بسم الله الرحمن الرحيم
Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu. (an-Nisa':1)
Jumaat lepas, selepas sahaja habis kelas, aku menuju ke Victoria Station untuk menaiki bas ekspres terus ke Warwick. Dengan harapan mencedok seberapa banyak ilmu daripada Kursus Pra-Perkahwinan yang akan dijalankan sepanjang hujung minggu. Bas Megabus berwarna biru (oh, x suka biru, suka hijau) meluncur laju menuju ke Coventry.
Siang diganti malam. Aku lihat ke luar jendela bas yang bergerak laju. Cuaca semakin malap. Aku dapat lihat awan hitam bergerak perlahan memenuhi langit. Petang ini sedikit mendung. Aku berdoa agar perjalananku ini dipermudahkan Allah.
Alhamdulillah, sampai ke Cannon Park, University of Warwick pada jam 8.54 malam. Lebih sweet lagi apabila aku terus dijemput oleh Hypo dan Akmal dengan kereta Mercedeznya, Turut bersama di dalam kereta adalah Iman, Izzat dan Azri dari Birmingham. Seperti dijangka, kami ceria bertemu sesama kami dan meriah sungguh kereta Akmal. Akmal menghantar aku dan Hypo terus ke rumah mereka yang bernombor 26, Collingwood Road itu. Aku disambut oleh Zul, Najib dan Iwan. Kerul pula, masih belum pulang.
Malam itu, kami makan ayam Madras spesel masakan Hypo dan berborak-borak. Kerul pulang menambahkan lagi kemeriahan rumah tersebut. Kami tidur menjelang jam 1 pagi. Keletihan.
Esok pagi (of course setelah bersolat Subuh), kami bersiap untuk ke Kursus Pra-Perkahwinan. Kerul, Dzull dan Hypo nampak bizi sebab mereka adalah AJK Penganjur. Kami bergegas sehingga tidak sempat bersarapan. Kami menunggu bas dan dari situ, kami terus ke universiti.
Walaupun dikatakan dalam tentatif, pendaftaran bermula pada jam 9.30 pagi, namun, tiada orang juga kunjung tiba menjelang 9.30 pagi. Misteri. Namun, ini memberikan cukup masa buat Kerul, Hypo dan Dzull untuk membuat persiapan akhir. PA System diperiksa begitu juga meja pendaftaran.
Menjelang jam 9.50 pagi, hadirin mula tiba memenuhi dewan. Namun, program hanya bermula pada jam 10.30 pagi setelah hampir semua hadir. Ustaz Erfino memulakan kursus dengan berkenalan dengan semua peserta. Ustaz Erfino memang terkenal dengan kebolehan beliau mengingati nama orang. Memetik apa yang disebut oleh Abbas as-Sisiy dalam bukunya at-Thariq ilal Qulub (Jalan menuju ke hati), mengingati nama orang dengan betul mampu menautkan hati orang tersebut kepada kita. Maka, orang itu akan lebih percaya dan akan lebih dekat dengan si penyampai.
Ustaz Erfino membuka kursus dengan membentangkan statistik perceraian di Malaysia. Sungguh membimbangkan. Pada tahun 2006 dan 2007, seramai 77000 pasangan dilaporkan telah bercerai. Apalah erti perkahwinan itu andai senang-senang nak bercerai. Antara faktor utama yang dilaporkan menjadi punca perceraian, adalah kewangan.
Allah menciptakan lelaki dan perempuan berbeza untuk saling berkenalan antara satu sama lain. Masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangan, namun, memerlukan antara satu sama lain. Jadi, perkahwinan merupakan satu cara yang halal seorang lelaki mengenali perempuan. Malah, di sisi Allah, tiada beza antara hambaNya yang perempuan atau lelaki, yang berbeza hanya ketaqwaan kepada Allah. Allah berfirman:
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). (al-Hujurat:13)
Hubungan suami dan isteri adalah diibaratkan seperti abang menjaga adiknya, malah lebih daripada itu. Si abang akan bersikap 'protective' terhadap adiknya dan akan sentiasa menghalang adiknya melakukan apa yang tidak elok dan membahayakan diri. Di antara pasangan ini, wujudnya sifat kasih sayang yang menautkan hubungan mereka itu. Firman Allah:
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir. (ar-Rum: 21)
Namun, di dalam ayat ini juga terdapat perkataan belas kasihan. Ya, di samping sifat kasih sayang, perlu juga ada sifat belas kasihan di antara suami dan isteri. Perasaan kasih dan sayang ini hanya terbatas pada perkara kesenangan fizikal. Namun, belas kasihan ini amat penting di kala pasangan mempunyai masalah, dan apabila pasangan sudah menjadi tua.
Dihalalkan bagi kamu, pada malam hari puasa, bercampur (bersetubuh) dengan isteri-isteri kamu. Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahawasanya kamu mengkhianati diri sendiri, lalu Ia menerima taubat kamu dan memaafkan kamu. Maka sekarang setubuhilah isteri-isteri kamu dan carilah apa-apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kamu; dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam kegelapan malam), iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib); dan janganlah kamu setubuhi isteri-isteri kamu ketika kamu sedang beriktikaf di masjid. Itulah batas-batas larangan Allah, maka janganlah kamu menghampirinya. Demikian Allah menerangkan ayat-ayat hukumNya kepada sekalian manusia supaya mereka bertaqwa. (al-Baqarah: 187)
Di dalam ayat di atas, dinyatakan bahawa isteri dan suami adalah pakaian kepada masing-masing. Kenapa dikatakan pakaian? Terdapat falsafah di sebalik pakaian ini. Pertama, pakaian menutup aurat dan keaiban. Kedua, pakaian ini adalah suatu pakej, datang satu set. Dan ketiga, adalah melambangkan kesucian hubungan suami isteri tersebut.
Alamak, ni baru satu per lapan pengisian ustaz. Jika nak pengisian penuh, boleh dapatkan rakaman kursus melalui blog:
http://iluvwarwick.wordpress.com/
Moga bermanfaat.

5 comments:
jpah! mana ada rakaman kat blog iluvwarwick? kene klik kat mana2 ke?
mereka x upload lagi, bersabar ye
ayat ko tu seolah2 dah ada. saspen mcm dah ada
mat sabu...anda tentukan..
owh..ak minat biru juga..tapi,ak suka juga org yg minat hijau (bukan Jpah je minat hijau..) =)
selamat menjaga 'adik" ko sebaik mungkin!
Post a Comment