>

Wednesday, August 12, 2009

38.9

بسم الله الرحمن الرحيم

Dua hari lepas, selepas bermain boling di Ampang Point bersama rakan2 London, aku terlantar di rumah. Letih. Bukan sekadar letih bermain boling, tapi aku rasa kepalaku berdenyut, pening2, dan rasa badan letih sangat.

Menjelang malam dua hari lepas, keadaanku bertambah teruk. Seluruh badanku sudah menjadi lemah. Aku hanya mampu terlantar sahaja. Aku makan dua biji Panadol, dan keje tidur sahaja. Suhu badan aku disukat menggunakan termometer yg ada di rumah. 38.9 celcius. Adeyh, tingginya. Suhu badan normal adalah 37 darjah celcius. Dan apabila suhu mencapai 40 darjah celcius, itu sudah membahayakan nyawa.

Pagi smalam, abah membawaku ke klinik. Berjumpa dgn doktor yg mmg dah biasa berjumpa aku:

Huzaifah, bile balik?

Dah nak sebulan dah, aku jawab

Lepas balik ni, awak slalu kluar ke? doktor tanya.

A'ah, saya kluar, jumpe kawan2, aku jawab selamba

Haaa? Awak tahu x bahaya?

Setelah mendengar lecture dari doktor, aku diberikan beberapa ubat dan antibiotik.

Kalau dalam masa 3 hari, demam awak x elok lagi, datang balik yer...

Urm, doakan aku sihat dan selamat.......



Photobucket

No comments: