Sunday, December 27, 2009

Fuiyo 2009

بسم الله الرحمن الرحيم

Fuiyo 2009 was a blast! Walaupun kesulitan berlaku di saat akhir sebelum program berlangsung, namun, dengan kerja keras semua pihak, dapat juga diatasi. Jumpa anda dalam Fuiyo tahun depan, insyaAllah.


Fuiyo 2009 Closing Video from Muhammad Huzaifah on Vimeo.


Photobucket

Tuesday, December 22, 2009

Ke Manchester (again)

بسم الله الرحمن الرحيم

Perjalanan Fuiyo 2009 bagi aku telah bermula. Semalam, aku, Famy dan Hanis bertolak pada jam 4.30 petang di Victoria Coach Station, London menuju ke Manchester dengan menaiki bas National Express. Perjalanan mengambil masa 4 jam setengah dan kami berhenti selama 30 minit di Services di tengah2 highway.

Lebuhraya kelihatan sedikit putih akibat salji dan ais yang membeku. Semakin keluar dari kota London, semakin banyak dan jelas kelihatan salji di tepi jalan. Sedikit kerisauan bermain di fikiran andainya berlaku fenomena Black Ice. Risau andai bas sukar dikawal dan terbabas seterusnya menghadapi kemalangan. Doa sepanjang aku di dalam bas agar perjalanan kami selamat.


Alhamdulillah, selamat sampai di Piccadily Gardens. Wah, sungguh sejuk keadaan di Manchester. Ais memenuhi jalan2 menyebabkan agak licin kami untuk berjalan. Sesekali, kami hampir tergelincir. Hanis dan Famy masing2 terjatuh, hehe. Saudara Shah ayah Pin menjemput kami di Rusholme dan terus ke rumah beliau.

Kemudian, kami terus menuju ke Rusholme untuk menikmati dinner kami. Kami memilih Jazira sebagai tempat untuk memenuhkan perut. Kemudian, target seterusnya adalah Moonlight yang begitu popular di kalangan masyarakat Manchester ini. Kami menjamu Faluda dan Aiskrim yang enak. Murah!


Ini kali ketiga aku ke Manchester, jadi tidaklah begitu excited, kecuali makan yang banyak dan murah, hehe. Shah Pin tinggal bersama Kamal, Aizat Werl dan Anam. Setiap mereka tinggal di sebuah bilik masing-masing. TQ kepada ayah Pin kerna bawa kami berjalan-jalan sekitar Manchester, termasuklah di Manchester Museum (org Manchester pun blom masuk lg)

InsyaAllah, esok akan bermula program Fuiyo 2009. Moga segalanya dipermudahkan.


Photobucket

Sunday, December 20, 2009

Perkahwinan yang menghangatkan musim sejuk

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah, hari Rabu lepas, telah selamat Kak Nora dan Abang Faizal diijab kabulkan. Pada hari Sabtu pula, mereka mengadakan walimatul urus mereka yang bertempat di Surrey. Jadi, kami (warga London) diminta untuk membantu sedikit sebanyak dalam perjalanan majlis berkenaan.

Pada hari Jumaat malam, kami bertolak ke Surrey menaiki tren dari Waterloo. Namun, takdir Allah, kami tersilap naik tren dan menaiki tren selama sejam ke Guildford. Xpela, banyak lagi masa kami untuk membaca dalam tren. Sesampainya kami di Guildford, kami disambut oleh Kak Nora dan abang Faizal dan terus dibawa ke rumah mereka dan dijamu dengan nasi dan lauk yang best.

Kami bermalam di bilik Miji, seorang warga Surrey. Miji dan rakan2 beliau ke luar negara, berjaulah katakan. Esok, kami dikehendaki bekerja keras, jadi, kami tidur agak awal untuk memastikan cukup tenaga untuk bekerja keras esok.

Keesokan harinya, seawal pagi, kami dijemput oleh abang Faizal dan Man (adik kak Nora) ke rumah mereka. Sekali lagi, kami dijamu dengan sarapan bersama keluarga kak Nora dan abang Faizal. Lepas kenyang, kami mengangkat barang ke tempat majlis akan berlangsung, yakni di Quiet Centre. Sungguh 'quiet' keadaan di sini.

Sementara menunggu kedatangan tetamu, kami sempat berlegar sekeliling universiti. Salji tidaklah tebal mana, tapi at least, lebih ketara dari di London yang hanya mampu buat snowman sebesar semut. Namun, kami menjadi agak excited dan tidak menghiraukan kesejukan partikel putih tersebut. Berikut merupakan gambar2 kami bermain salji:


Bersama Man, adik kak Nora

Faris jambu

Salam perantau

Menjelang jam 11.30 pagi, tetamu mula memenuhi kawasan. Ramai muka-muka baru yang aku nampak, maka, berkenalanlah dengan kenalan baru. Namun, muka yang dikenali turut dijumpai. Mereka adalah Najib, Syahmi dan abang Ramizi (semua datang bersama keluarga) dari Soton.

Majlis dijalankan sederhana, namun tetap amat meriah. Kami dijamu dengan makanan yang amat sedap dimasak sendiri oleh warga Surrey yang sungguh rapat komuniti mereka. Turut tidak ketinggalan, hiasan dewan yang dibuat sendiri oleh warga Surrey. Sedikit jelez dengan keakraban komuniti mereka. Bilela London nak jadi camni?

Di Pelamin

Najib dan Syahmi memandang pengantin sambil mengenang
kenangan kahwin mereka


Lapworth bersama pengantin

Menjelang jam 4 petang, majlis beransur tamat dan sesi seterusnya adalah dengan mengemas. Kami turut menolong mengangkat barang2 ke rumah. Ku lihat pasangan baru ini, sungguh gembira mereka. Moga diberikan kebahagiaan dunia dan akhirat.

Kami berangkat pulang ke London menjelang 6 petang. Sesampainya di Paddington, kami singgah ke St Mary's Hospital (kepunyaan Imperial College) untuk menziarahi Pokloh yang dimasukkan kembali ke wad selepas pembedahan kerana infection pada kakinya. Kelihatan beliau amat lemah, namun, tetap berusaha untuk senyum kerana meraikan kedatangan kami. Moga cepat sembuh!!!

Pokloh yang masih senyum walau menanggung kesakitan:
lihatlah matanya yang bergenang


Photobucket

Friday, December 18, 2009

Menemui anda di Winter Gatherings

بسم الله الرحمن الرحيم

http://www.quran.com/images/ayat/96_1.png
Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk)
(al-Alaq 96:1)

Ilmu itu sesuatu yang berharga. Jika kita lihat, amat berbeza orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu. Dengan ilmu, seseorang tidak mudah panik menghadapi dugaan hidup. Dengan ilmu, kehidupan dapat dihadapi dengan yakin dan tabah. Dengan ilmulah, umat Islam satu masa dahulu menguasai dunia.

Jadi, apakah caranya untuk menimba ilmu? Membaca merupakan suatu cara. Sejak kebelakangan ini, terlalu banyak buku2 terutama buku tentang Islam secara khusus telah diterbitkan. Dari sirah kepada fiqah, hinggalah kepada bab siasah, haraki dan ekonomi, semuanya ada. Isu-isu semasa menjadi pusat perbincangan. Jadi, jika kita ini x mengikuti isu semasa di tanah air mahupun dunia, sudah pasti kita akan ketinggalan.

Marilah membaca, khususnya di waktu cuti ini, peruntukkanlah sedikit masa membaca buku-buku sebegini. Amat malang 20 tahun kehidupan ini, kita bergelar Islam, namun amat sedikit ilmu dan pengetahuan kita tentang agama sendiri. Ini khasnya untuk diri aku ni, adeyh.

Oleh itu, IluvIslam mengadakan satu inisiatif untuk menggalakkan budaya membaca di kalangan pelajar, khususnya di UK dan Ireland ini. Jadi, insyaAllah, dengan izinNya, IluvIslam dan Nufair akan menjual beberapa buku-buku yang menarik di program2 musim sejuk UK dan Eire. InsyaAllah, kami akan menjual buku2 ini di Fuiyo, PMS dan PUISI. Jadi, jangan lupa mendapatkan buku2 ini....

Katalog buku boleh didapati di bawah:

Klik untuk imej lebih besar

Jom membaca!!!

Photobucket

Salam Maal Hijrah

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah, Allah masih memberi aku kesempatan untuk hidup sehingga hari ini. Betapa besarnya nikmat dan pemberian Allah.

http://www.quran.com/images/ayat/55_13.png
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan.
(ar-Rahman 55:13)

1431 Hijrah, itulah kiraan tahun baru Islam. Selamat datang 1 Muharam. Dan malam ini, London menyambut tahun baru dengan salji yang menghujani. Suasana sejuk dan berangin dirasakan. Jalan beransur-ansur menjadi putih. Teringat peristiwa tahun lepas.

Disebabkan kebanyakan universiti di London ini menghampiri cuti yang akan bermula weekend ni, maka, suasana di majlis ilmu MSD tadi agak suram. Hanya beberapa orang sahaja kelihatan. Yang lain, maybe dah melancong ke mana-mana mahupun sudah malas bergerak kerana suasana sejuk yang menggigit. Makanan pula, agak banyak, hehe. Kami makan pulut kuning dan nasi lauk, jangan dilupa, teh tarik dan jus. Seperti biasa, warga Lapworth Court antara yang bertanggungjawab memastikan makanan di MSD tidak dibazirkan. Hehe.

Menaiki basikal merentas hujan salji, sungguh memedihkan. Aku x pakai gloves, sbab Pokloh pinjam. Deruan angin membekukan jari jemariku. Pedih. Rasa macam jari aku dah beku dan nak putus. Mata pula berair sebab angin sejuk masuk mata. Rasa lama sungguh perjalanan naik basikal ke rumah.

http://farm4.static.flickr.com/3127/3142451763_dfa28d2740_o.jpg

Walau apa pun, moga tahun baru ini, kita semua berazam untuk menjadi Muslim yang lebih baik, moga amalan kita bertambah, moga Islam digalas dan ditegakkan.....

Photobucket

Thursday, December 17, 2009

Perihal tetamu, salji dan perkahwinan

بسم الله الرحمن الرحيم

Dalam beberapa hari ini, banyak perkara yang berlaku. Dengan deadline coursework yang dekat, study yg masih banyak perlu selesaikan, ditambah pula dengan tugas2 lain. Kemudian, rumah kami diceriakan pula dengan tetamu dari Plymouth.

Pertama kali mereka sampai ke rumah aku, aku terkejut. Eh, apakah ini? Banyaknya beg. Dengan tanpa rasa bersalah, aku bertanya:

Banyaknya beg. Nak pergi mana lagi pasni?

Rupanya, tiada ke mana lagi. Cuma London sahaja menjadi destinasi. Beg bertimbun. Macam nak pergi ke 4 negara. Maklumlah, budak baru, mesti fobia baju x mencukupi. Namun, sebenarnya, bukanlah tukar baju sgt, sebab x berpeluh pun. Lebih-lebih lagi winter ni. Jadi, tips kepada adik-adik yg excited nak travel, janganlah bawa banyak sangat baju kerna anda tidak memerlukannya pun.


Malam semalam, selepas dinner, kami berusrah sejenak bersama bebudak Plymouth. Sungguh ceria mereka ini. Pengalaman dikongsi masing-masing. Semua mereka adalah pelajar TESL. Jadi, dibandingkan dengan kami yang memang belajar sains, agak berbeza. Jadi, amat menarik mengetahui cerita mereka, termasuklah bagaimana boleh ambil TESL, dan juga apa yang dipelajari di universiti.

Pagi tadi, selepas bersarapan telur hancur dan sosej, aku bersalaman dengan tetamu ini kerna mahu bergerak ke kampus. Walaupun aku sudah xde kelas, tapi aku kena pergi juga ke kampus sebab kena hantar beberapa assignments. Cuaca semakin sejuk. Lebih sejuk dari tahun lepas aku rasa.

Sedang aku asyik membuat assignment di tingkat dua Central Library, aku pandang ke luar tingkap. Butiran halus berwarna putih kelihatan berterbangan di angkasa. Terkejut. Salji? Awal pulak salji turun tahun ini.

Aaah, sekejap je kut. X lama lagi berhenti lah tu, getus hati kecilku....

Namun, selepas bersolat Zuhur, ketika dalam perjalanan ke Malaysian Hall, salji turun dengan semakin lebat. Kelihatan jalan sudah semakin putih ditutupi salji. Tetiba, aku teringat kejadian salji lebat di London tahun lepas. Mungkinkah kejadian yang sama bakal berulang?

Kedatanganku ke Malaysian Hall hari ni bukanlah suka-suka. Tapi kerna memenuhi jemputan rakan yang bakal melangkah ke alam perkahwinan. Beliau merupakan abang Faisal (PhD, Surrey) yang akan melangsungkan perkahwinan dgn kak Nora (PhD, Surrey). Aku diminta untuk mengambil gambar mereka. Jadi, aku ditemani Faris, Im dan Iqtidar hadir di tempat kejadian.

Majlis dimulakan dengan bacaan khutbah nikah oleh ustaz Erfino. Boleh katakan ini adalah kali pertama aku berada di dalam majlis akad nikah. Namun, sedikit berbeza kerna hari ini, aku menyaksikannya di kota London. Majlis serba sederhana, tapi atmosfera yg meriah masih dapat dirasa.

Dua keluarga disatukan

Kecekalan terpancar

Abang Faisal kelihatan cekal dalam melafazkan akad tersebut, Kak Nora pula tersipu-sipu malu dalam berdebar juga. Alhamdulillah, selesai sudah majlis akad nikah mereka. Tersenyum bahagia mereka berdua bersama keluarga dan rakan-rakan. InsyaAllah, moga perkahwinan ini diberkati Allah dan semoga bahagia ke anak cucu.



http://www.quran.com/images/ayat/30_21.png
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.
(ar-Rum, 30:21)

Moga hari esok lebih baik dari hari ini. Selamat bercuti kepada semua....

Photobucket

Tuesday, December 15, 2009

Scars of Time

بسم الله الرحمن الرحيم




We loved so many, yet hated so much,
We hurt others and were hurt ourselves

Photobucket

Saturday, December 12, 2009

Perkongsian Ustaz Erfino

بسم الله الرحمن الرحيم

Perkongsian ustaz Erfino semalam, tentang keadaan terkini umat Islam Eropah. Moga bermanfaat.







Sumber: http://mmclondon.blogspot.com/
Photobucket

Wednesday, December 9, 2009

Dakwah itu bukan eksklusif

بسم الله الرحمن الرحيم

Sekadar renungan:

http://drmaza.com/home/wp-content/lawak1.jpg

Isu tauliah yang sensitif kebelakangan ni, termasuk di UK.

Mungkin isu tauliah yang sering kedengaran di dada akhbar Malaysia (dan juga blog) ini menimbulkan banyak pendapat. Maklumlah, lain kepala manusia, lain pula sudut pandangan dan cara pemikiran. Semua cara yang berbeza ini haruslah diraikan. Jika ada perbezaan pendapat, haruslah diselesaikan dengan perbincangan, bukannya dengan memulaukan secara melulu, memboikot individu mahupun organisasi, memburukkan serta memfitnah.

Dakwah itu bukanlah eksklusif untuk satu pihak sahaja. Dakwah itu juga bukanlah hanya mampu dilakukan satu pihak saja. Malah, setiap Muslim itu kewajipannya berdakwah. Mengapa mahu disekat pula aktiviti dakwah itu?

Di Selangor, aku faham, birokrasi menyebabkan setiap ceramah di Selangor memerlukan tauliah, ini untuk memastikan ajaran Islam yang disampaikan itu bertepatan dengan syariat dan tidak pula memesongkan aqidah umat Islam.

Namun, tidak pula aku setuju cara menangkap secara melulu, malah, kemampuan seorang ulama' tersohor tanah air ditidakkan. Lebih malang lagi apabila difitnah mempunyai kelulusan palsu!

Wallahu'alam

http://www.quran.com/images/ayat/41_33.png
Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: "Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!"
(Fussilat: 33)

Photobucket

Monday, December 7, 2009

East, West and Beyond

بسم الله الرحمن الرحيم

http://i117.photobucket.com/albums/o45/han_ri/animated_hr_sez-1.gif

Akhirnya, program yang ditunggu tiba jua. Program East, West and Beyond (EWB) yang dianjurkan di Birmingham ini pada Ahad lepas, telah selamat berjalan setelah jerih payah dan penat lelah warga kerja sekalian. Sekalung ucapan tahniah aku ucapkan kepada yang berusaha, moga Allah balas dengan lebih kebaikan.

