>

Thursday, July 30, 2009

Manusia punya emosi

بسم الله الرحمن الرحيم

Seringkali, kiter sentiasa mempunyai persepsi terhadap orang-orang di sekeliling kita. Betul, kita hanya mampu menilai luaran dan apa yang ditonjolkan individu tersebut. Namun, seringkali kita lupe untuk memahami hati dan perasaan manusia itu.

http://www.adamdorman.com/_images/3d_tin_robot.jpg

Manusia ada hati, jiwa dan emosi. Mereka bukan robot mahupun mesin yg boleh terus menerus disuruh melakukan tugas. Manusia mempunyai masalah yang datang dari persekitaran. Keluarga, kerja, peribadi dan macam2 lagi. Jadi, bekerja dengan manusia membawa erti yang jauh lebih besar berbanding bekerja dengan robot.

Bayangkan, kita adalah bos kepada sebuah syarikat atau organisasi. Satu hari, salah seorang pekerja kita tidak menyiapkan laporan yang sepatutnya beliau siapkan. Jadi, kita dengan kuasa yang ada akan memarahi beliau. Namun, kita lupa satu lagi aspek, iaitu meraikan manusia. Mungkin beliau mempunyai masalah yang menyukarkan beliau menyiapkan tugasan. Walaupun aku akui, amat sukar nak praktikkan nilai ni dalam kehidupan sebenar.

Pada suatu hari, di dalam tren komuter. Anda sedang duduk untuk perjalanan ke Rawang. Perjalanan mengambil masa 40 minit dari stesen Bank Negara. Di hadapan anda, seorang pakcik berumur 40-an dengan 3 orang anaknya. 3 orang anaknya itu melompat2 depan anda, membuat bising dan agak mengganggu anda yang hendak menghabiskan buku 'Bunga Kebahagiaan' karya Tuan Guru Nik Aziz. Namun, pakcik ni pulak senyap je, xnak tegur anak2 die. Apakah yg mungkin anda fikir?

Isy, pakcik ni, tegurla anak die ni skit, kacau org je. X bertanggungjawab.

Namun, cube kiter panjangkan cerita ini skit. Anda bertanya kepada pakcik tu:

Pakcik, kenapa pakcik x suruh anak2 pakcik ni behave skit?

Pakcik tu menjawab:

Oh, maaf nak. Isteri pakcik baru meninggal. Pakcik tengah berfikir, macam mane nak bagitahu anak2 pakcik ni tentang mak diorg.

Tersenyap. Bagaimanakah persepsi kita sekarang? Persepsi yg tadinya memarahi pakcik itu, berubah menjadi simpati. Dalam hati kita, terdorong perasaan ingin membantu, walaupun x pernah kenal pakcik ini. Mengapa? Kerana kita paham masalah yang dihadapi pakcik ini.

Seringkali dalam tugas2 dalam persatuan mahupun apa2 organisasi, org atasan lupa tentang aspek kemanusiaan ini. Bagi mereka, kerja ini mestilah disiapkan begini dalam tempoh ini. Dari sudut professionalisme kerja, memang patut untuk kerja ni dilaksanakan sedemikian rupa. Namun, dari aspek kerja2 kemasyarakatan, hal ini harus diambil berat. Jangan sampai nak mengejar deadline, hati orang kita ketepikan.

Pandangan aku ni mungkin x logik bagi sesetengah pihak, namun, apa yg aku nak bawakan, cube seimbangkan professionalisme kerja dan kemanusiaan. Kita bekerja dengan manusia yg punya hati dan perasaan, bukan dengan robot yang tiada perasaan.

Wallahu'alam

Photobucket

4 comments:

syashot said...

Salam,

Setuju:

1. Perlu seimbangkan profesionalisme dan kemanusiaan
2. Mencabar untuk dipraktikkan

the least we can do, husnu dzon, baik yang berada di atas mahupun di bawah.

Allahu'alam.

niesa.imana said...

salam wbt..

hurm, satu perkembangan yang positif.. harus diraikan..

Jpah said...

to niesa.imana - huh? X paham. Ape perkembangan positif?

Teratai Biru said...

~salam...

~betul2.

~ramai org yg xmau pk pasal hati, perasaan dan keadaan org lain ketika nk buat sesuatu...

~kita kena 'masuk' dlm keadaan org tu, br kita paham...

~tp mende ni, susah kan--->sesetengah org mmg x suka nk pk pasal org lain, pk pasal sindri je...

~nway, nice post. keep it up kay...