedah-kaedah umum menyusun AULAWIYAT.

Masalih/manafi' yang diakui oleh syariat ada tiga peringkat atau martabat iaitu :

1- AD-DHARURIYAT : perkara-perkara asas yang secara mutlak diperlukan dalam kehidupan manusia iaitu :
a-agama
b-nyawa
c-akal
d-keturunan/maruah diri
e-harta

Lima perkare tersebut adalah perkara keperluan yang telah di susun mengikut martabat keutamaannya.

2- AL-HAJIYAT : perkara yang tanpanya menyusahkan hidup manusia.
contohnya : pengharusan beberapa bentuk muamalat dan
pengharaman sebahagian yang lain.

3- AT-TAHSINIYAT : pelengkap yang menjadi hiasan tambahan dan menjadikancara hidup serta akhlak manusia lebih sempurna.
contohnya : adab makan dan tinggal rumah yang mewah serta selesa.

Well, maybe perkara ni x sebesar mana, cume ape yg aku kesali adalah, di mana perginya nilai kesabaran seorang muslim yg mukmin itu? Allah berfirman:

وَأَطِيعُواْ اللّهَ وَرَسُولَهُ وَلاَ تَنَازَعُواْ فَتَفْشَلُواْ وَتَذْهَبَ رِيحُكُمْ وَاصْبِرُواْ إِنَّ اللّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ


Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.
(Al-Anfaal : 46)

Sampai situ je kut nak cakap hari ni. Idea n ilmu ni pun xdela banyak mana, juz nak berkongsi ape yg ku tahu. Moga dapat iktibar....

Malam ni ade usrah Halal dan Haram. Apekah yg aku nak cakap??

Photobucket

Monday, February 18, 2008

Islam Hadhari

Selepas tamat block 6, yakni kelas physics, aku bergerak ke kelas Chem. Kelihatan kelas Jr di dalam. Aku pelik. Ade gak ternampak note yg ditampal di pintu kelas. Ku dekati lalu ku baca:

Pn Shree is on medical leave on 18 Feb 2008

Hatiku berlonjak kegembiraan. Bukannye ape, tapi org yg kekurangan free block cam aku ni, amat menanti2kan block free. Badan ni letih sgt. Lalu, aku bergegas balik ke chalet. Lepas kemas2 chalet skit dan menampak tazkirah2 di dinding common room, aku menghidupkan komputer chalet lalu melayari Berita Harian. Mata aku tertarik pada berita Ulama sedunia menerima Islam Hadhari.



DATUK Dr.Abdul Shukor Husin (kiri) dan
Prof.Dr.Mohamed A.S. Al Saleh
hadir pada Multaqa Sedunia Alumni Al-Azhar 2008.


Delegasi Multaqa Sedunia Alumni al-Azhar saran dunia contohi konsep Malaysia

Ok....pandangan aku??? Islam hadhari ni, prinsip die sume ok. Sumenye menyeru kepada kemajuan Ummah. X pelik la kalau Ulama' sedunia pun bersetuju ngan prinsip Islam Hadhari ni. Tapi, yg masalah nye, perlaksanaan prinsip ni. Aku ni bukannye tau sgt pun. Cume ape yg aku lihat, maksiat di Malaysia ni amat berleluasa.

Pernah sekali, aku masok ke satu chatroom. Aku saje gunekan nama perempuan. Dan chatroom ni memang penuh ngan org Melayu. Dan, x sampai seminit aku masuk dgn gunekan nama perempuan tu, da ramai laki yg nak chat. Dan kebanyakannya tanpa segan silu meminta perkara aneh dan bukan2. Dan aku pun tny samada diorg ni Islam ke. Dan yg amat menyedihkan, majoriti yg aku tny tu Islam dan Melayu. Dan dengan bangga, mereka mengaku yg diorg pernah berzina. Lantas, aku memberitahu mereka:

وَلاَ تَقْرَبُواْ الزِّنَى إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاء سَبِيلاً

Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).
(Al-Israa' : 32)

Ramai yg apabila aku keluarkan ayat ini, mereka terdiam. Tapi yg lg menyedihkan, ada gak yg mengatakan aku ni giler. Bergenang air mataku mengenangkan keadaan umat kini. Sejak hari tu, aku dah x pernah join chatroom umum lg.

Jadi, inikah die keadaan Ummat Islam kiter di Malaysia kini? Tu baru peratusan kecik ummat Islam kiter yg rata-rata remaja, yg dikatakan akan memimpin negara satu hari nanti? X payah pergi jauh, cube la gi KL masa weekend. Remaja2 berpeleseran mcam perkara baser.

Aku amat sokong kalau kerajaan nak buat dasar Islam Hadhari ni. Cume, apa yg lebih penting, perlaksanaan dan memberikan pemahaman kepada rakyat tentang prinsip ini. Bukan hanya tulisan dasar di kertas yg tidak dilaksanakan. X malukah kiter yg bergelar negara Islam ni, kalau keadaan negara kiter pun x seIslam mana. Hanya berpaksikan majoriti ummat Islam, tapi hanya ibarat buih-buih di lautan. Mudah je nak dihanyutkan oleh ombak dunia.

Hadis Zainab binti Jahsyin r.a:

Sesungguhnya Nabi s.a.w terjaga dari tidurnya, baginda bersabda: لاإله إلاالله(Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah). Celakalah bagi bangsa Arab dari kejahatan yang telah dekat. Sesungguhnya hari ini sebahagian dari dinding Yakjuj dan Makjuj terbuka seluas ini, Sufian (perawi Hadis) mengisyaratkan angka sepuluh dengan menggunakan tangannya. Zainab berkata: Wahai Rasulullah, apakah kami akan binasa sedangkan bersama-sama kami ramai orang-orang yang soleh? Baginda bersabda: Ya, jika banyak berlaku kemaksiatan.

(Muslim : 5128)

Wallahualam. Sedikit nukilan dari aku yg cetek ilmu....

Photobucket

MUSCOM Nomination Day

Musolla Community

Tibalah sudah proses pertama pemindahan kuasa daripada kami kepada junior. Sapekah yg bakal menggantikanku? Aku buntu. Serius, xde idea langsung. Teringat pesan Syak dulu:

"Kalau ko nak carik pengganti Syumul nanti, jangan cari yg pandai komputer semata-mata, tapi carilah yg bersemangat n muhasabah"

Aku memang setuju sangat ngan Syak. Bagi aku, klu pandai komputer camne skalipun, kalau xde passion buat kerja, xkan ke mana. Kalau bersemangat, walaupun xde ilmu dlm komputer, dengan semangat tu, die akan berusaha untuk belajar memajukan diri. Ilmu senang untuk diajarkan, tetapi camne nak dapatkan semangat dan muhasabah tu?

Allah berfirman:

وَالَّذِينَ جَاهَدُوا فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا وَإِنَّ اللَّهَ لَمَعَ الْمُحْسِنِينَ

Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.

(Al-Ankabut : 69)

Ingatlah janji Allah ni. Kalau kiter berjihad, yakni berusaha bersungguh-sungguh, kita kan dipimpin ke jalan-jalan yg diredhai Allah. Jangan jadikkan tugas sebagai beban, jadikkan tugas tu sebagai tanggungjawab.

Nomination form dah pun dibagi kepada sume student smalam. Dan aku telah bertugas mengedarkan form2 tersebut di kampung Sapphire dan Kampung Sebrang. Zaim dan Afiq menemankanku. Smalam, sambil kitorg berjalan bersama, kami menyanyikan lagu kau Kawan, Sahabat dan Teman. Satu bait lagu tu:

"Dan kini, dipisahkan, dua benua, saling mengejar cita"

Afiq dan Zaim terasa, kerana kebarangkalian untuk mereka ke Aussie amat tinggi. Dan kami sependapat, bahawa lagu ni, menepati tema MUSCOM. Huhuhu...

Dah nak serahkan jawatan. Muhasabahlah, ape yg dah aku lakukan setahun ni? Aku sentiasa berdoa, agar penggantiku nanti adalah jauh lebih baik dari aku....

Photobucket

Sunday, February 17, 2008

Frenly KMS


Hari ini, Kolej MARA Seremban yg of course terletak di Seremban, bertandang ke kolej kami untuk perlawanan persahabatan untuk beberapa sukan, iaitu bola sepak dan bola tampar, atau nama lainnya, volleyball.

Hari ni bermula macam hari2 Ahad baser. Aku ke DH untuk makan breakfast favourite, nasi lemak. Pastu, balik ke bilik, baca buku dan menunggu kedatangan Meor dan Hafiz. Setelah keletihan berbincang tentang presentation Biology esok bersama Meor dan Hafizuddin, aku bercadang untuk menonton perlawanan bloa sepak. Dan, Afiq turut serta bersama aku turun ke padang.

