بسم الله الرحمن الرحيم
Logo MOC 2010
Muslim Overseas Camp merupakan antara program ‘pre-departure’ yang terawal diwujudkan. MOC diwujudkan atas inisiatif pelajar KYUEM untuk membantu pelajar KYUEM sendiri atas kesedaran tentang keperluan untuk mewujudkan suatu program khas bagi membantu para pelajar mempersiapkan diri selaku Muslim ke luar negara.
Pada zaman awal diadakan, tiada nama MOC, sebaliknya, ianya sekadar dipanggil program ‘pre-departure’ anjuran MUSCOM. Berkat kegigihan generasi terawal, ‘pre-departure’ MUSCOM melahirkan ramai graduan yang berguna kepada masyarakat. Saban tahun, generasi baru menyambung mata rantai perjuangan yang ditinggalkan oleh senior-senior mereka.
Namun, perjalanan MOC tidaklah mudah dan lancar. Dengan cabaran dan ujian, menjadikan manusia itu lebih matang dan berfikir. Pada tahun 2004, iaitu ketika pre-departure batch ke-5, suatu tragedi melanda AJK pre-departure MUSCOM.
AJK pre-departure MUSCOM ketika itu ingin menggunakan Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) untuk melaksanakan program. Maka, apabila INTAN menyemak modul program, dirasakan program pre-departure ini terlalu ‘islamic’ maka, semua pelajar JPA ketika itu diharamkan daripada menyertai promgram pre-departure MUSCOM. Melihatkan keadaan itu, bagi menjaga nama baik kolej, pihak pengurusan kolej menarik semua bajet yang diberikan untuk melaksanakan program pre-departure MUSCOM pada tahun itu.
Buntu. Tiada sumber kewangan menjadi suatu masalah besar untuk perlaksanaan program. Namun, atas semangat yang tinggi, batch 5 masih menjalankan program dengan melakukan pengorbanan yang besar, iaitu dengan menggunakan duit mereka sendiri. Hebat!
Tahun berikutnya, wang yang sepatutnya diperuntukkan untuk pre-departure batch 5 diberikan kepada MUSCOM. Akibat lebihan duit tersebut, MUSCOM menggunakan bajet tersebut untuk mengadakan Muslim Youth Camp (MYC). MYC dilahirkan sewaktu batch ke-6 dan mendapat sambutan yang menggalakkan dan dianggap sebuah kejayaan.
Komiti pertama MOC selepas penjenamaan semula
Jadi, MUSCOM batch 6 di bawah pimpinan saudara Hazman Hadi mendapat inspirasi untuk melakukan penjenamaan semula program pre-departure MUSCOM. Mengambil semangat daripada kejayaan MYC, program pre-departure MUSCOM diberi nama Muslim Overseas Camp (MOC). Bermula saat itu, MOC dilahirkan dan menjadi suatu legasi dari satu tahun ke tahun sehinggalah kini.
Alhamdulillah, setiap tahun, MOC berjaya dilaksanakan dan berjaya melahirkan para graduan yang berdikari serta mampu menyumbang kepada agama dan masyarakat. Pengisian di MOC terbukti berkualiti dan menjadi model untuk program pre-departure yang lain. Moga MOC akan diteruskan dengan jayanya, maka, siapa lagi yang ingin menyambung mata rantai perjuangan ini jika bukan anda sendiri?
2 comments:
3 orang dalam komiti hazman ahli rumah ak dowh..bangga seyh..
salam wbt..
benar orang kata, apabila kita tak tahu sejarah, kita akan kurang menghargainya.. hadoiii..
tiba2 rasa bersemangat untuk turut menyumbang demi menebus rasa bersalah sebab kurang peduli sebelum ni.. tengkiukkk..
daYang
Post a Comment