بسم الله الرحمن الرحيم
Alhamdulillah, Allah masih memberi aku kesempatan untuk hidup sehingga hari ini. Betapa besarnya nikmat dan pemberian Allah.
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan.
(ar-Rahman 55:13)
1431 Hijrah, itulah kiraan tahun baru Islam. Selamat datang 1 Muharam. Dan malam ini, London menyambut tahun baru dengan salji yang menghujani. Suasana sejuk dan berangin dirasakan. Jalan beransur-ansur menjadi putih. Teringat peristiwa tahun lepas.
Disebabkan kebanyakan universiti di London ini menghampiri cuti yang akan bermula weekend ni, maka, suasana di majlis ilmu MSD tadi agak suram. Hanya beberapa orang sahaja kelihatan. Yang lain, maybe dah melancong ke mana-mana mahupun sudah malas bergerak kerana suasana sejuk yang menggigit. Makanan pula, agak banyak, hehe. Kami makan pulut kuning dan nasi lauk, jangan dilupa, teh tarik dan jus. Seperti biasa, warga Lapworth Court antara yang bertanggungjawab memastikan makanan di MSD tidak dibazirkan. Hehe.
Menaiki basikal merentas hujan salji, sungguh memedihkan. Aku x pakai gloves, sbab Pokloh pinjam. Deruan angin membekukan jari jemariku. Pedih. Rasa macam jari aku dah beku dan nak putus. Mata pula berair sebab angin sejuk masuk mata. Rasa lama sungguh perjalanan naik basikal ke rumah.

1 comment:
Salam Maal Hijrah. Take care.
Post a Comment