بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan menaiki tren, aku dan Syafiq sampai ke Warwick sekitar jam 12 tengahari waktu tempatan. Apabila ku keluar dari tren, aku dapat rasa satu atmosphere yang mengingatkanku kepada suatu tempat:
Aik, macam Rawang je?
Kami disambut dengan mesra dan comel oleh saudara Hafizuddin Hypo, pemilik blog morindajuice itu. Beliau yang nampaknya semakin sihat membuatkan kami tidak risau dengan lambakan makanan di Warwick. Baguslah....
Dari stesen tren Coventry, kami menaiki bas no 12 untuk ke University of Warwick. Hampir 30 minit juger perjalanan dari Coventry ke University of Warwick. Pening2 kepala dibuatnya menaiki bas itu.
Kami sampai ke University of Warwick. Aku terasa seperti berada di UPM Serdang. Kenapa? Sebab University of Warwick ni adalah universiti kampus, semuanya berada dalam satu kawasan. Macam universiti kat Malaysia pulak. Best2, amat lain rasa keadaan berbanding universiti2 bandar seperti Imperial.
Terus saja kami dibawa oleh Hafizuddin untuk berehat di biliknya di Tocil. Terus saja kami dibawa masuk daput untuk menjamu lunch kami. Kami menggoreng burger, french fries dan keropok lekor untuk dijamu. Dzull Dato' juga turut join kami tidak brape lama kemudian. Disebabkan sudah lama tidak bertemu, pelbagai topik dibincangkan. Nampaknya, semua orang di Warwick sihat walafiat...
Kemudian, Hafizuddin begitu bersemangat nak bawa kami jalan di sekitar University of Warwick yang amat menarik itu. Berkobar2 beliau nak bawa kami ke Gibbet Hill, di mana beliau menimba ilmu. Kami berjumpa dgn Najib dan beliau join kami. Namun, sebelum berjalan, kami singgah di prayer room yang serba besar, cantik dan bersih untuk bersolat.
Perjalanan ke Gibbet Hill melalui jalan antara hutan dan belukar, menaiki bukit yg agak curam. Jadi, inilah jalan yang dilalui oleh Milo, Najib dan Hafizuddin setiap hari untuk ke kelas. Boleh jadi kurus kalau lalu jalan ni (walaupun keputusannya tidak seperti hipotesisku). Namun, sungguh lawa kampus mereka di atas bukit ni dengan hidupan liar dan suasana hutan yg menenangkan (ecece, bangga ke)
Selepas berpenat lelah naik bukit tu, kami dibawa pula melawat bilik Kerul. Sungguh menarik entrance masuk ke biliknya sbab kami terpaksa melalui tingkap! First time! Namun, peduli ape kan? Bilik Kerul agak posh, namun, sesuai dengan harganya yg jauh lebih mahal dari bilikku. Walaupun bilik posh, namun, Kerul ni seorang yg tidak posh (berjimat seperti diriku), so, xde effect pun. Sempat gak makan Salami (teringat kat DZ dan Syak) dan roti.
Nazri dan Dzull kemudian sampai ke bilik Kerul dengan membawa segala peralatan dan beg mereka. Mereka akan bertolak ke London kerana keesokan harinya, mereka akan berlepas ke Turki. Sungguh best! Nak gendang satu!
Lepas da sekian lama di bilik Kerul, kami bergerak menuju main campus. Kami menghantar Nazri dan Dzull ke tempat menunggu bas. Kemudian, kami kembali ke Tocil. Kerul turut ikut kami. Next session adalah memasak dinner. Kami serahkan tugas ni kepada ketua chef terkemuka Warwick, saudara Hafizuddin.
Setelah mendapat pengiktirafan ramai, beliau berkeputusan untuk menjamu kami dengan nasi beriyani. Sungguh mantap sekali beliau ini. Jadi, kepada adik2 yg nak datang Warwick, jangan risau psl makanan, abang Hafizuddin akan mengenyangkan anda! Nak blajar masak dgn beliau pun amat digalakkan.
Lepas abis makan dgn licin beserta pencuci mulut, kami berborak2 panjang. Segala cerita keluar, sesekali tergelak kami. Meriah sungguh malam tadi. Namun, kami mendapat berita tentang pemergian ayahanda Dayang kembali ke rahmatullah. Tersenyap kami beberapa minit menyedekahkan al-Fatihah kepada roh beliau.
كُلُّ نَفْسٍ ذَآئِقَةُ الْمَوْتِ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَمَن زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ وَما الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلاَّ مَتَاعُ الْغُرُورِ
Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.
2 comments:
salam
aku ambik entry ko ni, masukkan dalam blog utk budak2 yg nak dtg warwick...
iluvwarwick.wordpress.com
Post a Comment