>

Friday, March 27, 2009

Qiblah Pertama

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah, majlis semalam telah berlangsung dengan lancar. Walaupun clash dengan program Palestin juga anjuran UKEC, namun, majlis tetap dijalankan seperti biasa. Disebabkan habis kelas jam 4 petang, aku sampai ke MSD agak awal, sekitar jam 6.15 petang.


Majlis dimulakan dengan ucapan Pengarah MSD, Encik Nazri. Kemudian, tanpa berlengah lagi, ustaz Irfan dari Aberdeen memberikan pengisian beliau. Sungguh menarik pengisian beliau dengan slideshow yg sungguh informatif. Penyampaian beliau pula, lain dari ceramah2 Palestin yg pernah aku hadiri. Jika selalunya ceramah Palestin akan sentuh bab sejarah Israel-Palestine, namun, Ustaz Urfan membawa kami beyond that.

Selain belajar sirah, kami juga dibawa untuk belajar geografi dan architecture. Betapa sebenarnya, binaan Ka'abah dan binaan Masjidil Aqsa amat berkaitan. Susah plak aku nak terangkan dalam blog ni, sebab Ustaz Irfan pun menggunakan slideshow dan gambar untuk menerangkan perihal ni.

Khusyuk mendengar pengisian

Kemudian, kami diberitahu tentang hakikat Masjidil Aqsa. Pernah x anda mendapat emel2 yang kata Dome of the Rock (Kubah Emas) itu bukan masjidil Aqsa, tetapi, masjidil Aqsa sebenar adalah yang berkubah kelabu tu? Menurut ustaz Irfan, Masjidil Aqsa sebenarnya kawasan yang meliputi kedua2 masjid tu. Malah, dalam kawasan Masjidil Aqsa, ada banyak lagi masjid, ada masjid Buraq, Masjid Umar, dan sebagainya. Masjid yang berkubah kelabu itu pun nama dia adalah Masjid Qibli. Jadi, salah andai ada yang kata Dome of the Rock tu bukan masjidil Aqsa kerana masjidil Aqsa adalah meliputi kedua2 bangunan tersebut.

Antara hadirin yang hadir

Kami diberitahu tentang pengertian masjid yang sebenar. Bukanlah salah satu syarat masjid mempunyai bangunan. Yang perlu ada 4 syarat, iaitu lokasi, sempadan, aktiviti dan Qiblat. Jadi, sempadan Masjidil Aqsa adalah berbentuk 4 segi, meliputi Dome of the Rock dan Masjid Qibli. Harap dapat perbetulkan pemahaman kita kerana hakikatnya, kedua2 bangunan tersebut merupakan sebahagian daripada masjidil Aqsa.

Kami juga dibawa memasuki masjid Qibli dan Dome of the Rock. Pernah x jugak korang dengar cerita yang dalam Dome of the Rock tu, terdapat batu terapung? Menurut cerita, sewaktu Nabi diangkat ke langit, batu tu mahu ikut sekali, tapi tergantung? Huhu. Jadi, ustaz Irfan membawa kami masuk ke Dome of the Rock dan melihat tapak di mana Nabi diangkat. Dan hakikatnya, memang ada kawasan batuan, namun, tiada pula batu terapung, hurm. Jadi, harap dapat perbetulkan persepsi ini.

Setelah belajar berkenaan senibina dan sejarah masjidil Aqsa itu sendiri, kami dibawa pula untuk menghayati maksud sebenar Israel, Yahudi dan Zionis. Kemudian, kami dibawa kepada rentetan sejarah Palestin-Israel secara ringkas kerana kesuntukan masa. Dan akhir sekali, kami diperingatkan tentang kepentingan memboikot itu sendiri.

Izzat Mirwana

Izzat + Akbar

Akbar

Selepas habis ceramah, kami dihiburkan dengan persembahan Izzat (Mirwana) serta Akbar. Ni pun best gak, dengan gelagat mereka yang sempoi dan bersahaja. Geli jugak hati ni melihat gelagat mereka.

Klimaks kepada majlis adalah jamuan ringkas. Alhamdulillah, banyak sungguh makanan hari ini. Ada nasi goreng ayam, ada mi goreng, ada briyani kambing, dan macam2 lagi. Terima kasih semua yang menyumbang dan semua yang abiskan makanan!


Secara keseluruhanya, aku rasa ceramah semalam amat menarik, dan amat bermanfaat. Moga pada masa depan, lebih banyak aktiviti seumpama ini akan dijalankan (ayat skema penutup karangan SPM).

Photobucket

1 comment:

Musafir Kelana said...

Nape ngan Einstein tu? Hehehe...