بسم الله الرحمن الرحيم
Akhirnya, program yang ditunggu tiba jua. Program East, West and Beyond (EWB) yang dianjurkan di Birmingham ini pada Ahad lepas, telah selamat berjalan setelah jerih payah dan penat lelah warga kerja sekalian. Sekalung ucapan tahniah aku ucapkan kepada yang berusaha, moga Allah balas dengan lebih kebaikan.
Dari London, kami bertolak ke Birmingham pada jam 11 malam, sejurus sahaja selepas tamat usrah di Lapworth Court. Ahli rombongan dari London terdiri daripada Famy, Poklah, Aqmin, Hanis, Faris dan aku sendiri. Famy menjadi pemandu, Poklah sebagai navigator dan kami yang lain bertindak sebagai penceria suasana. Kereta Ciroen 7-seater meluncur laju di jalanan. Alhamdulillah, perjalanan ke Birmingham lancar, cuma kadang2 salah jalan disebabkan Tomtom yang fening.
Sampainya di kota Birmingham pada jam 1.30 pagi, kami disambut ceria oleh pengarah program, saudara Azri Unlimited atau nama formalnya, Azri YB. Setelah mengangkut barangan kami ke rumahnya, kami terus dijamu dengan nasi tomato hasil tangan beliau sendiri. Sedap sangat, x sia-sia jadi pengarah program! Beliau nampaknya gelisah menanti hari besar esok, maklumlah, orang 'besar'.
Menjelang jam 2.30 pagi, aku terlena dibuai mimpi indah. Keletihan, walaupun tidaklah memandu pun, hehe.
Keesokan harinya, kami bangun bersolat Subuh. Seluruh warga rumah Azri kelihatan bergegas dan bersiap awal. Hari ini hari besar warga Birmingham. Azri pula kelihatan segak dengan baju kemeja berwarna ungu, dengan seluar jeans yang rapi buatannya. Kagum aku melihat beliau, heh.
Pengarah program yang bergaya Rombongan London bersiap agak lewat, kerana keletihan travel malam semalam. Disebabkan warga rombongan Londn lain masih belum siap, dan disebabkan aku perlu menghantar buku nota dan pen program buatan MMCL ke tempat program, aku menghubungi talian hayat, iaitu saudara Akmal Warwick, 'adik' kepada Faris Husaini. Beberapa minit kemudian, beliau tiba dengan kereta Mercedez baru beliau yang sudah retak cermin hadapan. Turut bersama, saudara Nazri Awang.
Aku dan Faris menaiki kereta Akmal ke tempat program. Kami sempat bersarapan nasi lemak sebelum melangkah masuk ke dewan ceramah.
Ustaz Irfan Ustaz HasriUstaz ZaharuddinUstaz MaszleeUstaz Erfino Ceramah disampaikan oleh 5 penceramah berwibawa lagi ber'tauliah' (sensitif perkataan tauliah skarang ni, hehe). Mereka adalah
ustaz Irfan dari Aberdeen,
ustaz Hasri dari Sheffield,
Ustaz Zaharuddin dari Leicester,
ustaz Maszlee dari Durham dan
ustaz Erfino dari London. Sukar untuk aku menukilkan pengisian yang diberi mereka di sini, kerana lebih sesuai mereka sendiri yang menyampaikan. Cukuplah aku katakan, kesemua pengisian mereka best dan bermanfaat sekali!
Tekun
Famy yang tekun seperti aku Semoga aktiviti sebegini dapat dijalankan lagi, kerana bagi aku, amat bermanfaat dan membuka mata dan minda sebagai pelajar!!!!
TQ kepada semua penceramah dan yang paling best, dapat jumpa rakan-rakan serata UK...
Kepada peserta yang hadir, harap dapat sebarkan apa yang anda dapati kepada rakan yang tidak hadir. Ingatlah pesan Nabi S.A.W:
Daripada Mu’awiyah al-Qusyairi katanya, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “ Ketahuilah orang yang hadir hendaklah menyampaikan kepada orang yang tidak hadir.”(al-Bukhari, Muslim dan Ibnu Majah)
Hafiz dan Dzull Herman selaku MCHanis yang nampaknya gembiraCha yang juga tekunReunion warga KISAS yang menjadi agenda keduaDato' Dzull dan Nazri (perhatikan HTC Hero di atas meja)Aku dan juniorku, Izuan PilusWarga WarwickPetbroku, SafwanPesal asyik Warwick je, adeyhRombongan London (tiada dalam gambar, Hanis)