Muzzein menjadi Manager manakala Kamal Nuklear jadik assistantnye. KMS boleh dikatakan lawan yg hebat, terlatih dan perlawanan agak sengit. Even KMS x banyak sgt pemain mcm KYUEM, namun, stamina diorg membuat aku tabik spring kepada mereka. Muzzein agak glabah apabila pasukan kolej beberapa kali ketinggalan dan miss beberapa cubaan. Defense plak agak lemah. Beberapa kali dibolosi ngan mudah. Muzzein x dapat memikirkan cara lain selain mengeluarkan senjata rahsia pasukan kolej, iaitu dirinya sendiri. Namun, lebih kurang 5 minit masuk, Muzzein disub semula.

Dan keputusan akhir, KYUEM 4, KMS 3. Muzzein terduduk lega. Aku trus balik chalet, membasuh baju dan bersedia untuk lunch.

Photobucket

Dikir Barat Interhouse

Malam ni, berlangsungnya pertandingan dizkir barat interhouse. Aku hanya pegi ke GH selepas solat Isyak. Tu pun lepas aku, Yahya, Kerul n Afiq ke kafe dulu. Berbekalkan sebungkus roti coklat, kami bergerak ke Great Hall.

Sewaktu kami tiba di Great Hall, pasukan Diamond sedang membuat persembahan. Aku tertanya-tanya. Topaz da abis ke. Aku bertanya kpd Epi, dan die pun mengatakan yg Topaz da abis wat performance. Pasukan Diamond amat menghiburkan. Nampak sgt diorg x bersedia n keras giler pergerakan diorg. Tapi, agak terhibur ngan telatah Vellu. Aku suke tgk keharmonian antara kaum ni.

Then, pasukan Garnet plak punye turn. Yg aku suke psl persembahan Garnet, ialah semangat Tukang Karut kedua, iaitu si Isa. Gelagat die yg pelik, serta gaya selamba menghangatkan suasana. Ayat pun siap campur2 ngan English. Dengan menari di depan org.

Judge untuk pertandingan ni adalah dari UPSI (kalau x silap). Aku tertanya-tanya. Malunye... sebab diorg ni professional, nak mengadili persembahan yg entah ape2. Dengan x serius, bahasa rojak yg kronik, dan pelbagai lagi. Apakah yg mungkin diperkatakan oleh judge2 ini?

Ketika persembahan kumpulan Sapphire, aku bingkas bangun dan meninggalkan Great Hall. Dalam perjalanan balik, aku singgah ke kafe untuk membeli skit bekalan masa hadapan berupa makanan dan air teh ais.

Di chaler, beberapa minit kemudian, aku mendapat berita yg Topaz menang dikir barat.

Photobucket

Saturday, February 16, 2008

Bye, bye IELTS (for seniors)

Aku berjalan untuk ke kelas fizik di block 6 tadi. Kelihatan sunyi jer kawasan block kelas. Disebabkan still awal, aku menggerakkan badan ke RC, untuk duduk jap, sambil menunggu tibanya block 6.

Dalam pukul 12.05 tghari, kelihatanlah bebudak IELTS yg dah abis periksa, masing2 menuju ke RC. Muka puas dan keseronokan terpancar di wajah mereka. Yelah, dah abis satu penyeksaan, dan bertambah satu free block. Tapi, ada gak yg agak kecewa, sebab ada soalan yg x dapat dijawab dgn baik.

Pada pukul 12.14 tghari, aku bergerak ke kelas fizik bersama-sama Apen. Kami juz buat past paper, planning n design iaitu paper 5. Bile dapat je paper tu, aku berkerut. Apekebenda la ni? Ya Allah, aku xde idea langsung. Ku lihat Ee Yun, Mu'adz dan Afiq bertungkus lumus menulis jawapan, namun, aku, Muiz n Apen hanya mampu menconteng kertas, tanpa sebarang makna.

Kami kluar kelas pada jam 12.55. Of course, terus bergerak ke Dining Hall. Makan ikan keli ari ni. Nyummm. Ntah nape, kami terpaksa beratur di bahagian perempuan, adakah kami terlambat? Ape nak buat, beratur je lah. Panjang giler line terpaksa beratur. Adeyh.....jarang sekali terpaksa beratur begini.

OK...Zuhur prayer time....
Photobucket