>

Wednesday, December 2, 2009

Hari Raya Korban

بسم الله الرحمن الرحيم

Dari Aisyah r.a. daripada Nabi s.a.w. sabdanya: Berkorbanlah kamu dengan hati yang redha, sesungguhnya tiap-tiap muslim yang menghadapkan sembelihannya ke arah kiblat, maka darahnya, kotorannya dan bulunya itu adalah kebajikan dan bakti kepada timbangannya pada hari kiamat.
(al-Baihaqi)

Hari Raya Korban jatuh pada hari Jumaat lepas, dan Alhamdulillah, hari Jumaat pagi lepas, tumbanglah haiwan2 yang dikorbankan untuk menjalankan ibadah yang disunatkan kepada umat Muhammad S.A.W.

Di London ini, rata-rata orang adalah kaya, x kira dari pihak pelajarnya, mahupun yang bekerja di sini, jadi, memang meriah ketika Aidil Adha, masing-masing mahu berkorban. Alhamdulillah, tahun ini, di MSD sahaja, satu lembu dan 21 kambing ditumbangkan dengan jayanya.

Isnin lepas, daging-daging korban sampai di MSD untuk diagihkan. Jadi, aku turut hadir pada petang itu. Ku masuk ke dewan MSD, kelihatan banyak daging yang telah sampai di situ. Kami dikehendaki mengagihkan daging lembu ke dalam plastik. Untuk daging kambing, Alhamdulillah, telah diagihkan oleh syarikat penyembelihan tersebut.

Teringat aku tahun lepas, aku, DZ dan Adam Tan yang bersama-sama mengagihkan daging di MSD. Tersenyum aku keseorangan memikirkan kenangan lalu.

Tahun Lepas

Tahun ini, alhamdulillah, mendapat pertolongan juga daripada Adam Hamdan dan Nik Hazwan. Kami bersama-sama melumur darah membahagikan daging korban itu. Kemudian, datanglah warga London untuk mengambil agihan daging korban tersebut. Gembira sungguh masing-masing melihat rezeki yang Allah berikan itu.

Kemeriahan Hari Raya

Moga kita belajar erti pengorbanan. Walaupun ramai terutama junior yang kata x merasa suasana raya, jadi, apa kata tahun depan datang MSD tolong agih daging? Mungkin suasana raya (ukhuwah dan kerjasama, bukan rendang dan lemang) tu dapat dirasa.

4 gambar terakhir diambil dari blog ustaz Erfino. JZKK

Photobucket

No comments: