Tuesday, March 31, 2009

Jaulah Warwick: Day 1

بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan menaiki tren, aku dan Syafiq sampai ke Warwick sekitar jam 12 tengahari waktu tempatan. Apabila ku keluar dari tren, aku dapat rasa satu atmosphere yang mengingatkanku kepada suatu tempat:

Aik, macam Rawang je?

Kami disambut dengan mesra dan comel oleh saudara Hafizuddin Hypo, pemilik blog morindajuice itu. Beliau yang nampaknya semakin sihat membuatkan kami tidak risau dengan lambakan makanan di Warwick. Baguslah....

Dari stesen tren Coventry, kami menaiki bas no 12 untuk ke University of Warwick. Hampir 30 minit juger perjalanan dari Coventry ke University of Warwick. Pening2 kepala dibuatnya menaiki bas itu.


Kami sampai ke University of Warwick. Aku terasa seperti berada di UPM Serdang. Kenapa? Sebab University of Warwick ni adalah universiti kampus, semuanya berada dalam satu kawasan. Macam universiti kat Malaysia pulak. Best2, amat lain rasa keadaan berbanding universiti2 bandar seperti Imperial.

Terus saja kami dibawa oleh Hafizuddin untuk berehat di biliknya di Tocil. Terus saja kami dibawa masuk daput untuk menjamu lunch kami. Kami menggoreng burger, french fries dan keropok lekor untuk dijamu. Dzull Dato' juga turut join kami tidak brape lama kemudian. Disebabkan sudah lama tidak bertemu, pelbagai topik dibincangkan. Nampaknya, semua orang di Warwick sihat walafiat...


Kemudian, Hafizuddin begitu bersemangat nak bawa kami jalan di sekitar University of Warwick yang amat menarik itu. Berkobar2 beliau nak bawa kami ke Gibbet Hill, di mana beliau menimba ilmu. Kami berjumpa dgn Najib dan beliau join kami. Namun, sebelum berjalan, kami singgah di prayer room yang serba besar, cantik dan bersih untuk bersolat.


Perjalanan ke Gibbet Hill melalui jalan antara hutan dan belukar, menaiki bukit yg agak curam. Jadi, inilah jalan yang dilalui oleh Milo, Najib dan Hafizuddin setiap hari untuk ke kelas. Boleh jadi kurus kalau lalu jalan ni (walaupun keputusannya tidak seperti hipotesisku). Namun, sungguh lawa kampus mereka di atas bukit ni dengan hidupan liar dan suasana hutan yg menenangkan (ecece, bangga ke)

Claycroft

Selepas berpenat lelah naik bukit tu, kami dibawa pula melawat bilik Kerul. Sungguh menarik entrance masuk ke biliknya sbab kami terpaksa melalui tingkap! First time! Namun, peduli ape kan? Bilik Kerul agak posh, namun, sesuai dengan harganya yg jauh lebih mahal dari bilikku. Walaupun bilik posh, namun, Kerul ni seorang yg tidak posh (berjimat seperti diriku), so, xde effect pun. Sempat gak makan Salami (teringat kat DZ dan Syak) dan roti.

usrah skit

Nazri dan Dzull kemudian sampai ke bilik Kerul dengan membawa segala peralatan dan beg mereka. Mereka akan bertolak ke London kerana keesokan harinya, mereka akan berlepas ke Turki. Sungguh best! Nak gendang satu!


Lepas da sekian lama di bilik Kerul, kami bergerak menuju main campus. Kami menghantar Nazri dan Dzull ke tempat menunggu bas. Kemudian, kami kembali ke Tocil. Kerul turut ikut kami. Next session adalah memasak dinner. Kami serahkan tugas ni kepada ketua chef terkemuka Warwick, saudara Hafizuddin.

Setelah mendapat pengiktirafan ramai, beliau berkeputusan untuk menjamu kami dengan nasi beriyani. Sungguh mantap sekali beliau ini. Jadi, kepada adik2 yg nak datang Warwick, jangan risau psl makanan, abang Hafizuddin akan mengenyangkan anda! Nak blajar masak dgn beliau pun amat digalakkan.

Ini hanya lakonan

Ini bukan lakonan

Lepas abis makan dgn licin beserta pencuci mulut, kami berborak2 panjang. Segala cerita keluar, sesekali tergelak kami. Meriah sungguh malam tadi. Namun, kami mendapat berita tentang pemergian ayahanda Dayang kembali ke rahmatullah. Tersenyap kami beberapa minit menyedekahkan al-Fatihah kepada roh beliau.

كُلُّ نَفْسٍ ذَآئِقَةُ الْمَوْتِ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَمَن زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ وَما الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلاَّ مَتَاعُ الْغُرُورِ
Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.
(Ali-Imran: 185)

Kepada Dayang, harap tabah. Kami tahu, amat mudah bagi kami berkata begini, namun, beban anda sendiri, hanya Allah yang tahu. Ingatlah, andai ada apa2 perlu dikongsi, kami berada di sini untuk berkongsi.....


Photobucket

Monday, March 30, 2009

Cardiff Day 2

بسم الله الرحمن الرحيم

Jadi, semalam, seperti dirancang, aku meneruskan palancongan sekitar Cardiff atau dalam Cymru, Caerdydd. Dan pemandu pelancongku, yakni saudara Syafiq Azzmi yang bertanggungjawab merancang perjalananku.

Selepas breakfast yang serba mengenyangkan, kami bertolak ke UWIC untuk pergi ke exhibition Islam. Agak jauh juga dari campus Syafiq, namun, kami sanggup jelajahi. Apabila aku sampai ke pusat exhibition, aku dapati memang informatif exhibition ni, walaupun agak kecil dan apa yg disampaikan amat2 simple, tapi sesuai untuk menarik non-Muslim.

Kemudian, kami bersolat di masjid dekat2 ngan Riverside. Kemudian, singgah kejap di rumah kedua Syafiq. Aku keletihan. Lepas baring2 kejap, kami pergi makan lunch di Chicken Cottage (lebih mesra dipanggil Chickot). Jadi, Syafiq ingin membawaku ke Cardiff Bay. Katanya tempat tarikan pelancong ke Cardiff. Izwan turut mengikut kami berjalan.

http://photos-c.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc1/hs032.snc1/2660_62422854039_635554039_1461306_5992097_n.jpg
Izwan dan Syafiq

http://photos-b.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc1/hs032.snc1/2660_62422849039_635554039_1461305_1463961_n.jpg

Di Cardiff Bay, keadaan agak berangin, maklumlah tepi pantai. Sungguh indah sekali ciptaan Allah, Subhanallah. Kami berjalan di pesisir pantai menuju ke kawasan berumput nun jauh di sana. Agak jauh juga kami berjalan (sambil ambil gambar).

http://photos-a.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc1/hs032.snc1/2660_62422884039_635554039_1461312_6354224_n.jpg

http://photos-g.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc1/hs032.snc1/2660_62422919039_635554039_1461318_6021346_n.jpg

http://photos-c.ak.fbcdn.net/photos-ak-snc1/v2682/223/25/635554039/n635554039_1461322_125922.jpg
Izwan dan Syafiq

http://photos-d.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc1/hs032.snc1/2660_62422944039_635554039_1461323_5049751_n.jpg
Mereka Lagi

Kemudian, kami tiba di Cardiff Port. Ape yg menariknya, di sini, dapat dilihat kapal keluar masuk ke Cardiff Port. Dan jambatan di sini turun dan terangkat untuk memberikan laluan kepada kapal. Pengalaman pertama aku melihat jambatan terangkat.

Walaupun letih, namun, aku enjoy kerana dapat melihat keindahan Cardiff. TQ Syafiq dan Izwan!

http://photos-f.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc1/hs032.snc1/2660_62422999039_635554039_1461333_6474453_n.jpg

Photobucket

Sunday, March 29, 2009

Lawatan ke Cardiff

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah, pada jam 9.30 pagi, aku berlepas dengan menaiki National Express ke Cardiff untuk melawatku sahabatku, Syafiq Azzmi. Beliau seorang pelajar tajaan KPM dalam bidang Occupational Therapy.

Perjalanan lancar, cumanya sedikit diganggu dengan hujan dalam perjalanan. Sesampainya di Cardiff, aku kesejukan. Angin di Cardiff sunguh kencang sekali. Walaupun suasana dan suhu agak tinggi, namun, angin kencang membuatkan suhu jatuh mendadak. Aku lihat sungguh meriah keadaan di Cardiff ini. Setelah menunggu sahabatku, Syafiq, beliau memberitahu yg harini ada match ragbi antara Wales dan Finland. Memang orang2 Wales ni smangat RUGBY!

Syafiq

Jadi, setelah beramah mesra dan berborak-borak, aku dibawa oleh Syafiq ke universitinya untuk menonton Cardiff European Games. Banyak juger games yang berlangsung, ada badminton, basketball, bola sepak, tenis, congkak, batu seremban dan banyak lagi. Namun, fokus aku dan Syafiq merupakan makanan. Disebabkan aku tak makan breakfast, maka, aku membeli nasi tomato untuk mengalas perut ini.


Kemudian, ustaz Erfino mengajak aku dan Syafiq untuk menyaksikan pertandingan bola sepak tidak jauh dari situ. Kami menaiki kereta ustaz. Namun, pertandingan hampir tamat. Kami hanya sempat menyaksikan pertandingan merebut tempat ketiga sahaja. OKla! Sempat gak ustaz Erfino dan Syafiq mencuba skill bola mereka.....


