بسم الله الرحمن الرحيم
Pada hari Rabu lepas, aku berkesempatan untuk melawat ke KYUEM. Lebih menarik apabila dapat join induction week pelajar batch 12 yg baru masuk.
Rakan seperjalananku adalah saudara Hafizuddin (Hypo) dan Fitri (Eins-10). Aku bertemu dengan Hafiz di Bank Negara manakala kami berdua bertemu dengan Fitri di Tanjung Malim. Dari Tg Malim, kami berlepas ke KYUEM dengan bayaran RM 25.
Setibanya di KYUEM, kami pantas menuju ke surau lalu menunaikan solat. Selepas duduk2, rehat jap di situ, kami terus bergerak ke admin. Maklumlah, kata orang, kalau melawat rumah orang, untuk tidak biadap, perlulah kita ucapkan salam pada tuan rumah. Kami menuju ke bilik Deputy Headmaster, Mr Azman. Excited sungguh bertemu beliau. Kami berpelukan. Kami dijemput duduk dan berborak2 dan berkongsi2 pengalaman kami di luar negara. Beberapa nasihat juga sempat kami peroleh.
Disebabkan hari yg sudah agak petang, ramai cikgu yang sudah balik, jadi kami x sempat berjumpa. Kami menuju ke surau. Mereka sedang besolat Asar. Selesai solat Asar, sesi tazkirah dijalankan seperti baser. Ustaz Maliki memperkenalkan kami kepada junior, tersipu2 hendaknya.
Lepas Asar, aku mengajak kedua2 protege SyuMulku, Syukri dan Haq untuk minum petang di kafe KYUEM. Beberapa pengalaman dikongsi.
Menjelang maghrib, sesi pengenalan MUSCOM di surau. Video2 ditayangkan dgn agak menarik. Harap2 batch 12 lebih mengenali MUSCOM.
Kami dijemput untuk tidur di rumah Mr Azman. Wow, besar sungguh banglo ini. Kami bertiga tidur di dalam sebuah bilik berhawa dingin. Mr Azman dan Puan Halijah turut membelanja kami mi goreng. TQTQ.
Keesokan harinya, seawal jam 5.30 pagi, kami keluar dari rumah Mr Azman. Kami berjalan menuju ke Musolla. Masih gelap. Kami membuka lampu, tingkap dan pintu surau. Hanya menunggu waktu masuk Subuh.
Selepas Subuh, kami lepak2 di gelanggang bola keranjang KYUEM. Program induction sedang dijalankan di situ. Kebetulan waktu tu, program 'Abang Atan' dijalankan. Amir (Presiden MUSCOM) menjalankan role sebagai senior yg garang. Aku tergelak2 melihat beliau yg berlakon garang, hehe.
Kemudian, kami bersarapan di kafe. Terserempak dengan Mr Madhadzir, lalu kami duduk bersarapan dgn beliau. Meriah juga kami berborak, berkongsi2 pengalaman di luar negara. Lepas tu, kami mandi di chalet Azali dan bersiap2, lalu terus ke ke bangunan acad. Kami singgah di Student Services lalu bertemu Pn Rog. Hampir sejam juge la kami berborak. Lepas tu, Pn Rog jemput kami untuk join program induction. Terharu dengan jemputan.
Lepas tu, kami bergerak bertemu guru2. Kami bertemu Miss Aizan, Miss Yati, Ustazah Husna, Mr Amran dan beberapa lagi guru. Seronok juger. Kami bergerak pula ke Counselling department. Bertemu dengan kak Zura dan Pn Kasthuri. Aku terharu apabila kak Zura masih ingat aku.
Huzaifah ni mana la cakap ngan perempuan
Die menerangkan kepada Pn Kasthuri. Aku terkesima. Sejak bile plak aku Counselling department ade rekod sifat2 ku?
Kami bergerak pula ke RC, lepak2 kejap dalam suhu RC yg nyaman itu. Tidak banyak perubahan.
Menjelang jam 11 pagi, kami bergerak ke Great Hall, nampaknya, super duper junior batch 12 tgh menjalani aktiviti Tower Building. Teringat kembali zaman2 kami menjalani perkara yg sama. Geli hati. Pn Rog turut memperkenalkan kami kepada junior. Segan2.
Menjelang malam, ada sesi usrah bersama super senior. Tenaga2 bantuan super senior hadir. Mereka adalah Kerul, Azri YB, Cha, Hilfi dan Akmal. Sedikit sebanyak perkongsian diberi oleh super senior. Feedback dari batch 12 pun cukup baik. Mantap2 mereka ni.
Keesokannya, selepas solat Jumaat, aku beransur meninggalkan bumi KYUEM ini.
Di sini aku belajar bukan hanya A-level, tetapi juga nilai persahabatan dan kehidupan.

2 comments:
jepah..
aku rindu kau..
jom la lepak melaka..
bleh la plan sumting nanti, aku on je, cume bgtau awal skit, sbab ade banyak program kena attend
Post a Comment