>

Wednesday, July 29, 2009

Ujian Allah

بسم الله الرحمن الرحيم

Beberapa hari lalu, aku dikhabarkan tentang KYUEM yang ditutup seminggu kerana dilaporkan 192 pelajar telah jatuh demam. Dengan itu, Kementerian Kesihatan Malaysia telah menasihatkan penutupan kolej sebagai langkah berjaga-jaga, bimbang simptom2 demam ini adalah kerana virus H1N1.



Sungguh, ini merupakan ujian bagi pelajar2 di KYUEM, dan ingatlah, ujian itu tarbiyyah dari Allah.

Nabi s.a.w bersabda: "Tidak ada sesuatu yang menimpa seseorang Islam sama ada kepenatan, kesakitan, kesusahan memikirkan perkara yang akan datang, kedukaan, sesuatu yang menyakiti, atau kesusahan meningatkan apa yang telah berlaku - sehinggakan tikaman duri yang mencucuknya - melainkan Allah hapuskan dengan sebabnya, sebahagian dari dosa-dosanya."
Abu Sa'id al-Khudri dan Abu Hurairah r.a

Kehidupanku di rumah pula, seperti biase. Cumenya, minggu ini, sedikit kelainan kerana aku diuji dengan sedikit demam. Pada hari Isnin, telah makan ubat dan demam sedikit kebah pada hari Selasa. Namun, harini, nampaknya datang kembali demam itu. Takdela teruk keadaanku, juz sakit kepala dan pedih perutku.


Hari ini, pada jam 10.02 pagi, big bossku dalam IluvIslam, saudara Imran Koyube menelefonku. Setelah berborak2, beliau bagitahu yg saudara Ruzaini ingin bertemu beliau di UIA petang ini.

Ko tinggal kat Ampang kan? Jom la, kite minum2 skit sama2.

Ni merupakan kali kedua beliau mengajakku bertemu. Berat untuk aku menolaknya. Namun, setelah memikirkan kesakitan yg aku alami serta kelesuan badanku, aku terpaksa juga membatalkan pertemuanku dengan mereka. Maaf.


Oh, dan senarai buku baru yg aku beli pun x terbaca lagi. Diulang, buku baru, x kira lagi buku lama yg memang x abis2 lagi. X kira lagi ratusan e-books dalam komputerku ni. Haish, tabiat malas membaca ni mmg kena usaha kuat nak buang.

Moga diberi kekuatan dan moga cuti musim panas ini diisi dengan perkara berfaedah...

Photobucket

No comments: