>

Sunday, March 15, 2009

Selamat Pulang ke Malaysia

بسم الله الرحمن الرحيم

Semalam, bilik aku telah dihuni oleh seorang pelajar dari University of Warwick yg juga merupakan sahabat sesponsorku, iaitu saudara Izzat Hanafi. Untuk pengetahuan, University of Warwick telah mula bercuti selama 5 minggu. Imperial? Lagi 2 minggu baru cuti, sabar2. Izzat pula akan pulang ke Malaysia selama sebulan, waaa, jeles!

Izzat sampai ke stesen tube Gloucester Road sekitar jam 11 malam. Dah mengantuk aku time tu, cis! Namun, ku gagahkan jua mengharungi kesejukan malam yang menggigit untuk membawa rakanku ini pulang ke bilikku yg serba sederhana ini. Kami berborak girang sehingga tidak sedar, hampir pukul 2 pagi rupanya.


Kami bangun sekitar jam 4.50 pagi untuk bersolat Subuh. Subuh di UK skarang da makin awal, start jam 4.23 pagi dan berakhir jam 6.15 pagi. Cabaran yg perlu aku hadapi, yeah!

Menunggu bas ke Piccadily Circus

Kemudian, kami breakfast skit, pastu, kami sambung balik tido, wahaha. Menjelang jam 9 pagi, kami bersiap-siap untuk berjalan-jalan di sekitar London. Disebabkan Izzat nak beli jersey bola, aku membawa beliau menaiki bas 14 ke Piccadily Circus, untuk membeli baju di Lillywhites. Alhamdulillah, bertemu dengan baju yg diingini.

Piccadily Circus

Kemudian, kami sekali lagi menaiki bas 14 menuju ke Harrods. Izzat ingin membeli cenderahati untuk ibu dan bapanya. Sungguh best di Harrods ni. Sekaki payung berharga 195 pounds! Namun, setelah kami mencari2 barang yg 'agak murah', akhirnya, Izzat membeli beberapa barangan untuk dibawa pulang ke negara tercinta. Bangga beliau memegang dua plastik Harrods!

Gaya seorang pelanggan Harrods

Kemudian, kami yg sudah kelaparan menaiki tube pergi ke Bayswater untuk menikmati makan tengahari kami di Malaysian Hall. Nyum2, sungguh menyelerakan! Selepas solat Zuhur di surau, kami pergi ke Queensway untuk membeli sedikit cenderahati dari London untuk Izzat agihkan kepada keluarga terchinta. Banyak gak Izzat beli. Tiba2, hatiku sayu, bilakah akan aku pulang ke tanah air?

Shopping sakan

Kami berjalan kaki menyusuri Kensington Gardens menuju ke bilikku. Dengan pantas, Izzat, berkemas2 dan pada jam 2 petang, kami meluru ke Liverpool Street. Izzat akan menaiki tren menuju ke lapangan terbang Stanstead. Flight beliau adalah pada jam 5.30 petang.

Semoga selamat sampai dan semoga berbahagia di sisi famili di negara tercinta!

Photobucket

No comments: