>

Sunday, August 30, 2009

Ramadhan Bulan Ibadah

بسم الله الرحمن الرحيم

Petang tadi, aku berkesempatan berborak secara maya bersama super senior KYUEMku, saudara Firdaus Rahim yg kini di Nottingham, tidak pulang ke Malaysia. Beliau berkata:

Dah 9 ramadhan ye. Cepat kan.

Yer, tanpa disedari, sudah 9 hari kita melalui madrasah Ramadhan. Jadi, sejauh manakah kiter telah lalui Ramadhan ini? Adakah hanya berlapar dan dahaga? Adakah kiter sudah mempertingkatkan amalan kita? Jom sama2 muhasabah....

http://farm3.static.flickr.com/2567/3854404626_36eb128dc1.jpg
Madrasah Ramadhan jangan disiakan

Bercerita tentang Ramadhan, kiter x kan lepas dari bercerita tentang juadah berbuka. Setelah seharian berlapar dan dahaga, pasti, berbuka puasa itu suatu nikmat kepada mereka yang berpuasa. Glukosa ditambah kembali dalam badan menjadikan badan kembali bertenaga untuk melaksanakan ibadah pada malam hari.

Bercerita tentang juadah berbuka puasa, pasti tidak lari dari PaRam (menurut Miji) atau nama penuhnya, Pasar Ramadhan. Alhamdulillah, petang tadi merupakan kali kedua tahun ini aku ke pasar Ramadhan di Bukit Indah. Tidak kurang hebatnya. Pelbagai juadah dijual. Memang memukau mata, menaikkan selera dan menggiurkan, maklumlah, orang tengah berpuasa. Terasa ingin sahaja aku membeli semua benda. Murtabak, tepung pelita, roti John, putu piring, ayam madu, air tebu, ABC (huh?) dan banyak lagi. Kalau listkan makanan, mmg x abis!

Namun, teringat firman Allah:

إِنَّ الْمُبَذِّرِينَ كَانُواْ إِخْوَانَ الشَّيَاطِينِ وَكَانَ الشَّيْطَانُ لِرَبِّهِ كَفُوراً
Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya.
(al-Isra': 27)

Memang ketika berpuasa rasa mampu untuk makan semua benda, maklumlah, perut tengah lapar. Namun, apabila berbuka puasa, banyak makanan tidak dapat dihabiskan. Perut kekenyangan, rasa nak meletup. Akhirnya, badan letih untuk bertarawikh, dan makanan lebihan pun dibuang. Dua pembaziran telah berlaku, membazir ganjaran yang dijanjikan dan membazir makanan!

Ayam Goreng

Tepung Pelita

Ayam Golek

Kailan

Ikan bawal sweet sour

Jadi, sedikit pesanan ringkas dari aku, amalkanlah pemakanan berhemah. Gunakanlah kuasa membeli anda dengan bijaksana. Jangan diikutkan sgt nafsu makan itu. Oleh sebab syaitan dirantai pada Ramadhan ini, nafsu kiterlah yg perlu kiter hadapi. Janganlah mudah tewas dan tunduk dengan nafsu. Biarlah kita yang memperkudakan nafsu, bukan nafsu memperkudakan kita!!!

Ramadhan bulan IBADAH, bukan bulan JUADAH

Moga kita sama2 graduate dengan cemerlang dari Madrasah Ramadhan tahun ini...

(P/S: Saudara Firdaus makan ape berbuka? Dunkirk Jaya ada Pasar Ramadhan x?)

Photobucket

No comments: