>

Monday, May 17, 2010

sAsPEN

بسم الله الرحمن الرحيم

Anda fikir menonton perlawanan piala Thomas antara Wong Choong Hann dan Jan O Jorgensen tu sudah cukup sengit dan menimbulkan perasaan sAsPEN dalam diri anda? Anda fikir perlawanan Chelsea dan Portsmouth untuk merebut FA Cup itu sudah cukup sengit dan sAsPEN? Meh aku ceritakan perkara lagi sAsPEN.

Sepertimana yang dah sume org tahu (atau kepada yang tak tahu, ni nak beritahu), hari ini merupakan 16 May 2010. Ada apa dengan 16 Mei? Ye, Malaysia menyambut Hari Guru pada tarikh ini. Maka, berbondong-bondonglah ucapan Selamat Hari Guru diterima oleh para guru seluruh Malaysia.

Namun, 16 Mei pada tahun ini sedikit berbeza. Pada tahun ini, Sibu menyaksikan persaingan sengit dalam pilihanraya merebut kerusi parlimen antara 3 penjuru; BN, PR dan Bebas. Jika dilihat kronologi drama pilihanraya kali ini, lebih menarik dan sAsPEN daripada membaca Harry Potter and the Half-Blood Prince mahupun menonton filem Law Abiding Citizen. Pada jam 9 malam, dikatakan wakil DAP mendahului dengan hampir 2000 undi. Namun, penyelamat BN iaitu undi pos mengakibatkan pemimpin DAP pucat seketika apabila dilihat undi BN semakin meningkat, ada kemungkinan kemenangan bertukar tangan.

Kemudian, klimaks drama ini apabila SPR lewat mengumumkan keputusan, sepertinya ada sesuatu sedang berlaku. Semua orang sAsPEN, keletihan dan ketegangan sedikit apabila keputusan lambat diumumkan. Namun, akhirnya, keputusan rasmi diumumkan dan nampaknya DAP merampas kerusi Parlimen Sibu dengan majoriti tipis 398 undi.

http://www.harakahdaily.net/v2/images/stories/berita/15-21mac/vbv.jpg

Nampaknya, rakyat Sibu menyahut seruan Jom Ubah oleh DAP. Nampaknya, mungkin tsunami perubahan di UK ni sampai ke Sibu?

Walaupun dijanjikan RM 5 juta oleh perdana menteri kita, Najib, namun, rakyat Sibu tetap memilih DAP. Mengapa?

Tell me Why? Coz I don't understand - nyanyi dengan nada Declan Galbraith

Dan aku sedikit terkilan melihat video ini:


Senang-senang je negotiate RM 3 juta jadi RM 5 juta macam negotiate apam balik di pasar malam Ampang Indah? Beza RM 2 juta kowt, boleh beli sejuta apam balik!!!

Namun, setelah kalah ini, adakah rakyat Sibu akan dibiarkan di dalam banjir? Mungkin ini nasib mereka sebab x sokong BN.

Ada beberapa teori tentang kekalahan BN di Sibu oleh beberapa penganalisis tidak bertauliah. Antara teori yang paling menarik adalah ini:

Rosmah menghiburkan pengundi Sibu


Mungkinkah ini menjadi faktor kekalahan BN? Wallahu'alam.

Moga yang terbaik untuk Islam (keadilan, kebajikan dan integriti)

Photobucket

No comments: