>

Saturday, August 22, 2009

Bertabahlah

بسم الله الرحمن الرحيم

Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.
(Ali-Imran: 185)

Menerima mesej dari seorang sahabat tentang pemergian bapa kepada Hafizuddin ke rahmatullah. Terkejut. Namun, jauh di fikiran, aku berasa sedih. Niat di hati ingin menelefon, namun, jari tidak mampu mendail nombor. Dan aku sendiri tidak yakin, adakah lidahku mampu berkata2.

Bertabahlah sahabat. Beliau yg ku kenal merupakan seorang yang amat gigih dan tabah. Namun, kali ini, ujian yg menimpa sungguh hebat sekali. Aku berharap untuk berada bersama beliau.

Marilah bersama-sama pada bulan Ramadhan ini, kiter mendoakan ayahanda saudara Hafizuddin agar mengecapi nikmat syurga. Bagi yang masih hidup, ingatlah, ini merupakan peringatan daripada Allah, moga kiter sama2 bersedia menghadapi mati.....

Teruslah senyum, sahabat....

Bilakah kan tiba waktuku???

Photobucket

No comments: