>

Sunday, December 20, 2009

Perkahwinan yang menghangatkan musim sejuk

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah, hari Rabu lepas, telah selamat Kak Nora dan Abang Faizal diijab kabulkan. Pada hari Sabtu pula, mereka mengadakan walimatul urus mereka yang bertempat di Surrey. Jadi, kami (warga London) diminta untuk membantu sedikit sebanyak dalam perjalanan majlis berkenaan.

Pada hari Jumaat malam, kami bertolak ke Surrey menaiki tren dari Waterloo. Namun, takdir Allah, kami tersilap naik tren dan menaiki tren selama sejam ke Guildford. Xpela, banyak lagi masa kami untuk membaca dalam tren. Sesampainya kami di Guildford, kami disambut oleh Kak Nora dan abang Faizal dan terus dibawa ke rumah mereka dan dijamu dengan nasi dan lauk yang best.

Kami bermalam di bilik Miji, seorang warga Surrey. Miji dan rakan2 beliau ke luar negara, berjaulah katakan. Esok, kami dikehendaki bekerja keras, jadi, kami tidur agak awal untuk memastikan cukup tenaga untuk bekerja keras esok.

Keesokan harinya, seawal pagi, kami dijemput oleh abang Faizal dan Man (adik kak Nora) ke rumah mereka. Sekali lagi, kami dijamu dengan sarapan bersama keluarga kak Nora dan abang Faizal. Lepas kenyang, kami mengangkat barang ke tempat majlis akan berlangsung, yakni di Quiet Centre. Sungguh 'quiet' keadaan di sini.

Sementara menunggu kedatangan tetamu, kami sempat berlegar sekeliling universiti. Salji tidaklah tebal mana, tapi at least, lebih ketara dari di London yang hanya mampu buat snowman sebesar semut. Namun, kami menjadi agak excited dan tidak menghiraukan kesejukan partikel putih tersebut. Berikut merupakan gambar2 kami bermain salji:


Bersama Man, adik kak Nora

Faris jambu

Salam perantau

Menjelang jam 11.30 pagi, tetamu mula memenuhi kawasan. Ramai muka-muka baru yang aku nampak, maka, berkenalanlah dengan kenalan baru. Namun, muka yang dikenali turut dijumpai. Mereka adalah Najib, Syahmi dan abang Ramizi (semua datang bersama keluarga) dari Soton.

Majlis dijalankan sederhana, namun tetap amat meriah. Kami dijamu dengan makanan yang amat sedap dimasak sendiri oleh warga Surrey yang sungguh rapat komuniti mereka. Turut tidak ketinggalan, hiasan dewan yang dibuat sendiri oleh warga Surrey. Sedikit jelez dengan keakraban komuniti mereka. Bilela London nak jadi camni?

Di Pelamin

Najib dan Syahmi memandang pengantin sambil mengenang
kenangan kahwin mereka


Lapworth bersama pengantin

Menjelang jam 4 petang, majlis beransur tamat dan sesi seterusnya adalah dengan mengemas. Kami turut menolong mengangkat barang2 ke rumah. Ku lihat pasangan baru ini, sungguh gembira mereka. Moga diberikan kebahagiaan dunia dan akhirat.

Kami berangkat pulang ke London menjelang 6 petang. Sesampainya di Paddington, kami singgah ke St Mary's Hospital (kepunyaan Imperial College) untuk menziarahi Pokloh yang dimasukkan kembali ke wad selepas pembedahan kerana infection pada kakinya. Kelihatan beliau amat lemah, namun, tetap berusaha untuk senyum kerana meraikan kedatangan kami. Moga cepat sembuh!!!

Pokloh yang masih senyum walau menanggung kesakitan:
lihatlah matanya yang bergenang


Photobucket

4 comments:

Hohn said...

salam bro, i think this is one of the best entry ever,

Kepada Pokloh, be happy at the hospital. seronok berjumpa dengan doktor2 dan nurse2 kat sini.

KEpada Kak Nora selamat bernikah dan semoga ceria hingga ke akhir hayat.

w'salam

Hohn said...

salam bro, i think this is one of the best entry ever,

Kepada Pokloh, be happy at the hospital. seronok berjumpa dengan doktor2 dan nurse2 kat sini.

KEpada Kak Nora selamat bernikah dan semoga ceria hingga ke akhir hayat.

w'salam

Hamedullah Muhammad said...

mana ada mata bergenang...dah lap sebelum ambik gambar tu

2mi baik said...

wah, warga 'surrey yg rapat komunitinya'? sape tu?? hehe. london nak je jadi, tp ko yg tanak buat. ak tegur buat bodoh aje. =,= haha