Lpas tu, Syafiq membawa aku berjalan2 sekitar bandar Cardiff yg indah sekali. Walaupun cuaca agak sejuk, ini tidak mematahkan semangat kami untuk bergambar sekitar bandaraya Cardiff. Orang2 tempatan agak pelik melihat gelagat kami. Peduli apa!

OK, esok ada exhibition Islam di Cardiff. Nak rehat untuk simpan tenaga!

(Terlalu letih nak menulis)


Photobucket

Friday, March 27, 2009

Qiblah Pertama

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah, majlis semalam telah berlangsung dengan lancar. Walaupun clash dengan program Palestin juga anjuran UKEC, namun, majlis tetap dijalankan seperti biasa. Disebabkan habis kelas jam 4 petang, aku sampai ke MSD agak awal, sekitar jam 6.15 petang.


Majlis dimulakan dengan ucapan Pengarah MSD, Encik Nazri. Kemudian, tanpa berlengah lagi, ustaz Irfan dari Aberdeen memberikan pengisian beliau. Sungguh menarik pengisian beliau dengan slideshow yg sungguh informatif. Penyampaian beliau pula, lain dari ceramah2 Palestin yg pernah aku hadiri. Jika selalunya ceramah Palestin akan sentuh bab sejarah Israel-Palestine, namun, Ustaz Urfan membawa kami beyond that.

Selain belajar sirah, kami juga dibawa untuk belajar geografi dan architecture. Betapa sebenarnya, binaan Ka'abah dan binaan Masjidil Aqsa amat berkaitan. Susah plak aku nak terangkan dalam blog ni, sebab Ustaz Irfan pun menggunakan slideshow dan gambar untuk menerangkan perihal ni.

Khusyuk mendengar pengisian

Kemudian, kami diberitahu tentang hakikat Masjidil Aqsa. Pernah x anda mendapat emel2 yang kata Dome of the Rock (Kubah Emas) itu bukan masjidil Aqsa, tetapi, masjidil Aqsa sebenar adalah yang berkubah kelabu tu? Menurut ustaz Irfan, Masjidil Aqsa sebenarnya kawasan yang meliputi kedua2 masjid tu. Malah, dalam kawasan Masjidil Aqsa, ada banyak lagi masjid, ada masjid Buraq, Masjid Umar, dan sebagainya. Masjid yang berkubah kelabu itu pun nama dia adalah Masjid Qibli. Jadi, salah andai ada yang kata Dome of the Rock tu bukan masjidil Aqsa kerana masjidil Aqsa adalah meliputi kedua2 bangunan tersebut.

Antara hadirin yang hadir

Kami diberitahu tentang pengertian masjid yang sebenar. Bukanlah salah satu syarat masjid mempunyai bangunan. Yang perlu ada 4 syarat, iaitu lokasi, sempadan, aktiviti dan Qiblat. Jadi, sempadan Masjidil Aqsa adalah berbentuk 4 segi, meliputi Dome of the Rock dan Masjid Qibli. Harap dapat perbetulkan pemahaman kita kerana hakikatnya, kedua2 bangunan tersebut merupakan sebahagian daripada masjidil Aqsa.

Kami juga dibawa memasuki masjid Qibli dan Dome of the Rock. Pernah x jugak korang dengar cerita yang dalam Dome of the Rock tu, terdapat batu terapung? Menurut cerita, sewaktu Nabi diangkat ke langit, batu tu mahu ikut sekali, tapi tergantung? Huhu. Jadi, ustaz Irfan membawa kami masuk ke Dome of the Rock dan melihat tapak di mana Nabi diangkat. Dan hakikatnya, memang ada kawasan batuan, namun, tiada pula batu terapung, hurm. Jadi, harap dapat perbetulkan persepsi ini.

Setelah belajar berkenaan senibina dan sejarah masjidil Aqsa itu sendiri, kami dibawa pula untuk menghayati maksud sebenar Israel, Yahudi dan Zionis. Kemudian, kami dibawa kepada rentetan sejarah Palestin-Israel secara ringkas kerana kesuntukan masa. Dan akhir sekali, kami diperingatkan tentang kepentingan memboikot itu sendiri.

Izzat Mirwana

Izzat + Akbar

Akbar

Selepas habis ceramah, kami dihiburkan dengan persembahan Izzat (Mirwana) serta Akbar. Ni pun best gak, dengan gelagat mereka yang sempoi dan bersahaja. Geli jugak hati ni melihat gelagat mereka.

Klimaks kepada majlis adalah jamuan ringkas. Alhamdulillah, banyak sungguh makanan hari ini. Ada nasi goreng ayam, ada mi goreng, ada briyani kambing, dan macam2 lagi. Terima kasih semua yang menyumbang dan semua yang abiskan makanan!


Secara keseluruhanya, aku rasa ceramah semalam amat menarik, dan amat bermanfaat. Moga pada masa depan, lebih banyak aktiviti seumpama ini akan dijalankan (ayat skema penutup karangan SPM).

Photobucket