>

Tuesday, March 3, 2009

Menjelang NEXT

بسم الله الرحمن الرحيم

Tahukah anda apa itu NEXT? Jika diterjemah dalam bahasa ibunda kita, next bermaksud 'selepas'. Apekebendakah selepas ini?

Heh, di UK dan Ireland, NEXT sudah cukup sinonim dan sudah cukup dikenali oleh segenap lapisan masyarakat. NEXT membawa maksud Nasyid Extravaganza, sebuah event tahunan yang dianjurkan oleh persatuan Malaysia Sheffield, bertempat di Sheffield.

http://smsa.org.uk/next09/wp-content/uploads/2008/12/ticketonsale.jpg

Tahun ini, tarikh 15 Mac telah dipilih untuk berlangsungnya program gilang-gemilang ini. Walaupun aku amat meminati nasyid ini, namun, nampaknya, aku tidak berkesempatan hadir bersama-sama memeriahkan NEXT tahun ini. Pertama, aku tidak menyertai mana-mana pertandingan, dan kedua, aku terlalu malas nak beli tiket bas, hehehe.

Hari ini, wakil nasyid dari London, yakni Shoutul-Salam telah mengadakan latihan mereka. Alhamdulillah, aku bersama-sama mereka dalam sesi latihan yang bertempat di rumah ImTech di Cromwell Road. Memperkenalkan ahli-ahli Shoutul-Salam 2009:

Azzrul (Bun) selaku advisor, Isa, DZ, Poklah, Anwar Abit, Akmal Beti, Hanif, Imtech, Iqtidar dan Shah

Dan tidak ketinggalan, tuan rumah yg sedia memberikan ruang untuk berlatih, yakni sudara Ai, Amir dan Izi. Namun, ahli rumah yang keenam, yakni saudara Azlan Kamal (Apak) tidak kelihatan pula.

Mereka berlatih vokal dan music hari ini. Sungguh mantap sekali. Apakah lagu yg bakal mereka persembahkan nanti? Nantikan sahaja pada NEXT nanti, kalau cakap awal-awal, x surprise la kan. Hahaha. Kepada yg menginginkan mendengar suara syahdu, pilu dan merdu ahli2 Shoutul-Salam ni, bolehla pergi ke NEXT nanti. Untuk tempahan tiket, boleh masuk ke laman web rasmi NEXT:

http://smsa.org.uk/next09/

Semoga Berjaya kepada Shoutul-Salam (dengar cerita dapat tawaran dari ISOC Imperial untuk buat persembahan), semoga terus maju. Marilah bersama-sama memajukan industri nasyid UK, hehehe.

Photobucket

1 comment:

Hamedullah Muhammad said...

eh jpah...kalau ko jadi editor video soutussalam kan bagus jgk