Dari London, kami bertolak ke Birmingham pada jam 11 malam, sejurus sahaja selepas tamat usrah di Lapworth Court. Ahli rombongan dari London terdiri daripada Famy, Poklah, Aqmin, Hanis, Faris dan aku sendiri. Famy menjadi pemandu, Poklah sebagai navigator dan kami yang lain bertindak sebagai penceria suasana. Kereta Ciroen 7-seater meluncur laju di jalanan. Alhamdulillah, perjalanan ke Birmingham lancar, cuma kadang2 salah jalan disebabkan Tomtom yang fening.


Sampainya di kota Birmingham pada jam 1.30 pagi, kami disambut ceria oleh pengarah program, saudara Azri Unlimited atau nama formalnya, Azri YB. Setelah mengangkut barangan kami ke rumahnya, kami terus dijamu dengan nasi tomato hasil tangan beliau sendiri. Sedap sangat, x sia-sia jadi pengarah program! Beliau nampaknya gelisah menanti hari besar esok, maklumlah, orang 'besar'.

Menjelang jam 2.30 pagi, aku terlena dibuai mimpi indah. Keletihan, walaupun tidaklah memandu pun, hehe.


Keesokan harinya, kami bangun bersolat Subuh. Seluruh warga rumah Azri kelihatan bergegas dan bersiap awal. Hari ini hari besar warga Birmingham. Azri pula kelihatan segak dengan baju kemeja berwarna ungu, dengan seluar jeans yang rapi buatannya. Kagum aku melihat beliau, heh.

Pengarah program yang bergaya

Rombongan London bersiap agak lewat, kerana keletihan travel malam semalam. Disebabkan warga rombongan Londn lain masih belum siap, dan disebabkan aku perlu menghantar buku nota dan pen program buatan MMCL ke tempat program, aku menghubungi talian hayat, iaitu saudara Akmal Warwick, 'adik' kepada Faris Husaini. Beberapa minit kemudian, beliau tiba dengan kereta Mercedez baru beliau yang sudah retak cermin hadapan. Turut bersama, saudara Nazri Awang.

Aku dan Faris menaiki kereta Akmal ke tempat program. Kami sempat bersarapan nasi lemak sebelum melangkah masuk ke dewan ceramah.


Ustaz Irfan

Ustaz Hasri

Ustaz Zaharuddin

Ustaz Maszlee

Ustaz Erfino

Ceramah disampaikan oleh 5 penceramah berwibawa lagi ber'tauliah' (sensitif perkataan tauliah skarang ni, hehe). Mereka adalah ustaz Irfan dari Aberdeen, ustaz Hasri dari Sheffield, Ustaz Zaharuddin dari Leicester, ustaz Maszlee dari Durham dan ustaz Erfino dari London. Sukar untuk aku menukilkan pengisian yang diberi mereka di sini, kerana lebih sesuai mereka sendiri yang menyampaikan. Cukuplah aku katakan, kesemua pengisian mereka best dan bermanfaat sekali!

Tekun

Famy yang tekun seperti aku


Semoga aktiviti sebegini dapat dijalankan lagi, kerana bagi aku, amat bermanfaat dan membuka mata dan minda sebagai pelajar!!!!

TQ kepada semua penceramah dan yang paling best, dapat jumpa rakan-rakan serata UK...

Kepada peserta yang hadir, harap dapat sebarkan apa yang anda dapati kepada rakan yang tidak hadir. Ingatlah pesan Nabi S.A.W:

Daripada Mu’awiyah al-Qusyairi katanya, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “ Ketahuilah orang yang hadir hendaklah menyampaikan kepada orang yang tidak hadir.”
(al-Bukhari, Muslim dan Ibnu Majah)

Hafiz dan Dzull

Herman selaku MC

Hanis yang nampaknya gembira

Cha yang juga tekun

Reunion warga KISAS yang menjadi agenda kedua

Dato' Dzull dan Nazri (perhatikan HTC Hero di atas meja)

Aku dan juniorku, Izuan Pilus

Warga Warwick

Petbroku, Safwan

Pesal asyik Warwick je, adeyh

Rombongan London (tiada dalam gambar, Hanis)

Photobucket