>

Wednesday, August 19, 2009

PNB Camp @ Port Dickson

بسم الله الرحمن الرحيم

Seperti tahun2 sebelumnya, PNB akan mengadakan kem kerohanian dan motivasi di PNB Ilham Resort di Port Dickson. Jika tahun lepas, PNB menghantar kami ke ESQ dan kem rohani, namun, tahun ni, kami hanya dihantar ke Ilham sahaja.

Sewaktu menerima surat jemputan menghadiri kem ini, aku tersenyum. Walaupun aku demam ketika itu, aku betul2 berazam untuk menjadi sihat menjelang kem ini. Walau apa pun, aku mesti hadir ke kem ini, sebab aku masih teringat permintaan Yorke, Fikri dan Syahir ketika hari pertama OBS mereka:

Kitorg nanti x dpt pegi MOC, ape kate ko buat sesi khas untuk kitorg?

Pada hari Isnin itu, abah menghantarku terus ke menara PNB, Jalan Tun Razak. Aku singgah sebentar di ATM Machine berhanpiran untuk top up kredit dalam handphoneku. Sedang aku mencocok kad ke dalam mesin, terdengar suara sayup2:

Jpah...... Jpah............

Aku menjadi suspicious. Suara siapakah ini? Aku melihat sekeliling dengan berhati2. Suatu lembaga muncul dari belakang mesin. Wah, Dzull Fefry rupanya. Buat cemas je. Bibirku tidak dapat menahan daripada mengukir senyuman. Sudah lama tidak bertemu.


Kami masuk ke dalam menara PNB. Kelihatan Shukri, Za'aba (junior2 Imperialku), Fikri dan Syahir di dalam. Kelihatan juga Izzat (Ashley) dan Husin Mitos di situ. Kami bersalaman dan beramah mesra. Keadaan sedikit bingit dan meriah. Tidak lama kemudian, Kerul, Fitri, Apen dan Nazri pun turut datang. Bertambah seronok dan meriah keadaan.

Apen memberi pengisian

Di dalam bas menuju ke Port Dickson, aku mengedarkan Students Survival Guide yg telah dibuat oleh IluvIslam. Sambil2 menunggu sampai ke destinasi, kami berbincang2 isi kandungan SSG tersebut.

Di PNB Ilham Resort, kami ditempatkan di apartment2 keluarga 3 bilik. Aku duduk bersama Kerul, Fitri, Apen, Dzull dan Nazri. Setiap bilik ada 2 katil. Aku duduk di master bedroom bersama Kerul. Apartment sebelah kami adalah apartment junior lelaki kami.


Berlainan dengan kem rohani tahun2 lepas, kem tahun ni menampilkan fasilitator dari Saidina Smart Consultancy. Dan, modul tahun ni lebih kepada pembinaan diri dan motivasi instead of keagamaan seperti tahun lepas. Tahun ini juga, lebih banyak LDK berbanding ceramah, which aku x brape gemar sangat, huhuhu.

Kem kami kali ini agak kontroversi. Maklumlah, kami yg datang ni agak kritikal pemikirannya (cewah). Dan modul yg dibentangkan pula seakan kabur objektif dan matlamat.

Saya x setuju bahawa aktiviti ini menjadi titik ukur keikhlasan seseorang, salah seorang dari kami bersuara.

Benarkan saya habis berhujah dahulu, tegas salah seorang dari kami apabila fasi cuba menyampuk

We want to exercise our rights for not doing this activity, salah seorang pula berkata

Tiada kaitan perkara ini dengan emosi, salah seorang pula berhujah

Huhuhu, sian gak aku lihat fasi2 ni. Entahla, antara kami terlalu keras kepala atau terlalu kritikal. Atau mungkin modul yg dilaksanakan itu terlalu childish, sehingga fakta2 ditwist dan dimanipulasi. Sebab itula banyak yang kami persoalkan. Maaf kepada para trainers, jenuh mereka nak menjawab kami.

Petang hari kedua, kami dilepaskan awal, jadi, kami menggunakan peluang ini untuk bergembira di dalam kolam renang. Aku, Kerul, Nazri, Apen, Dzull, Shukri, Fikri, Yorke dan Syahir bersama2 terjun ke dalam kolam renang yg hanya setinggi 1.35 metre je.

Fikri ngan somersaultnye


Secara keseluruhannya, aku gembira bertemu rakan2, maklumlah, dah agak lama terperap di dalam rumah. Sekali sekala berada di luar, beraktiviti bersama, terasa manis dan indah. Itulah sebabnya kami memilih tema kami sendiri, yakni:

Ukhwah Fillah


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:” Tidak sempurna iman seseorang dari kamu sehingga ia suka saudaranya mendapat (kebaikan seperti) apa yang ia sendiri suka mendapatnya.”
Riwayat Bukhari dan Muslim

Kami x batchist

Photobucket