>

Sunday, July 5, 2009

Ustaz

بسم الله الرحمن الرحيم

Kejadian ini berlaku kepadaku beberapa hari lalu, di Surau Al-Huda, Taman Rasmi Jaya....

Azan Asar berkumandang. Sahut menyahut kedengaran sebab surau dan masjid dekat2 je. Sungguh rindu suasana ni, hampir 8 bulan di London, tidak mendengar azan yg berkumandang kuat di angkasa. Aku keluar dari rumah menuju ke Surau Al-Huda.

Aku sampai ke dalam surau, Haji Bakar yg melaungkan azan. Tak ramai orang dalam surau, maklumlah, hari kerja, memangla orang tidak ramai duk di rumah.

Iqamat dilaungkan, saf dibentuk. Namun, sejadah imam masih kosong. Tolak menolak antara pakcik2 ni berlaku, dan akhirnya, aku yg ditolak ke depan. Maka, aku mengimami solat Asar petang itu. Segala2nya masih normal lagi....

Selesai berdoa, aku bersalaman dengan ahli jemaah lain. Kelihatan ade beberapa pakcik yg tidak aku kenal, mungkin baru pindah ke kejiranan ni, aku fikir. Namun, lepas bersalaman, sorg pakcik ni mengajak kami ke rumahnya, ade doa selamat skit katenya. Die ni baru pindah ke sini dari Perlis. Segala2nya still normal lagi....

Di rumahnya, disebabkan aku menjadi imam solat Asar tadi, aku diminta untuk lead bacaan doa selamat. Aku tidak dapat menolak. Jadi, bacaan doa simple je aku baca, disebabkan nervous, pertama kali lead pakcik2 ni. Jadi, selepas baca doa, kami dijamu dengan mihun dan sedikit kuih muih. Segala2nya still normal lagi....

Ustaz mengajar kat mana? Tanya pakcik tu.

Aku buat x tahu. Tapi bila aku pandang pakcik tu, mata beliau tepat kepada aku. Mata terkebil2. Blur. Kepada aku kah soalan itu?

Err.... saya.... belajar lagi...., aku terketar2.

Keadaan sudah menjadi agak tidak normal.....

Jadi, selepas borak2 dgn pakcik2 tu, akhirnya, kami meminta diri. Aku pun dah segan2 silu dah bile dipanggil 'ustaz'. Kami bersalaman dengan tuan rumah.

Terima kasih ustaz, mereka kata apabila bersalaman denganku.

Er.... Sama2..... Aku segan2.

Dalam perjalanan pulang, aku tersenyum, antara merasakan perkara ini agak lucu, dan dalam pada itu, merasakan tanggungjawabku semakin besar...

Moga Allah permudahkan

http://mutiarabernilai.files.wordpress.com/2008/07/solat.jpg

Photobucket

4 comments:

Anonymous said...

bgus2..mmg ank didik ustazah supinah!!

Pacat said...

huhu.. Ustaz Jpah? Ustaz Huzaifah sedap skt bunyinya..

tender Nur Jumaat tu, buat la.. huhu.. ex-Syumul apply utk masyarakat..

truskan menyumbang utk masyarakat.. :)

Anonymous said...

jpah, teruskan menyumbang! bagus2! pasni, kat msd, kalao ustaz erfino xde, n pakcik tu pass2 microphone, harap ko sambut la.. sian ak tgk pakcik2 tu.. xde org termasuklah senior2 yg nak sambut micr tu.. ak rase nak smbut je, tapi mcm pelik je.. hehe

mamat syafiq said...

hahahah....
menarik2... satu keadaan yg selalu dilihat kat M'sia. Orang tua pon tolak menolak nak jadi Imam.

Tahniah la ustaz!!!hahaha