>

Wednesday, December 9, 2009

Dakwah itu bukan eksklusif

بسم الله الرحمن الرحيم

Sekadar renungan:

http://drmaza.com/home/wp-content/lawak1.jpg

Isu tauliah yang sensitif kebelakangan ni, termasuk di UK.

Mungkin isu tauliah yang sering kedengaran di dada akhbar Malaysia (dan juga blog) ini menimbulkan banyak pendapat. Maklumlah, lain kepala manusia, lain pula sudut pandangan dan cara pemikiran. Semua cara yang berbeza ini haruslah diraikan. Jika ada perbezaan pendapat, haruslah diselesaikan dengan perbincangan, bukannya dengan memulaukan secara melulu, memboikot individu mahupun organisasi, memburukkan serta memfitnah.

Dakwah itu bukanlah eksklusif untuk satu pihak sahaja. Dakwah itu juga bukanlah hanya mampu dilakukan satu pihak saja. Malah, setiap Muslim itu kewajipannya berdakwah. Mengapa mahu disekat pula aktiviti dakwah itu?

Di Selangor, aku faham, birokrasi menyebabkan setiap ceramah di Selangor memerlukan tauliah, ini untuk memastikan ajaran Islam yang disampaikan itu bertepatan dengan syariat dan tidak pula memesongkan aqidah umat Islam.

Namun, tidak pula aku setuju cara menangkap secara melulu, malah, kemampuan seorang ulama' tersohor tanah air ditidakkan. Lebih malang lagi apabila difitnah mempunyai kelulusan palsu!

Wallahu'alam

http://www.quran.com/images/ayat/41_33.png
Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: "Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!"
(Fussilat: 33)

Photobucket

1 comment:

joegrimjow said...

bile org kurang beragama bagi dalil