>

Wednesday, May 5, 2010

Kursus Pra-Perkahwinan: Warwick 2010: Day 2

بسم الله الرحمن الرحيم

Keletihan. Kami semua amat keletihan selepas tamatnya hari pertama. Keesokan harinya, cuaca sedikit mendung dan berangin. Lebih dingin daripada semalam. Aku, Hypo, Kerul, Iwan dan Dzull berjalan kaki menuju ke tempat menunggu bas untuk ke universiti. Alhamdulillah, Akmal datang sebagai hero dengan menjemput kami menaiki mercedeznya menuju ke universiti.

Hari ini, ustaz menyambung sedikit berkenaan urusan talak, nusyuz dan sebagainya. Lebih banyak sesi soaljawab ditujukan. Kemudian, kami dipecahkan kepada kumpulan untuk case study beberapa situasi. Situasi yang diberikan agak menarik dan ada kalanya, kita sendiri sukar untuk menentukan apa yang perlu dibuat. Latihan yang bagus untuk berfikir.

Kemudian, menjelang jam 4 petang, kami menamatkan kursus dan sesi muhasabah. Kami sempat bergambar beramai-ramai sebelum masing-masing membawa diri ke destinasi masing-masing.


Aku pula, dijadualkan pulang ke London pada jam 6 petang menaiki MegaBus. Aku terharu apabila Iman, Hypo dan Izzat sanggup menghantarku sehingga ke stesen bas dan menunggu sehingga aku naik ke atas bas. Sweet kan?

Moga segala pengisian yang didapati di dalam kursus ini dimanfaatkan, jika tidak dalam masa terdekat, pada masa hadapan. Terima kasih iluvwarwick dan warga warwick yang mesra rakyat.


Photobucket